Kali Pertama Tiada Bubur Lambuk Ketika Ramadan Di Kampung Baru


Pengagihan bubur lambuk menjadi acara wajib setiap kali Ramadan di Masjid Kg Baru.PETALING JAYA: Kebiasaannya apabila tiba bulan Ramadan, Masjid Kampung Baru menjadi tumpuan umat Islam di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma
Selepas solat Asar, suasana akan menjadi meriah dengan orang beratur panjang untuk mendapatkan bubur lambuk yang menjadi salah satu juadah pilihan dan kegemaran mereka ketika Ramadan
Namun, tahun ini suasana itu tidak akan dirasai selepas setiap tahun amalan itu menjadi tradisi di Masjid Kampung Baru
Menurut ketua tukang masak bubur lambuk di Masjid Kampung Baru, Zainal Abidin Abdul Hamid, pihak pengurusan masjid membuat keputusan untuk tidak mengadakan aktiviti mengedar bubur lambuk susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini
Zainal berkata ini pertama kali bubur lambuk tidak dapat diedarkan kepada orang ramai sejak 37 tahun beliau menjadi tukang masak bubur lambuk di masjid itu
“Susah tentu rasa janggal, sedih dan kasihan sebab orang ramai tidak dapat bubur lambuk,” katanya kepada FMT
Ketua tukang masak bubur lambuk Masjid Kampung Baru, Zainal Abidin Abdul Hamid.Zainal, 65, yang merupakan generasi ke-4 menjadi ketua tukang masak di Masjid Kampung Baru akui ramai yang bertanya mengenai bubur lambuk pada tahun ini
Bagaimanapun, beliau dengan berat hati memberitahu tidak dapat diedarkan tahun ini berikutan mematuhi arahan kerajaan yang tidak mahu orang ramai berkumpul
“Ramai yang menelefon saya bertanyakan mengenai bubur lambuk percuma di Kampung Baru
“Namun saya memberitahu tahu, tahun ini tak ada dan ramai kecewa kerana ada yang jadikan juadah ini sebagai makanan pilihan ketika berbuka puasa,” katanya
Zainal juga berkata biasanya akan ada pihak yang mahu menaja bubur lambuk dengan menghulur sumbangan, namun terpaksa ditolak ekoran bagi menghormati perintah kerajaan
Katanya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bubur lambuk biasanya sudah dihantar oleh penaja seminggu sebelum menjelangnya Ramadan dan perkara itu akan terus berlarutan sehingga akhir Ramadan
Zainal juga berkata kebiasaannya dalam sehari beliau akan menyediakan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 periuk besar bubur lambuk dengan dibantu 8 orang pembantu
“Satu dulang boleh dapat sediakan 220 bungkus dan jika 20 dulang ada dalam 4,000 lebih bungkusan bubur lambuk boleh diagihkan
“Biasanya mereka akan beratur dan datang cepat untuk mendapatkannya. Manakala ada juga yang tidak dapat jika mereka datang lambat akibat kesesakan lalu lintas dan sebagainya,” katanya
Zainal juga menasihatkan orang ramai redha dan sabar buat masa ini
“InsyaAllah tahun depan kita boleh edarkan bubur lambuk Majis Kampung Baru,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/kali-pertama-tiada-bubur-lambuk-ketika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 430 hits
Setiap kali ada perkembangan baru mengenai buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah pasti walid atau mamanya akan berkongsi dengan orang ramai yang sebelum ini sentiasa ternanti nantikan berita gembira Terbaru menerusi perkongsian di facebo...
Aduh Baru Bebas Imbas Corona Napi Ini Dipergoki 2 Kali Mau Mencuri

Aduh Baru Bebas Imbas Corona Napi Ini Dipergoki 2 Kali Mau Mencuri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 298 hits
Baru keluar dari penjara melalui program asimilasi rumah sesuai keputusan Menteri Hukum dan HAM dalam rangka pencegahan COVID 19 narapidana bernama Rudi Hartono di Wajo Sulawesi Selatan kembali dijebloskan ke dalam penjara Rudi tertangkap k...
Saya Segan Bang Pertama Kali Dalam Hidup Minta Dengan Orang

Saya Segan Bang Pertama Kali Dalam Hidup Minta Dengan Orang

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 285 hits
SHAH ALAM Kisah seorang kelindan lori yang dalam keadaan kelaparan serta ketiadaan wang untuk menjamah sebarang makanan mendapat perhatian netizen sejak semalam Seorang pengguna Facebook Zarul Zabidi menceritakan dia bertemu dengan seorang ...
Covid 19 China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

Covid 19 China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 281 hits
China mencatat sejarah buat pertama kalinya pada Selasa tiada kematian baharu akibat wabak Covid 19 dilaporkan di negara itu sejak kematian diumumkan bermula Januari lalu Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan kes di Tanah Besar China sem...
Hari Pertama Ramadan Bagi Tahun 2020

Hari Pertama Ramadan Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 438 hits
DAY 38 Sambungan kisah semalam di Ibu dalam bilik tu Nuha punya kan ibu Bukanlah itu orang lain punya Alah Nuha tahulah itu Nuha punya Hadiah dari mak saudara dia a k a mama1 Ramadan 1441 HijrahSalam Ramadan buat semua Cabaran Ramadan buat ...
Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 488 hits
Dakwaan hadis yang menyebut bahawa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja termasuk dalam golongan munafik perlu difahami secara menyeluruh supaya ia tidak disalah fahami Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulki...
Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 498 hits
Pada waktu Maghrib tadi Master meletakkan Aidan di ruang tamu bersama sama kakaknya si Aina selepas memandikannya dan memakaikannya baju Kemudian Master masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung kerjanya yang tidak keputusan sementara be...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini