Tanpa Penjarakan Fizikal Aura Ramadan Semakin Dirasai


By SatuBerita
-April 3, 2022
RAMADAN tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara selepas mereka dibenar menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal mulai malam ini.

Perkara itu selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik, yang berkuat kuasa semalam, selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan termasuk pengenalan amalan penjarakan fizikal di rumah ibadat.

Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan ‘aura’ Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini dengan rata-rata jemaah di seluruh negara amat menantikan detik itu.

Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru yang berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal dipenuhi jemaah yang menunaikan solat tarawih malam ini manakala di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pula kelihatan jemaah warga asing turut tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah itu.

Di PERAK, pekerja swasta Aliff Nor Mukhriz, 53, berasa sebak apabila berpeluang solat di masjid tanpa penjarakan fizikal kerana kemanisan itu dapat dirasai semula seperti menyambut bulan Ramadan sebelum pandemik COVID-19.

Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu di Ipoh Mohd Khir Napiah berkata meskipun menyambut baik kelonggaran itu, pada masa sama pihak masjid akan memastikan semua jemaah mematuhi SOP selain menetapkan makanan untuk berbuka puasa disediakan secara berbungkus.

Di PAHANG, kakitangan awam Shazli Sufi Che Unik, 33, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih malam ini bersama keluarga di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.

“Tahun sebelum ini, saya dan keluarga solat di rumah sahaja tapi kali ini kami teruja untuk ke masjid bersama-sama mengimarahkan Ramadan namun saya berharap jemaah sentiasa mengenakan pelitup muka dengan betul bagi mengekang jangkitan COVID-19,” katanya.

Di Masjid Arau PERLIS, seorang jemaah Aiman Haikal Nasiruddin, 39, berkata walaupun terdapat kelonggaran, beliau sentiasa mengingatkan keluarganya untuk terus memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sewaktu menunaikan solat tarawih di masjid bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Tinjauan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH pula mendapati kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini dan pihak masjid turut membuat pengumuman tentang SOP yang perlu dipatuhi sebelum solat bermula.

Bagaimanapun, pesara kerani sebuah agensi kerajaan Md Idrus Rahmat, 63, sedikit terkilan kerana masjid itu, yang boleh memuatkan 12,000 orang, tidak penuh malam ini serta berharap esok dan hari seterusnya lebih ramai jemaah datang terutama golongan muda.

Di PUTRAJAYA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kira-kira 1,500 jemaah dari kawasan sekitar dan solat tarawih malam ini dipimpin oleh Imam dari Algeria Syeikh Mohamed Chourana.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mohd Hisyarullil Md Husain berkata setiap hari, tujuh pegawai dan kakitangan masjid yang bertugas akan memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan semasa menunaikan solat tarawih.

Tinjauan di Masjid Mukim Kenor di Kuala Krai, KELANTAN pula mendapati kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat tarawih dengan mematuhi SOP ditetapkan meskipun hujan lebat sejak petang.

Di TERENGGANU, Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Multimedia Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu Fariq Awi berkata kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini yang dipimpin oleh enam imam secara bergilir-gilir manakala Masjid Raudhatul Jannah di MELAKA menerima hampir 1,000 jemaah pada malam Ramadan pertama ini.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 600 jemaah memenuhi pekarangan Masjid Negeri di Seremban untuk menunaikan solat isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Dr Muhammad Yusry Mazlan.

Di Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas, PULAU PINANG pula menyaksikan ibu bapa membawa anak masing-masing untuk menunaikan solat tarawih selepas negeri itu membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 hadir bersama penjaga yang telah lengkap vaksinasi untuk solat berjemaah di masjid atau surau.

Di Masjid Setia Alam di Shah Alam, SELANGOR, jemaah mula memenuhi ruang solat sekitar 8.30 malam untuk menunaikan solat isyak seterusnya solat tarawih manakala di Masjid Zahir di Alor Setar, KEDAH terdapat jemaah yang hadir seawal 7 malam bagi menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/tanpa-penjarakan-fizikal-aura-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Sangat Sudah Semakin Menghampiri Ramadan

Sangat Sangat Sudah Semakin Menghampiri Ramadan

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 316 hits
SANGAT SANGAT SUDAH SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Salam Jumaat indah semua Hari pertama dibulan April Sudah berada dibulan keempat sekarang Alhamdulillah Sudah melang...
Sop Masjid Dan Surau Tak Ada Penjarakan Fizikal Mulai 1 April 2022

Sop Masjid Dan Surau Tak Ada Penjarakan Fizikal Mulai 1 April 2022

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 284 hits
Bermula 1 April 2022 aktiviti solat jemaah di masjid surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal Walaubagaimanapun pelaksanaan tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri Dalam ertikata lain tak semua negeri memberi kebenar...
Solat Jemaah Di Surau Masjid Di Terengganu Dibenarkan Tanpa Penjarakan Fizikal

Solat Jemaah Di Surau Masjid Di Terengganu Dibenarkan Tanpa Penjarakan Fizikal

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 195 hits
Gambar hiasan KUALA TERENGGANU Aktiviti solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau di Terengganu dibenarkan dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dengan dirapatkan saf susulan negara bakal memasuki fasa peralihan ke e...
Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 237 hits
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri berharap pemberian air percuma itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang akan menyambut Ramadan mulai 3 April ini PETALING JAYA Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd tidak pe...
Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 277 hits
Nampaknya masing masing dah standby nak menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi Setelah 2 tahun kita tak dapat berbuka puasa beramai ramai bersama keluarga dan sahabat handai kerana pandemik alhamdulillah u...
Wapres Sebut Libur Ramadan Jadi Salah Satu Faktor Indonesia Masuk Endemi Covid 19

Wapres Sebut Libur Ramadan Jadi Salah Satu Faktor Indonesia Masuk Endemi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 196 hits
Syaratnya adalah pemudik harus sudah menerima vaksin penguat atau booster Wapres mengingatkan warga agar tetap menjaga protokol kesehatan selama melakukan mudik tersebut
Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 204 hits
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga Sudah pasti setiap daripada kita inginkan fizikal yang sihat dan kesihatan mental dalam keadaan optimum agar dapat menjalani i...
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan Di Amansari Hotel Nusajaya

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan Di Amansari Hotel Nusajaya

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 278 hits
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya AmanSari Nusajaya kini kembali lagi dengan sajian menu berbuka puasa Kalau sebelum ni The post appeared first on
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia