Ramai Tak Setuju Jika Kj Pilih Pkr






28 November 2025


Beberapa minggu sebelum ini, selepas secara kebetulan Khairy Jamaluddin terjumpa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam sebuah majlis perkahwinan, terus tersebar perkhabaran beliau bakal kembali kepada UMNO serta dikatakan akan menyertai kabinet kerajaan madani.


Kemudian, apabila Zahid Hamidi menjelaskan tiada apa-apa perbincangan berkaitan politik antaranya dengan KJ dalam pertemuan di majlis perkahwinan itu, timbul pula cerita kononnya bekas Ketua Pemuda UMNO itu ditolak oleh UMNO.


Khabar lain yang didengar ialah KJ dikhabarkan masih tidak menulis  apa-apa surat rayuan kepada UMNO dan dengan itu menyebabkan soal kemasukan semulanya tidak dapat dibincangkan dalam MT UMNO.


Susulan itu, KJ seterusnya diberitakan akan menyertai PKR untuk membolehkannya dilantik sebagai menteri dalam rombakan kabinet yang bakal dilakukan Perdana Menteri selepas PRN Sabah nanti.


Dua hari lalu, dalam kehangatan kempen PRN Sabah, KJ tidak ketinggalan turun berkempen di beberapa kawasan di mana kenalannya bertanding.


Daripada empat kawasan yang beliau diberitakan turun berkempen itu –  dua kawasan ditandingi calon PKR dan masing-masing satu kawasan ditandingi BN dan GRS.


Dengan itu, sekali lagi timbul pertanyaan, adakah ini petanda beliau benar-benar akan menyertai PKR dan menjadi menteri semula dalam waktu terdekat ini?


Apatah lagi, dalam kempennya, KJ juga dilihat memuji Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang paling banyak memberi peruntukan kepada Sabah, selain berjaya menunaikan sejumlah besar perjanjian MA63.


Ramai rakan dan kenalan bertanya perkara tersebut, bukan saja daripada kalangan orang UMNO serta PKR, tetapi juga daripada kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan dan orang kebanyakan.


Sementara semuanya mengakui KJ memang seorang pemimpin yang berbakat dan berkebolehan sebagai menteri, tetapi rata-rata tidak setuju jika beliau menyertai PKR.


Kata mereka, PKR bukan tapak yang kukuh untuk KJ meneruskan karier politiknya, meskipun mungkin ia merupakan laluan mudah untuk menjadi menteri dalam waktu terdekat ini.


Kebimbangan utama mereka ialah tiada jaminan yang kukuh PKR akan kekal lagi sebagai kerajaan selepas PRU16 akan datang, bahkan masa depan parti itu juga mungkin lebih kabur selepas ketiadaan Anwar kelak.


Sekarang ini pun, di sebalik khabar angin beliau akan menyertai PKR, ramai juga orang PKR yang tidak mengalu-alukan kemasukannya.


Ia berbeza dengan UMNO, meskipun parti itu turut tidak menentu masa depannya dengan makin banyak kalah bertanding dalam beberapa PRU kebelakangan ini, tetapi kelebihan UMNO ialah ia merupakan parti yang mempunyai “base” yang kukuh.


Dengan asas kukuh yang dimilikinya, selain nilai sejarahnya, ia tidak mudah tenggelam walau dibadai apa jua gelombang.


Dengan itu, diyakini bahawa walaupun UMNO mungkin tidak menang banyak kerusi pada PRU16 akan datang atau PRU-PRU selepas ini, namun parti itu diyakini tetap jadi rebutan untuk diajak bagi membentuk kerajaan.


Tambahan lagi, kepimpinan UMNO sekarang – daripada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presidennya – semuanya adalah pemimpin tua yang sudah melepasi usia pencen belaka.


Maka , KJ dilihat ada masa depan yang lebih cerah untuk menerajui UMNO dalam sedikit masa lagi dan hanya perlu bersabar sedikit.


Sehubungan itu, KJ lebih dirasakan sesuai serta perlu kembali kepada UMNO dan membina kembali kerjayanya melalui parti itu. – ShahbudinHusin 28November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/ramai-tak-setuju-jika-kj-pilih-pkr/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/ramai-tak-setuju-jika-kj-pilih-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Api Api Candidate Never Claimed To Be Lawyer Says Sabah Pkr

Api Api Candidate Never Claimed To Be Lawyer Says Sabah Pkr

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 169 hits
State PKR chief Mustapha Sakmud blames West Malaysian party leaders for exaggerating Thonny Chee s credentials in past campaigns PKR s Thonny Chee is in a five cornered race for the Api Api seat which has been held by the party since 2013 P...
Tumbangkah Grs Dan Tegugatkah Pkr Akibat Pendedahan Albert Tei

Tumbangkah Grs Dan Tegugatkah Pkr Akibat Pendedahan Albert Tei

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 157 hits
27 November 2025Albert Tei sudah banyak kali membuat pendedahan mengenai skandal rasuah melibatkan Adun Adun Sabah Beberapa pendedahannya sebelum ini memang menggemparkan tetapi ternampak tidak memberi banyak kesan Walaupun ada kertas siasa...
Rafizi Reveals Failed Plan To Install Zafrul In Pkr And Nurul Izzah As Selangor Mb

Rafizi Reveals Failed Plan To Install Zafrul In Pkr And Nurul Izzah As Selangor Mb

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 203 hits
FORMER PKR deputy president Rafizi Ramli disclosed that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had planned in April 2024 to bring Investment Trade and Industry Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz into PKR Anwar was to announce this at the pa...
Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 195 hits
PKR menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 dan menyifatkannya sebagai isyarat penting yang harus diinsafi dalam memperkukuh hala tuju politik parti itu Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PK...
Lack Of Mandarin Proficiency No Obstacle Says Pkr S Thonny Chee

Lack Of Mandarin Proficiency No Obstacle Says Pkr S Thonny Chee

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 151 hits
The candidate for Api Api hits back at claims he struggles to communicate with the constituency s Chinese community Thonny Chee said he understands the meaning of words spoken in Mandarin but does not dare to respond in the language for fea...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bonuses And Promotions Login On Tangandewa Agent

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Kalau Pintu Rezeki Ditutup

Bahagian Penting Perlu Dijaga Ditukar Vario 160

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah