Ramadan Lebihbanyakekstra Bersama Ramadan 2 0 2 0 Oleh Touch N Go Ewallet
RAMADAN #LEBIHBANYAKEKSTRA BERSAMA RAMADAN 2.0.2.0 OLEH TOUCH ‘N GO EWALLET Juadah buka puasa kegemaran anda dihantar terus ke rumah dengan servis penghantaran makanan paling pantas di bandar-bandar utama dan dapatkan pulangan tunai berupa e-baucar, pembayaran zakat, derma dan tips harian bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini!
Kuala Lumpur, 27 April 2020 - Situasi “normal baru” yang dialami semua rakyat Malaysia dalam tempoh PKP telah membawa erti berbeza untuk Ramadan 2020 bagi umat Islam di negara ini yang sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia pada tahun ini.
Dengan itu, Touch ‘n Go eWallet telah melancarkan Ramadan 2.0.2.0 secara #lebihbanyakekstra. Inisiatif dimulakan dengan kolaborasi bersama ‘lebih’ daripada beberapa syarikat penghantaran makanan terkemuka, 'banyak' pulangan tunai berupa e-baucar dan juga senarai ‘ekstra’ peniaga-peniaga makanan dan keperluan yang terbaik. Ramadan kali ini lebih bermakna kerana kami menyediakan kemudahan untuk orang ramai melakukan amal jariah dan juga membayar Zakat.
Kempen oleh Touch ‘n Go eWallet tahun ini dinamakan ‘Ramadan 2.0.2.0’ untuk mengalu-alukan tahun 2020 dan untuk menyambung keberkesanan kempen Ramadan Sempoi pada tahun 2019. Pada masa yang sama, sebagai tanda sokongan terhadap penjarakkan sosial, 2020 kini digambarkan sebagai 2.0.2.0.
Ketika rakyat Malaysia memasuki bulan kedua PKP, penghantaran makanan telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian. Bilangan pesanan penghantaran makanan dianggarkan akan meningkat dalam tempoh ini, jadi dengan adanya pelbagai khidmat penghantaran yang merangkumi kawasan yang lebih banyak serta cepat, umat Islam dapat berbuka puasa tepat pada masanya. Tambahan lagi, melalui usahasama dengan rakan-rakan niaga dan pihak tertentu yang mempunyai tujuan yang sama, di antaranya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Beepit, DeliverEat, Go Eat, Hungry dan Wonderfly, para pengguna dapat memesan makanan kegemaran atau mencuba ‘bazar Ramadan’ cara baru sambil membantu syarikat PKS (Peniaga Kecil dan Sederhana) yang kini amat terjejas disebabkan oleh wabak Covid-19.
Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Sebagai syarikat yang mementingkan inovasi dalam bidang e-Dompet, kami memberikan penyelesaian secara digital bagi menjalani bulan Ramadan. Ianya selaras dengan usaha negara kita yang memberi lebih penekanan terhadap kaedah pembayaran tanpa sentuh kerana ianya lebih selamat. Ramadan ini, kami sedar bahawa rakan-rakan Muslim akan menjalani bulan puasa dengan cara yang sangat berbeza. Kami berharap dengan adanya usahasama dengan rakan-rakan penghantaran makanan, dapat membantu mengurangkan kesusahan pengguna kerana khidmat ini adalah secara terus. Keunikan utama kempen ini adalah, kami mengumpul pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan untuk memenuhi keperluan menikmati juadah tradisi bulan Ramadan. Dari lebih 1,000 gerai untuk dipilih, rakyat Malaysia pastinya mempunyai banyak pilihan.”
Sebagai servis penghantaran terbaru di Malaysia, StoreHub melancarkan portal penghantaran makanan mereka, Beepit.com, yang menampilkan pelbagai pilihan restoran yang terdapat di dalam rangkaian penghantaran makanan mereka. Kini, StorehHub telahpun mengaktifkan pilihan pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Fong Wai Hong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama StoreHub pula berkata, “Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet untuk eBazaar Ramadan 2.0.2.0. Beepit.comdilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia memilih dan terus menyokong restoran tempatan serta dapat menikmati kemudahan dan lebih nilai melalui pesanan secara terus.”
Sepanjang tempoh kempen ini, pengguna Touch ‘n Go eWallet dapat menikmati pelbagai promosi #lebihbanyakekstra melalui rakan penghantaran makanan kami:
Penghantaran Beep Dari 23 April - 8 Mei, pengguna Touch ‘n Go eWallet dapat menikmati pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM20 di laman web Beep https://beepit.com/home.
DeliverEatEksklusif bagi penduduk Pulau Pinang & Lembah Klang, DeliverEat menawarkan diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM10, bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2020.
HungryPromosi untuk penghantaran Hungry boleh didapati sepanjang tahun dan di setiap negeri! Bermula dari 1 Mac hingga 31 Disember, pengguna layak mendapat diskaun RM6 dengan perbelanjaan minimum RM25. Promosi ini terhad kepada 7,000 tebusan pertama pada setiap bulan.
WonderflySebagai rakan kongsi dalam talian terbaru Touch ‘n Go eWallet, Wonderfly menawarkan promosi pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM30. Promosi ini sah dari 27 April hingga 20 Mei 2020.
Penghantaran Percuma Go Eat Bermula pada 1 Mei sehingga 23 Mei 2020, nikmati dua penghantaran percuma dengan pesanan pembelian minimum RM10. Gunakan fungsi “Scan” pada Touch ‘n Go eWallet ketika makanan dihantar. Masukkan kod promo GOTNGEWALLET di halaman pembayaran aplikasi Go Eat. Penebusan maksimum hanya sekali sehari dan 2 kali sepanjang tempoh kempen, dengan had sebanyak 10,000 penebusan.
MBPJ x Go Eat (Akan datang)Nantikan pulangan tunai RM3 sebanyak dua kali dengan perbelanjaan minimum RM5 dengan Touch ‘n Go eWallet ketika menggunakan fungsi “Scan” semasa penghantaran makanan yang dipesan melalui aplikasi Go Eat. Penebusan maksimum hanya sekali sehari dan 2 kali sepanjang tempoh kempen, dengan had sebanyak 60,000 penebusan.* Tertakluk pada Terma dan syarat, sila lihat senarai lengkap, visual dan mekanik promosi pada lampiran
“Tahun lepas, Touch ‘n Go eWallet telah berjaya mengubah bazar Kampung Baru menjadi bazar Ramadan ‘Kampung Kashless’ yang pertama dengan adanya lebih 400 gerai. Tahun ini, dengan adanya Ramadan 2.0.2.0, para peniaga dapat memaparkan jualan mereka di senarai direktori ebazar, sekaligus mendapat akses kepada lebih 10 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet. Yang paling menarik adalah, dengan setiap transaksi yang dibuat termasuk memindahkan eDuit Raya kepada keluarga dan rakan, pengguna juga mendapat ganjaran melalui program My Rewards Touch 'n Go eWallet dengan pulangan tunai berupa e-baucar setiap minggu sepanjang bulan Ramadan dan musim Raya. Terbaru, kami juga akan menyediakan kemudahan pembayaran zakat bersama Zakat Selangor pada bulan Mei 2020. Sumbangan secara langsung kepada NGOtetap menjadi mudah pada bulan Ramadan ini dengan hanya menggunakan ciri imbasan QR. Kami sangat terharu melihat rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk membantu. Sejak bermulanya PKP, jumlah sumbangan terkumpul dari pengguna kami adalah lebih dari RM300,000,” tambah Ong.
Para pengguna juga akan mendapat akses ke pusat maklumat Touch ’n Go eWallet yang mempunyai pelbagai informasi berkaitan Ramadan seperti waktu berbuka puasa dan imsak, ganjaran, cara menderma, promosi, resipi, kecergasan serta tips-tips, pada bila bila masa.
Dengan Touch ‘n Go eWallet, semuanya #lebihbanyakekstra - ianya komitmen dari kami bahawa pengguna kami akan sentiasa diberi lebihbanyak tawaran, dalam banyak cara dengan nilai ekstra yang hebat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ramadan 2.0.2.0 Touch ‘n Go eWallet yang eksklusif ini, sila layari:Laman web kami www.tngdigital.com.my/lebihbanyakekstra.Laman Facebook kami www.facebook.com/touchngoewallet Laman Instagram di www.instagram.com/touchngoewallet/.
Untuk peniaga-peniaga, sekiranya anda ingin menyenaraikan perniagaan anda bersama kami, sila layari https://www.tngdigital.com.my/onlinebazaar-registration.
Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App StoredanGoogle Play Store.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2020/04/ramadan-lebihbanyakekstra-bersama.html