Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan Ibu Boleh Sawan Kandungan Pula Terbantut


Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Artikel Menarik: [Bahagian Pelipat Jadi Gelap Waktu Mengandung, Undang Rasa Segan Ibu Hamil Pada Suami]
Peratusan Semakin Meningkat
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara membangun seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.

Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Placental ischemia atau kekurangan salur darah ke plasenta. Untuk kehamilan normal (seperti dalam gambarajah) cytotrophoblast akan meresap masuk kedalam dinding rahim dan membantu kelancaran salur darah, namun untuk ibu yang mengalami masalah praeklampsia ini perubahan faktor imuniti badan antara ibu-bayi telah menyebabkan salur darah itu menjadi sempit.Pengurangan penghasilan enzim vasodilator.Kajian terperinci mengenai punca praeklampsia telah mendapati bahawa agen untuk pengembangan saluran darah pada ibu mengandung sangat kurang.Faktor ketidakstabilan fungsi sistem endothelialFaktor keturunan atau genetik.Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.

Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Artikel Menarik: [Mengarutlah! Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang. Jangan Risau Normal, Czer Asal Selamat]
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala,  penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.

Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Risiko kepada bayi
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.

Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Risiko TinggiIni merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Risiko sederhanaMerujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/08/tekanan-darah-tinggi-jangan-diabaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 294 hits
Pengetahuan kita sebagai orang awam terhad dalam aspek kesihatan Oleh itu kita harus mendengar nasihat pengamal perubatan agar kita tidak membahayakan diri sendiri tanpa sedar Tahukah anda mencabut gigi ketika anda mengalami tekanan dan kan...
Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 451 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 2...
Mama Je La Sanding Pengantin Tak Hadir Di Hari Persandingan Ibu Ayah Pula Ganti Jadi Raja Sehari

Mama Je La Sanding Pengantin Tak Hadir Di Hari Persandingan Ibu Ayah Pula Ganti Jadi Raja Sehari

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 321 hits
Bila sebut saja mengenai majlis perkahwinan pasti dalam fikiran kita nakkan majlis yang sempurna pelamin yang indah dan detik detik manis yang akan disimpan hingga ke anak cucu Pendek kata semua nak sempurna memandangkan hari bahagia itu di...
Ngabalin Tidak Boleh Ada Darah Dan Air Mata Lagi Mengalir Di Tanah Papua

Ngabalin Tidak Boleh Ada Darah Dan Air Mata Lagi Mengalir Di Tanah Papua

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 330 hits
Selain itu Ngabalin berterimakasih atas kesadaran masyarakat di Papua dan sekitarnya untuk tidak terpancing emosi serta menjaga situasi kondusif
Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Radang Peparu Anak Bawah 5 Tahun Boleh Maut

Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Radang Peparu Anak Bawah 5 Tahun Boleh Maut

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 524 hits
Meningitis radang paru paru jangkitan kuman dalam darah sinusitis jangkitan telinga adalah antara penyakit penyakit yang boleh menjangkiti kanak kanak dan bayi Perkongsian doktor ini amat bermanfaat untuk menanganinya Dr berkongsi mengenai ...
Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup 10 Checklist Untuk Bakal Ibu Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang

Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup 10 Checklist Untuk Bakal Ibu Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 793 hits
Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan Lebih lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap Ad...
4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma Bayi Ajaib Selamat Dilahirkan

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma Bayi Ajaib Selamat Dilahirkan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 663 hits
Kasih ibu tiada tandingannya dan tidak boleh disangkal Kekuatan seorang ibu yang koma selama lebih kurang 4 bulan ini menjentik hati semua orang apabila anak yang dikandungnya selamat dilahirkan meskipun terpaksa menggunakan kaedah pembedah...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord