Ramadan Bersama Radio Zayan Indah Di Hati


RAMADAN BERSAMA RADIO ZAYAN INDAH DI HATI | Assalammualaikum semua! Sekejap je masa berlalu kan? Siaran Radio ZAYAN sudah hampir memasuki 5 tahun usia penyiarannya. Ruby masih ingat lagi ketika pertama kali mendengar semasa memandu di NKVE (New Klang Valley Expressway) dan ketika itu penyampai radio adalah Mawi bintang Akademi Fantasia (AF) 3 sedang mengajar ejaan Jawi. 
Menariknya segmen yang dikelolakan oleh Mawi itu buat Ruby terus teringat ejaan jawi dan berteka untuk menjawab soalan. Tersengih-sengih bila ada ejaan dalam bahasa jawi tu salah! Berdekah gelak kat diri sendiri. Bukannya ape, sin dan shod mesti buat keliru. Haha. 
Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, pelbagai program telah dirancang untuk memberi para pendengar mendengar kandungan yang berilmiah dengan lebih banyak. Malah, ada segmen yang di tambah mengikut kesesuaian masa pendengar. 
Segmen-segmen ini mengandungi pelbagai topik berkaitan pendidikan Islam. Pada pendapat Ruby, ZAYAN adalah stesen radio yang memberi banyak ilmu pendidikan, penjelasan dan perkongsian tentang agama dalam bentuk mudah difahami. 
Jika anda berjaga malam, boleh dengar segmen ZAYAN Moreh. Ustaz Dr Ashraf Suarin akan sembang motivasi. Sedikit sebanyak boleh menemani anda. 


ZAYAN ialah sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Astro Radio Sdn. Bhd. Stesen radio ZAYAN disiarkan pada 2 Oktober 2017. Frekuensinya dahulunya digunakan oleh bekas stesen radio The Star, Red FM. 104.9 FM adalah frekuensi ZAYAN merupakan sebuah platform digital dan juga radio berkonsepkan kehidupan Muslim Kontemporari.

ZAYAN INDAH DI HATIKeadaan semasa terus mencabar walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik dan mereka yang terbabit dalam pelbagai bidang pekerjaan perlu terus berusaha dan menjadi  lebih kreatif. 


Situasi sama turut dirasai oleh pasukan kerja Radio ZAYAN. Pengurus Kandungannya, Wan Syahrul Amry Wan Mansor, berkata 

“Walaupun tahun 2022, kerajaan sudah mengumumkan negara sedang melalui peralihan ke fasa endemik dan beberapa peraturan sudah dilonggarkan namun rakyat masih perlu berhati-hati. 
ZAYAN terus mengambil langkah berhati-hati dan jika keadaan memerlukan, penyampai akan bersiaran dari rumah dan cabaran yang menanti adalah untuk  memantapkan persembahan dengan cara yang lebih kreatif.
Kalau bersiaran dari rumah, pengisian mestilah lebih terkini, padat dengan perkembangan mengenai isu semasa yang dapat membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.”

Jelas beliau, bertepatan dengan konsep Islamik yang menjadi tunjang utama ZAYAN dalam arena penyiaran negara, radio ini membawa pendekatan mempromosikan cara hidup masyarakat Islam yang terkini dan kotemporari. 
Katanya, kandungan ZAYAN mestilah yang boleh dijadikan inspirasi kepada pendengar sasaran berusia dari 18 hingga 35 tahun. 

“Kapsul nasihat disertakan hadis, sirah dan doa dengan selingan lagu nasyid yang bukan saja menghiburkan tetapi memberi manfaat kepada pendengar terutama pada situasi hari ini di mana masyarakat yang terkesan sangat memerlukan kata-kata semangat, nasihat dan panduan. 
“Sejak ZAYAN ditubuhkan pada 2 Oktober 2017,  kelebihan ZAYAN ialah pada DNA nya yang tidak sama dengan radio lain. Identiti radio ini yang mahu mendekati golongan muda menampilkan konsep  persembahan  yang lebih segar, pengisian bersifat kontemporari dan akan terus mengekalkan keunikan yang ada. 
“Kandungan ZAYAN lebih kasual, bersahaja dan santai serta bersesuaian dengan gaya hidup muslim.  Meskipun informasi  Islamik tetapi ia disampaikan dengan cara yang lebih ringan agar mudah menyerap ke jiwa pendengar. 
“Alhamdulillah, selepas hampir lima tahun bersiaran, sambutan pendengar terhadap radio ZAYAN menunjukkan peningkatan yang ketara,” kata Wan Syahrul Amry

CABARAN RADIO ZAYAN SEPANJANG 5 TAHUNBercakap mengenai cabaran, beliau berkata, bagi mengekalkan keunikan ZAYAN, pasukannya terpaksa bekerja keras berbanding saluran komersial lain, sentiasa melakukan kajian dan peka kepada keperluan pendengar. 

Zayyan juga boleh didengari pada saluran 104.9fm di Lembah Kelang, 106.4fm di Ipoh, 92.8fm di Johor Bahru, 98.9fm di Melaka, 91.6 di Kuantan dan 98.1fm di Alor Setar



“Kami tidak mahu kandungan ZAYAN kelihatan klise. Ia mestilah terkini  kerana kami mahu mereka yang tercari-cari aplikasi kandungan Islam akan memilih ZAYAN. “Pada awal tahun ini juga dengan mengambil pandangan dan gabungan idea daripada  JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Munsyid Malaysia, rakan selebriti dan ustaz-ustaz, ZAYAN menganjurkan program USRAH ZAYAN #jomsolat sambil solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dataran MaTiC (Pusat Pelancongan Malaysia). “Kami mahu menjadi penentu arah aliran yang Islam itu indah dan boleh bersolat di mana sahaja dengan syarat tetap mengikut hukum syarak. Program itu juga adalah platform berdakwah secara santai sambil meraikan semua pihak,” katanya. 
KANDUNGAN RADIO ZAYAN TAHUN 2022Kandungan baru ZAYAN untuk tahun 2022 ialah ZAYAN Salam Bros (6 hingga 10 pagi) kendalian Mawi (Asmawi Ani) dan Anas Tahir. Seterusnya pada jam 10 pagi hingga 3 petang, konti akan diambil alih oleh Lin Ariffin (Siti Amalina Ariffin) dan Fatin Nabila untuk slot ZAYAN Salam Sis.



Slot seterusnya ialah ZAYAN Valet (3 petang hingga 7 malam) yang ke udara bersama Tajdid Hadhari (Muhammad Tajdid Hadhari Romli). Bekas peserta Daie yang berimej rugged itu juga dikenali dengan panggilan Ustaz Bola. 
ZAYAN Valet juga menyisipkan slot Zayan Fit yang menampilkan kehadiran tetamu undangan. Terdapat juga sesi bacaan ayat al-Quran berserta terjemahan dan menerusi slot Valet Buzz, Hadhari membincangkan isu tular.
Untuk pengetahuan ramai, Hadhari memiliki lesen bimbingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bawah jurulatih Belia Nasional FAM, Hassan Sazali Waras.


Menggantikan ZAYAN Valet selepas itu ialah ZAYAN Halal Café (8 malam hingga 12.30 malam) kendalian Hazwan Syah (Khairi Hazwan Muhammad Asri).


Pada hujung minggu pula ada ZAYAN Hujung Minggu bersama penyampai hujung minggu iaitu Pendakwah Ustaz Ashraf Suarin. 


Segmen lain ialah Indah Di Hati, ZAYAN Fikir, Aura ZAYAN dan ZAYAN Ikhlas. 

Selain ke udara di corong radio, pendengar boleh mendengar ZAYAN menerusi Saluran Astro 876 dan terbaru aplikasi SYOK yang tersedia dalam Google Play dan App Store.
https://play.google.com/store/apps/details?id=net.amp.era

PROGRAM RAMADAN ZAYANZAYAN mengadakan beberapa program khusus untuk Ramadan ini seperti Satu Hari Satu Surah Bersama Ustaz Mohd Gunawan Che Abd Aziz dan Mahir Bahasa Arab melalui al-Quran bersama Ustaz Taufik Yusof. Kedua-dua program khas itu disisipkan dalam segmen ZAYAN Salam Bros. 
Menerusi slot ZAYAN Salam Sis pula diselitkan Tadabbur Al-Quran. Pada sebelah malam pula, dari jam 10 malam hingga 1 pagi adalah topik perbincangan berkenaan Ramadan dan Salam Sahur ZAYAN.
ZAYAN MOREHSetiap Sabtu dan Ahad bermula 11 malam hingga 1 pagi akan bersiaran segmen ZAYAN MOREH bersama Dr Ashraf Suarin. Di dalam segmen ini Ustaz akan berkongsi tentang pelbagai topik menarik. 



ZAYAN NEXT TOP BILALSementara untuk pengisian platform digital ZAYAN, diadakan pencarian menerusi Instagram iaitu mencari ZAYAN Next Top Bilal di mana lima bilal terbaik akan merakamkan azan yang bakal ke udara di saluran radio ZAYAN. 
MAJLIS BERBUKA PUASAPada 22 April pula, akan diadakan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang disertai penyampai ZAYAN, pendakwah yang juga penyampai hujung ZAYAN iaitu Ustaz Ashraf Suarin dan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Aktiviti lain ialah Sumbangan Al-Quran kepada orang yang datang ke bazar Ramadan  Putrajaya yang akan diberikan secara random, tajaan Masjid Putrajaya. Juga akan diadakan Rakaman Tarawikh Talk bersama ustaz dan ustazah jemputan. 
Baru- baru ini empat penyampai radio ZAYAN iaitu Asmawi Ani, Anas Tahir Muhammad Tajdid Hadhari Romli dan Khairi Hazwan Muhammad Asri, merakamkan Takbir Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Rakaman itu akan disiarkan pada 1 Syawal di plaftom digital ZAYAN. 
MENGENAI RADIO ZAYANMula beroperasi pada 2 Oktober 2017, ZAYAN merupakan sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Astro Radio Sdn. Bhd. ZAYAN adalah radio berkonsepkan kehidupan Muslim Kontemporari.
ZAYAN | INSTAGRAM | FACEBOOK



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/04/ramadan-bersama-radio-zayan-indah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bayar Mahal Tapi Meja Tepi Eskalator Netizen Berang Buffet Ramadan Hotel Mewah Indah Khabar Dari Rupa

Hiburan Bayar Mahal Tapi Meja Tepi Eskalator Netizen Berang Buffet Ramadan Hotel Mewah Indah Khabar Dari Rupa

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 177 hits
Menjelangnya bulan Ramadan ramai pengusaha hotel akan mengambil peluang untuk mengadakan program berbuka puasa ala buffet kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai Dan kebanyakan pengusaha hotel kini menawarkan harga buffet Ramadan...
This Ramadan Be Invited To Baking Kuih Raya Dari Hati By Cadbury Malaysia With Chef Anis Nabilah And Host Azura Zainal

This Ramadan Be Invited To Baking Kuih Raya Dari Hati By Cadbury Malaysia With Chef Anis Nabilah And Host Azura Zainal

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 201 hits
CADBURY DAIRY INVITES MALAYSIANS FOR A BAKING KUIH RAYA DARI HATI WITH CHEF ANIS NABILAH AND HOST AZURA ZAINALKUALA LUMPUR 4 April 2022 The tradition of gifting kuih raya has been passed down through the generations with supermarkets displa...
Geliat Panen Timun Suri Di Awal Ramadan

Geliat Panen Timun Suri Di Awal Ramadan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 194 hits
Geliat Panen Timun Suri di Awal Ramadan Sejumlah petani mulai memanen timun suri pada lahan garapan di kawasan Sawangan Depok pada hari pertama Ramadan 2022 Timun suri yang biasa diolah menjadi hidangan pembuka puasa ini dijual mulai harga ...
Tanpa Penjarakan Fizikal Aura Ramadan Semakin Dirasai

Tanpa Penjarakan Fizikal Aura Ramadan Semakin Dirasai

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 206 hits
By April 3 2022RAMADAN tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara selepas mereka dibenar menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal mulai malam ini Perkara itu selaras den...
Salam Ramadan Sayang Puasa Tanpa Isteri Di Sisi Video Shuib Ziarah Pus4ra Siti Sarah Jent1k Jiwa

Salam Ramadan Sayang Puasa Tanpa Isteri Di Sisi Video Shuib Ziarah Pus4ra Siti Sarah Jent1k Jiwa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 260 hits
Selebriti terkenal Shuib dilihat menziarahi pus4ra isteri tercinta Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepoton...
Salam Ramadan 1443h Niat Puasa

Salam Ramadan 1443h Niat Puasa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 212 hits
Salam Ramadan 1443H Niat Puasa Abam Iqi lead adik dia Ici baca doa puasa sebulan Layan mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beaut...
Salam Ramadan 1443h

Salam Ramadan 1443h

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 195 hits
Salam Ramadan 1443H Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN SELAMAT MENUN...
Mosques Issue Sop Reminders Ahead Of Ramadan

Mosques Issue Sop Reminders Ahead Of Ramadan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 213 hits
Those who plan to attend tarawih prayers and other Ramadan related activities at their respective mosques and surau are reminded to adhere to the standard operating procedures NSTP ASWADI ALIASKUALA LUMPUR Those who plan to attend tarawih p...
Salam Ramadan 2022

Salam Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini Di kesempatan ini Cik Nor selaku empunya blog ini ingin memohon maaf seandai ada kesilapan atau tutur kata yang tidak menyenangkan hati...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan