Ramai Dihalau Pulang Ikuti 4 Petua Ini Ketika Berhadapan Dengan Imigresen Korea
Kecoh di Korea tentang kes pelancong dari negara lain yang dihalang dari memasuki negara terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN
Ingin Bercuti Dengan 'Smooth' Di Korea? Jom Baca Tips Berguna Sebelum Berseronok Di Sana!
Disebabkan oleh ramai pelancong luar negara yang masuk ke Korea kerana ingin bekerja secara haram, kerajaan Korea menjadi semakin strict dengan aktiviti keluar masuk warga asing ke negara mereka.
Korang tidak perlu risau lagi, ikuti beberapa petua yang dikongsi di bawah untuk memudahkan proses masuk ke Korea.
Sediakan dokumen penting
Ini merupakan perkara yang perlu dititik-beratkan ketika di imigresen Korea iaitu penyediaan semua dokumen penting. Antara dokumen-dokumen itu ialah passport, itinerari sepanjang perjalanan, tiket penerbangan pulang, pengesahan K-ETA dan segala jenis tiket yang dibeli untuk berjalan ke Korea.
Hal ini akan membuatkan pihak imigresen di sana berasa yakin bahawa korang merupakan pelancong yang sah, dan bukannya untuk bekerja di Korea secara haram.
Keyakinan diri
Selain itu, pastikan korang sentiasa yakin dengan jawapan daripada soalan yang ditanya. Jika tidak, ia mungkin akan membuatkan korang sukar untuk memasuki negara itu. Selain itu, korang boleh menyapa pegawai imigresen dengan berkata ‘annyeong’ dan ianya adalah bonus kalau boleh berbahasa Korea.
Duit tunai
Bagi generasi sekarang, sudah menjadi kebiasaan untuk tidak mempunyai sebarang wang tunai. Tetapi, korang perlu menunjukkan kepada pegawai imigresen bahawa korang sudah siap sedia untuk melancong di Korea. Oleh itu, mereka akan berasa yakin dengan korang.
Pemakaian kemas
i dah bawak my family to korea more than 5 times already and alhamdulillah they’ve never been questioned.
I think the most important thing is to convince immigration you’re there for holiday and not to work.
Look presentable. Know your iti inside out. Speak confidently https://t.co/VBMS3I4uKO
— 사브리나 (@jpbrinx) January 23, 2024
Terakhir, pastikan korang memakai pakaian yang kemas dan tidak selekeh ketika berada di imigresen Korea. Hal ini akan menambahkan lagi keyakinan yang korang datang ke Korea memang untuk bercuti.
Tambahan, kalau boleh hafal itinari spesifik seperti pada hari pertama mahu ke mana, naik apa dan berapa kos yang bakal diguna pakai untuk semua kemudahan awam terbabit. Ia agak leceh tetapi, kalau korang dapat pegawai yang strict, semua petua ini pasti dapat membantu.
Takpelah korang, ada banyak lagi negara lain yang boleh pergi..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Ramai Dihalau Pulang, Ikuti 4 Petua Ini Ketika Berhadapan Dengan Imigresen Korea first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/risau-tak-boleh-pergi-korea-dah-ikuti-4-petua-ini-ketika-berhadapan-dengan-imigresen-di-sana/