Rakyat Terus Terabai Lepas Satu Satu Isu Ph Timbul Pentadbiran Makin Celaru




Kerajaan hari ini di bawah teraju Pakatan Harapan (PH) dilihat berada dalam keadaan dan senario yang tidak stabil setelah satu persatu isu timbul menyebabkan soal kepentingan rakyat dan negara makin terabai apabila mereka bergelut dengan hal kuasa dan masalah dalaman yang tersendiri.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berpandangan gesaan terhadap pembubaran parlimen memang ada asasnya setelah masyarakat sendiri sudah dapat melihat bagaimana celarunya mereka menguruskan negara dan ditambah pula dengan soal jawatan perdana menteri.
Menurut beliau apa yang dibimbangi daripada keadaan berkenaan akan memberi impak kepada ekonomi dan kestabilan negara itu sendiri malah PH juga dilihat sudah tiada integriti dan hak moral untuk memerintah, berikutan sering mengkhianati manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
“Hari ini kita dapat lihat bagaimana soal perebutan kuasa diperkatakan dan menjadi tatapan kepada masyarakat umum. Soal jawatan perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir mungkin boleh dianggap menjadi igauan kepada PH, ditambah pula parti-parti dalam PH itu sendiri nampaknya tidak stabil.
“Gara-gara itu tanggungjawab dalam soal perkara pokok kepada pentadbiran negara dan menguruskan kepentingan serta kebajikan rakyat nampaknya sudah menjadi perkara kedua. Masing-masing dilihat sering mencari kesalahan dan kekurangan antara satu dengan yang lain,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun seterusnya menambah rakyat sudah mual dan jemu dengan hidangan politik PH yang seolah-olah tidak ada kesudahan kerana apa yang penting bagi rakyat adalah kepentingan mereka terjaga.
“Jika itulah senarionya keadaan serta suasana ekonomi dibimbangi makin merundum dan akhirnya permasalahan sosial makin meningkat, begitu jugalah soal-soal sampingan yang lain.
“Saya percaya rakyat bukannya mahu tahu siapa perdana menteri selepas ini… apa yang rakyat mahu tahu dan lihat ialah apa jadi dengan manifesto serta apa yang dijanji-janjikan sebelum pilihan raya umum yang lalu.
“Rakyat mahu lihat apa yang kerajaan lakukan dan rancang serta laksanakan untuk mereka… soal kepentingan pengguna, soal pembangunan dan infrastruktur untuk mereka, soal kebajikan untuk warga nelayan, peneroka dan masyarakat bandar serta luar bandar sebagai contoh,” tambahnya.
Tambahnya lagi apa yang dipaparkan hari ini tentunya rakyat dapat membuat kesimpulan tersendiri setelah kurangnya kemampuan kepimpinan kerajaan yang hanya sekadar dilihat ‘bijak’ mewujudkan kontroversi isu-isu semasa.
“Inilah yang kita bimbang dan khuatirkan. Janganlah lari daripada persoalan pokok dan hakikat yang sebenarnya. Setelah setahun lebih mengambil alih kepimpinan negara, buktikan dan laksanakanlah tanggungjawab.
“Cukup-cukuplah dan lihatlah ke depan dalam memastikan kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas. Pada kita, rakyat tentunya diutamakan dan inilah sebenarnya gambaran masyarakat di luar sana. Sekali ditekankan pembubaran parlimen memang ada asasnya,” ujar beliau.
Sebelum ini, dilaporkan Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyelar kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man gesaannya agar Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya. Beliau turut menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan aneh.
Terdahulu, PAS dilaporkan mahu kerajaan Persekutuan mengambil langkah membubarkan Parlimen dengan segera supaya kepimpinan baharu dapat menstabilkan kembali negara.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu juga penting untuk masa depan lebih teratur dan bersistematik. – MediaUMNO



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/25/rakyat-terus-terabai-lepas-satu-satu-isu-ph-timbul-pentadbiran-makin-celaru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu Satu Dalam Sejuta Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami

Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu Satu Dalam Sejuta Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 385 hits
Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu Satu Dalam Sejuta Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berpoligami Poligami sering kali menjadi topik perbincangan yang sangat menarik buat kaum lelaki tetapi sebaliknya tidak bagi kebanyakan wanita Namun ...
Viral Isu Budak Hilang Satu Beyblade Merajuk

Viral Isu Budak Hilang Satu Beyblade Merajuk

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 708 hits
Baru main sekali Beyblade dah kena rembat Lelaki ini tampil hadiahkan 3 Beyblade baru Baru baru ini viral di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai seorang kanak kanak lelaki yang menangis kesedihan berikutan gasing moden atau Bey...
Tunjuk Manfaat Ph Berkuasa Rakyat Makin Kecewa

Tunjuk Manfaat Ph Berkuasa Rakyat Makin Kecewa

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 278 hits
Tunjuk manfaat PH berkuasa rakyat makin kecewa Posted By on July 12 2019Kerajan Pakatan Harapan diseru agar segera mengurangkan kos hidup dan menunjukkan kepada rakyat manfaat yang diperolehi mereka menjatuhkan BN pada 9 Mei 2018 Seorang pe...
Tidak Mahu Rakyat Terus Dibohongi Saya Rela Masuk Tanjung Rambutan

Tidak Mahu Rakyat Terus Dibohongi Saya Rela Masuk Tanjung Rambutan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 203 hits
IPOH Biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa agama dan negara itu respon bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Hamidah Osman menjawab saranan dan Pengerusi Bersatu Tun D...
Banyak Permohonan Beli Tanah Secara Jualan Terus Lepas Ku Nan Jadi Menteri

Banyak Permohonan Beli Tanah Secara Jualan Terus Lepas Ku Nan Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 364 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa selepas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2013 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerima banyak permohonan daripada pihak pemaju untuk membeli tana...
Pengesan Gas Pasir Gudang Didakwa Satu Pembaziran

Pengesan Gas Pasir Gudang Didakwa Satu Pembaziran

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 420 hits
Kesemua alat pengesan gas yang dibekalkan di 111 sekolah di Pasir Gudang didakwa satu pembaziran Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang Tan Tuan Peng berkata alat yang berharga sekitar RM10 000 setiap satu itu hanya sesuai digunakan untuk kawasan ...
Mengundang Seribu Satu Kenangan

Mengundang Seribu Satu Kenangan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 342 hits
Jalan yang mengundang seribu satu kenangan Jalan yang menjadi laluan aku lebih sepuluh tahun dulu Keluar sebelum matahari munculkan diri DAN Kembali selepas matahari menyembunyikan diri StatusHati Aku kau dan dia
Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 622 hits
Keluarga bahagia dan kesihatan yang baik merupakan antara komponen penting dalam hidup seseorang dalam mencapai kehidupan yang bermakna Dalam kesibukan mengejar material ramai orang terlupa nikmat keluarga dan kesihatan sehingga mengabaikan...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah