Ramal Ph Kalah Rais Hadapi Tindakan Disiplin Bersatu
Kow Gah Chie dan Wong Kai Hui        
Bersatu memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin  terhadap Anggota Majlis Tertingginya, Rais Husin kerana menjejaskan imej  parti itu
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri memaklumkan demikan malam ini.
"Kita  telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya  perlu adanya disiplin dalam parti khususnya ahli-ahli dalam Majlis  Presiden juga Majlis Tertinggi, iaitu mereka yang ada pegang jawatan.
"Mereka  perlu berhati-hati bila membuat pengumuman, kalau mereka membuat  pengumuman yang mrosakkan imej parti maka tindakan akan diambil terhadap  mereka, dan ini diputuskan berkenaan dengan projection (ramalan) kononnya parti harapan ini akan kalah.
"Tak  tahu lah pendapat dia, tetapi kita akan adakan penyelidikan, akan  kemukan kepada Majlis Disiplin parti dan Majlis Disiplin akan membuat  laporan kepada Majlis Tertinggi untuk Majlis Tertinggi ambil tindakan  yang dicadangkan oleh majlis disiplin," jelasnya.

Walaupun  tidak menamakan Rais, dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada anggota MT  tersebut yang dipetik laporan media sebagai berkata PH akan kalah jika  PRU esok.
Semalam, Rais dilaporkan berkata PH mempunyai tempoh tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janji PRU14.
“Dalam  senario sekarang, kalau kita adakan pilihan raya esok, Umno dan PAS  akan menang,” kata ahli MT Bersatu itu pada suatu majlis forum anjuran  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Menjelaskan lanjut, Dr Mahathir berkata Bersatu tidak pernah melantik sesiapa untuk memegang jawatan ketua strategis.
"Kita tidak ada sebenarnya pakar strategik. Tiada dalam dalam parti, saya tak tahu siapa lantik chief strategist, itu gelaran yang diberi oleh diri sendiri kot, jadi sekarang tiada gelaran kita boleh beri gelaran.
"... berkenaan orang yang mengaku dirinya sebagai chief strategist, tidak ada hal yang sebegitu," katanya lagi.
Ketika ditanya pemberita sekiranya beliau merujuk kepada Rais Hussin, pengerusi Bersatu menjawab: "Mungkin."
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/ramal-ph-kalah-rais-hadapi-tindakan.html