Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Ini 7 Tanda Kanser Darah Kanak Kanak Yang Menyerang Dalam Diam


Tahukah anda, hampir 400 orang kanak-kanak di Malaysia didiagnos dengan kanser darah setiap tahun. Dengan satu dalam setiap 2,000 kanak-kanak bawah usia 15 tahun didiagnos menghidap Leukemia Limfoblastik Akut (ALL), ia merupakan jenis kanser darah yang paling lazim berlaku.
Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan simptom atau punca kepada penyakit leukemia yang dialami oleh anak-anak. Jika dapat dikesan dari awal, mungkin anda dapat merawatnya dari bertambah parah.
Tujuh tanda-tanda umum kanser darah kepada kanak-kanak seperti yang dikongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah ini boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa.
Perhatikan sekiranya anak anda mempunyai simptom seperti yang dinyatakan, bawa mereka segera berjumpa dengan doktor. Semoga bermanfaat kepada semua.
Gambar sekadar hiasan Leukemia adalah sejenis kanser sel darah putih yang bermula dari sumsum tulang. Dua kumpulan besar kanser darah leukemia yang wujud adalah leukemia akut dan juga leukemia kronik.
Pembahagian kepada dua kumpulan ini dibuat berdasarkan kematangan sel, kepantasan sel membahagi dan juga tempoh keterjadian penyakit. Jenis akut membabitkan tempoh yang lebih cepat, sel kanser yang kurang matang dan pembahagian sel yang lebih pantas berbanding jenis kronik.
Daripada dua kumpulan besar ini, terdapat pembahagian kanser darah yang lebih terperinci dibuat berdasarkan jenis keturunan sel tersebut, sama ada ia daripada keturunan sel myeloid atau daripada keturunan sel limfoid. Pembezaan antara kesemua kumpulan tersebut hanya dapat dibuat melalui ujian darah dan sumsum tulang. 
Perhatikan tanda-tanda lazim kanser darah berikut dalam anak-anak anda Dari sudut yang lebih praktikal, ibu bapa tidak mungkin dapat menentukan jenis leukemia yang dihidapi oleh anak-anak mereka. Namun yang demikian, terdapat tanda-tanda umum yang boleh menunjuk kepada leukemia.
Tanda-tanda ini majoritinya disebabkan oleh gangguan kanser tersebut terhadap keupayaan sumsum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah lain yang normal (platelet, sel darah putih dan sel-sel darah merah).
Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang bakal disenaraikan ini tidak unik kepada leukemia kerana ia juga boleh berlaku dalam penyakit lain. Berikut merupakan tanda-tanda leukemia umum yang boleh anda perhatikan dalam anak-anak anda:
1. Simptom-simptom menyeluruh (Constitutional symptoms) Simptom-simptom seperti kurang selera makan, susut berat badan dan juga demam yang kronik adalah contoh simptom-simptom menyeluruh yang boleh berlaku dalam seseorang yang sedang menghidap kanser.
Simptom-simptom tersebut berlaku akibat daripada pengaruh kanser terhadap metabolisma badan dan juga kesannya terhadap keradangan dalam badan.
Kurang selera makan juga boleh berpunca daripada kesan pembengkakan atau pembesaran organ-organ dalam abdomen (akibat penyebaran dan pertumbuhan sel kanser ke organ tersebut) yang menekan dinding perut, memberi rasa ‘penuh’.
2. Simptom-simptom berkaitan dengan anemia Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah yang sihat dalam salur darah menjadi rendah berbanding biasa. Sel darah merah membekalkan oksigen kepada tisu-tisu badan bagi membolehkannya untuk menghasilkan tenaga melalui aktiviti metabolisma.
Dalam keadaan seperti leukemia, anemia berlaku akibat daripada pencerobohan atau pengumpulan sel kanser dalam sumsum tulang sehingga penghasilan sel darah merah menjadi terencat. Antara simptom anemia yang perlu anda perhatikan dalam anak-anak anda adalah:
Kerap merasa letih dan lesu Senang tercungap-cungap apabila melakukan aktiviti fizikal sederhana Jantung berdebar-debar  Rasa sakit atau pening kepala Kulit menjadi pucat 3. Mudah untuk lebam dan berdarah Salah satu komponen penting yang dihasilkan oleh sumsum tulang adalah platelet. Platelet berfungsi untuk menutup luka, menutup kebocoran dalam salur darah dan menghalang pendarahan.
Apabila sumsum tulang dicerobohi oleh sel-sel kanser leukemia, ia mengganggu semua fungsi sintetik sumsum tulang termasuklah keupayaan untuk menghasilkan platelet.
Oleh yang demikian, penghidap leukemia akan mudah mendapat kesan lebam pada badan mereka akibat daripada gangguan keupayaan platelet ini. Mereka juga boleh mengalami pendarahan di gusi dan juga melalui hidung mereka. 
4. Kerap mendapat jangkitan Tanda ini merupakan satu tanda yang agak ironik untuk penghidap leukemia kerana dalam badan mereka terdapat jumlah sel darah putih yang cukup banyak. Sel darah putih adalah komponen penting dalam sistem imun badan kerana ia memainkan peranan untuk melindungi badan kita daripada jangkitan.
Namun yang demikian, sel-sel darah putih yang terhasil dalam leukemia bukanlah sel-sel darah putih yang normal ataupun matang. Oleh yang demikian, ia tidak mampu untuk melawan jangkitan, menyebabkan seseorang itu kerap mendapat dijangkiti patogen. Jika anak anda kerap mendapat jangkitan, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem imun mereka. 
5. Sakit sendi dan tulang Kanak-kanak yang menghidap leukemia boleh mengalami rasa sakit pada bahagian sendi dan juga tulang mereka. Simptom ini terjadi akibat daripada pengumpulan sel-sel kanser di bahagian permukaan tulang atau di dalam sendi itu sendiri.
6. Kelenjar membengkak Selain sumsum tulang, kelenjar (lymph nodes) juga boleh mengalami pengumpulan sel-sel kanser. Kanak-kanak ataupun ibu bapa mungkin akan perasan kewujudan benjolan atau pembengkakan kelenjar ini di bahagian leher, sekitar tulang selangka (clavicle), celah kangkang dan juga di bahagian ketiak.
Kelenjar di bahagian dada (thymus) dan leher yang membengkak berupaya untuk menghalang peraliran darah dan juga saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan anak-anak anda berdengkur ketika tidur, mempunyai masalah tidur (rasa letih selepas bangun tidur), sukar untuk bernafas dan muka mereka menjadi merah dan membengkak.
7. Abdomen membesar Seperti yang disebut sebelum ini, sel-sel leukemia boleh terkumpul di dalam organ-organ abdomen dan terus membahagi, menyebabkan organ-organ tersebut menjadi besar. Ini menyebabkan rasa ‘penuh’ atau kembung pada bahagian abdomen penghidap. Dengan teknik pemeriksaan dan sentuhan tertentu, doktor akan dapat merasai dan mengukur pembesaran organ seperti hati dan limpa. 
Sekali lagi diingatkan, kewujudan simptom-simptom ini tidak menjamin kewujudan leukemia kerana ia juga boleh berlaku dalam beberapa penyakit yang lain. Sebaliknya, ia bertujuan untuk membolehkan ibu bapa lebih cakna tentang perubahan pada anak-anak mereka dan untuk mendapatkan perhatian doktor pada peringkat yang awal.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan simptom yang dialami oleh anak-anak anda, segera berjumpa dengan doktor. 
Sumber : Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab/Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/31/ramai-ibu-bapa-tak-sedar-ini-7-tanda-kanser-darah-kanak-kanak-yang-menyerang-dalam-diam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 273 hits
Tahukah Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran Ia berfungsi baik untuk melegakan kesakitan gatal batuk dan selesema Walaubagaimanapun produk yang mengandungi kapur barus ini di...
Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Kurang Nutrisi Apa Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 425 hits
Ibu bapa mana yang tidak runsing jika anak mereka sering sahaja tidak sihat Demam selesema dan batuk selalu sahaja menyerang si manja Selain persekitaran yang kurang bersih dan berdebu anak anak mudah jatuh sakit kerana kekurangan nutrisi d...
Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan Ibu Boleh Sawan Kandungan Pula Terbantut

Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan Ibu Boleh Sawan Kandungan Pula Terbantut

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 312 hits
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dal...
5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

5 Bahaya Jika Ibu Bapa Tiada Al Quran Dalam Dada No 5 Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 203 hits
Bila sudah berumahtangga tanggungjawab yang paling penting adalah mendidik anak semasa kecil sehinggalah besar Anak anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua ibu bapa Tambah tambah lagi bila pasangan baru berkahwin yang bakal be...
Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 403 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 2...
Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa Namun Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 214 hits
Pagi pagi ni Ohmedia terhibur pula bila terbaca satu berita ni di mana seorang guru di Mexico telah memaksa anak muridnya memakai kotak di kepala semasa sedang mengambil peperiksaan Pakai kotak Alasan yang diberikan hanyalah kerana ingin me...
Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 293 hits
Bagi para ibu bapa hari ini terdapat pelbagai pilihan kereta sorong bayi dalam memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke mana mana Dalam usaha memudahkan lagi kini Bosch turut memperlihatkan kereta sorong bayi elektronik mereka Dinamakan s...
Tak Sedar Air Mata Meleleh Ibu Kucing Sarat Mengandung Hampir Masak Terkena Minyak Panas

Tak Sedar Air Mata Meleleh Ibu Kucing Sarat Mengandung Hampir Masak Terkena Minyak Panas

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 394 hits
Boleh dikatakan majoriti masyarakat pada hari ini mempunyai haiwan peliharaan dan yang paling banyak di antaranya adalah kucing Walaupun kucing dianggap sebagai haiwan peliharaan yang manja namun masih ada segelintir masyarakat yang sanggup...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide