Tumbangkah Grs Dan Tegugatkah Pkr Akibat Pendedahan Albert Tei






27 November 2025


Albert Tei sudah banyak kali membuat pendedahan mengenai skandal rasuah melibatkan Adun-Adun Sabah.


Beberapa pendedahannya sebelum ini memang menggemparkan, tetapi ternampak tidak memberi banyak kesan.


Walaupun ada kertas siasatan dibuka dan dua Adun didakwa di mahkamah setakat ini, namun ramai melihat pendedahan demi pendedahan oleh Albert Tei semacam tiada kesan yang ketara.


Hakikatnya, di sebalik banyak pendedahan dilakukannya, kerajaan negeri Sabah masih kekal, Hajiji Noor masih bertahan sebagai Ketua Menteri dan tiada menteri negeri digugurkan daripada jawatan mereka akibat apa yang didedahkannya itu.


Bahkan, sebahagian yang dikaitkan dengan rasuah itu, didedahkan video menerima wang, mereka masih lagi dicalonkan untuk bertanding pada PRN Sabah, 29 November depan.


Ertinya, segala pendedahan Albert Tei selama ini seperti lalunya air di atas daun keladi saja.


Tetapi pendedahan terbaru yang dibuat Albert Tei Selasa lalu yang melibatkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selain meneruskan lagi pendedahan berkaitan Sabah, ia dengan pantas terzahir kesannya.


Hanya beberapa ketika selepas pendedahan itu dibuat, Shamsul Iskandar terus meletakkan jawatannya.


Kenapa Shamsul Iskandar memilih untuk meletak jawatan, sedangkan dalam isu surat sokongan yang mengaitkan dirinya sebelum ini, walaupun banyak desakan ditujukan kepadanya, beliau langsung tidak terdetik untuk meletak jawatan?


Malah, dalam isu surat sokongan itu, beliau turut dipertahankan oleh Perdana Menteri sendiri?


Mengapakah dengan pendedahan  Albert Tei terkait dirinya, beliau terus meletakkan jawatan?


Kenapa beliau tidak menunggu Perdana Menteri mempertahankannya sekali lagi?


Dalam waktu yang sama dengan pendedahan Albert Tei itu, terdedah sama tangkap layar teks perbualan Whatsapp antara Shamsul Iskandar dengan ahli perniagaan itu serta video perbualannya dengan seorang wanita.


Wanita berkenaan telah tampil menafikan dirinya sebagai proksi Shamsul Iskandar serta membuat laporan polis terhadap Albert Tei.


Shamsul Iskandar juga sebelumnya telah membuat laporan polis berhubung pendedahan Albert Tei itu, tetapi laporannya hanya berkaitan dakwaan yang mengaitkan Perdana Menteri yang dikatakan memberi ‘lampu hijau’ untuk merakam secara rahsia perbualan dengan beberapa ahli politik Sabah daripada GRS berhubung skandal perlombongan di negeri itu.


Lupakan seketika tentang siasatan polis dan siasatan SPRM berhubung pendedahan Albert Tei, paling menarik untuk dilihat dalam waktu terdekat ini ialah apakah kesan pendedahan ahli perniagaan itu serta perletakan jawatan Shamsul Iskandar kepada keputusan PRN Sabah 29 November ini?


Mampukah GRS mengekalkan kuasa mentadbir Sabah dan mampukah juga PKR memenangi jumlah kerusi yang munasabah?


Parti manakah pula paling mendapat manfaat daripada pendedahan Albert Tei?


Melihat kepada siri pendedahan oleh Albert Tei dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan yang merasakan telah kena tipu untuk mendapatkan lesen carigali mineral, sedangkan beliau telah melabur banyak wang kepada sejumlah Adun Sabah, tidaklah sukar menjangka matlamat yang dimahukannya.


Perjuangannya barangkali ialah alang-alang bisnes tak dapat, biarlah juga mereka yang pernah berjanji dan mengambil wang daripadanya turut sama hilang kuasa.


Dengan itu, secara kasarnya memang tidak mustahil GRS berdepan kesukaran untuk mengekalkan kuasanya, apa lagi jika parti lawan menggunakan isu tersebut dalam kempen-kempen mereka.


Pun begitu, dengan pendedahan terbaru Albert Tei yang disusuli perletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri, mahu tidak mahu, PKR pastinya tersimbah kesan yang tidak diingini.


Mungkinkah PKR yang bertanding 12 kerusi di PRN Sabah berdepan kesukaran untuk memenangi walau satu kerusi?


Untuk itu, selain keputusan pada malam 29 November nanti amat ditunggu-tunggu, gerak kerja kempen di hari-hari terakhir ini juga tentunya lebih menarik dan lebih panas daripada jangkaan. – ShahbudinHusin 27November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/tumbangkah-grs-tegugatkah-pkr-akibat-pendedahan-albert-tei/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/tumbangkah-grs-dan-tegugatkah-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Conflicting Accounts Of Albert Tei S Arrest Must Be Probed Says Ti M

Conflicting Accounts Of Albert Tei S Arrest Must Be Probed Says Ti M

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 155 hits
Transparency International Malaysia has called for an impartial investigation into the conflicting accounts surrounding businessman Albert Tei s arrest with its findings made public NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIMOHAMAD SHAHRIL BADRI SAAL...
Dalang Ree Mula Terbongkar Siapa Mr X Di Belakang Albert Tei

Dalang Ree Mula Terbongkar Siapa Mr X Di Belakang Albert Tei

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 184 hits
HarapandailySYAM GHAZAlbert Tei Rini dan Shamsul sudah kena tahan dengan SPRM Mr X belakang mereka itu mesti guna duit untuk Blackmail atau Pemerasugut terancang untuk tujuan mengawal hasil bumi paling strategik yang mahu dikuasai China dan...
Sprm Mohon Reman Albert Tei Shamsul Iskandar Esok

Sprm Mohon Reman Albert Tei Shamsul Iskandar Esok

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 144 hits
MOHD FAHMI ISMAILAlbert Tei antara tiga individu mengaku tidak bersalah berkaitan kes rasuah Foto oleh IVAN AMIRUL KOSMO PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijangka memohon perintah reman terhadap ahli perniagaan Albert Te...
Sue In Court If You Dare Pmx S Ex Aide Challenged To File Civil Suit Against Albert Tei

Sue In Court If You Dare Pmx S Ex Aide Challenged To File Civil Suit Against Albert Tei

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 169 hits
SMOKE on the water fire in the sky sang Ian Gillan during Deep Purple s triumphant gig in Kuala Lumpur on Nov 23 However smoke and fire of a different sort seem to be enveloping the senior political secretary to Prime Minister Datuk Seri An...
Wanita Dakwa Albert Tei Fitnah Pm Shamsul

Wanita Dakwa Albert Tei Fitnah Pm Shamsul

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 140 hits
Latifah Arifinlatifah bh com mySofia dalam satu klip video turut menafikan pertemuan atau sebarang perbincangan dengan Anwar berhubung dakwaan berkenaan FOTO TULARKuala Lumpur Seorang wanita menafikan menjadi proksi bagi Datuk Seri Shamsul ...
Kediaman Albert Tei Diserbu Sprm

Kediaman Albert Tei Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 179 hits
Muhamad Lokman Khairilokman khairi hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa menyerbu kediaman ahli perniagaan Sabah Albert Tei di Puchong hari ini Peguamnya Zaid Malek mendakwa pegawai SPRM dan polis di kedia...
Shamsul Iskandar Albert Tei Direman Enam Hari

Shamsul Iskandar Albert Tei Direman Enam Hari

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 153 hits
Shamsul Iskandar Albert Tei Direman Enam Hari PUTRAJAYA 29 Nov Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing direman sehingga 4 Dis ini Perintah reman enam h...
Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 183 hits
Shamsul Iskandar Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman PUTRAJAYA 29 November Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing t...
Albert Tei Pleads Not Guilty To Giving Rm177k To Shamsul Iskandar

Albert Tei Pleads Not Guilty To Giving Rm177k To Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 135 hits
Businessman Albert Tei at the court KUALA LUMPUR Businessman Albert Tei was charged with four counts of giving RM176 829 03 to former prime minister political secretary Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Tei whose registered name is Tei ...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak