Banyak Permohonan Beli Tanah Secara Jualan Terus Lepas Ku Nan Jadi Menteri


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa selepas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2013, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima banyak permohonan daripada pihak pemaju untuk membeli tanah milik DBKL secara ‘outright sales’ (jualan terus) yang dikemukakan melalui bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib, 65, ketika membacakan penyataan saksinya berkata penjualan tanah secara ‘outright sales’ bukanlah satu kebiasaan kepada DBKL.

Loading… “’Outright sales’ ini bermaksud penjualan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur secara terhad kepada pihak pemaju untuk projek-projek tertentu umpamanya Projek Rumah Mampu Milik.
“Sebelum ini, konsep pembangunan di atas tanah DBKL adalah melalui konsep Perjanjian Usahasama di antara pihak DBKL dengan pihak pemaju,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.
Ahmad Phesal yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berkata bagi mencapai sasaran Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membina sebanyak 80,000 unit Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur, Tengku Adnan mengarahkan supaya DBKL mengenal pasti tanah milik DBKL yang berpotensi untuk didirikan rumah mampu milik tersebut.
Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata memandangkan penjualan tanah milik DBKL secara ‘outright sales’ adalah perkara yang baharu pada ketika itu, maka pihak DBKL tidak ada satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bertulis untuk tatacara penjualan tanah milik DBKL secara ‘outright sales’.
Namun, Ahmad Phesal berkata DBKL melaksanakan ‘outright sales’ berasaskan kepada apa-apa dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
“Penjualan secara ‘outright sales’ boleh memberikan pulangan kepada DBKL dengan lebih cepat kerana pihak DBKL tidak mempunyai tanggungjawab dan obligasi secara langsung ke atas tanah yang dijual selepas pembayaran penuh dibuat oleh pemaju dan pindah milik tanah telah selesai.
“Selain itu, DBKL dapat mengenal pasti syarikat yang membuat pembelian ‘outright sales’ adalah syarikat yang berkemampuan dan berwibawa serta diyakini boleh menyempurnakan projek mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya yang memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun bermula 18 Julai 2012.
Menyentuh mengenai prosedur atau amalan penjualan tanah DBKL secara ‘outright sales’ Ahmad Phesal berkata proses itu bermula dengan permohonan oleh pihak pemaju untuk membeli dan membangunkan mana-mana tanah milik DBKL melalui surat yang telah dihantar oleh pemaju kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Tengku Adnan) untuk sokongannya.
Beliau berkata tanah tersebut dikenal pasti oleh pemaju sendiri melalui carian rasmi yang dibuat oleh pihak pemaju di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG).
“DBKL tidak pernah membuat apa-apa iklan untuk mempelawa mana-mana orang untuk membeli mana-mana tanah milik DBKL,” katanya.Menjawab soalan peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili Tengku Adnan, sama ada projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RUMAWIP KL) itu adalah satu projek yang berjaya bagi pihak DBKL, Ahmad Phesal menjawab “Saya berpandangan projek itu penting dan berjaya kerana ia dasar kerajaan pada masa itu untuk menjual rumah mampu milik kepada penduduk berpendapatan rendah bawah RM3,000”.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Tan bahawa Tengku Adnan merupakan seorang menteri yang prihatin terhadap keperluan warga kota dengan menyediakan rumah mampu milik untuk penduduk berpendapatan rendah.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/banyak-permohonan-beli-tanah-secara-jualan-terus-lepas-ku-nan-jadi-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jualan Cip Amd Ryzen Terus Mengatasi Intel Untuk Pasaran Asia

Jualan Cip Amd Ryzen Terus Mengatasi Intel Untuk Pasaran Asia

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 191 hits
Intel pada sebelum ini mungkin selesa dengan kedudukan mereka dalam arena pengkomputeran Namun sejak pelancaran AMD Ryzen pada awal 2017 kedudukan Intel mula goyah disebabkan penawaran cip Ryzen yang lebih bernilai untuk pengguna Melalui pe...
Menteri Susi Punya Kita Saja Banyak Masak Tambah Impor Sampah

Menteri Susi Punya Kita Saja Banyak Masak Tambah Impor Sampah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 257 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti mengkritik aksi impor sampah Indonesia Hal tersebut menurutnya tidak seharusnya dilakukan karena produksi sampah dalam negeri saja sudah besar Sebelumnya delapan kontainer berisi sampah impor ...
Datuk Bandar Kl Dibayar Rm200k Untuk Setuju Beli Tanah Saksi

Datuk Bandar Kl Dibayar Rm200k Untuk Setuju Beli Tanah Saksi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 261 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd telah membuat bayaran RM200 000 kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai persetujuan menerima tawaran penjualan dua lot tanah di Bandar Tun Razak milik Dewan Bandaraya Kuala ...
Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 590 hits
Ia bermula bila seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sebagai tahi Saya kata najis tapi dia kata bukan najis tapi tahi Dia pun buat c...
Beli Sekarang Penapis Air Dan Penapis Udara Cuckoo Jualan Hebat

Beli Sekarang Penapis Air Dan Penapis Udara Cuckoo Jualan Hebat

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 404 hits
PROMOSI HEBAT JUALAN MEGA SALE PENAPIS AIR PENAPIS UDARA CUCKOO BELI SEKARANG SECARA ONLINE Sila Klik Link DiBawah Untuk Maklumat lanjut dan tekan SHOP NOW untuk lihat dan membeli produk CUCKOO Nak Jimat Masih Beli Air Dari Penapis Air DiLu...
Menteri Susi Sampah Plastik Bisa Lebih Banyak Dibanding Ikan

Menteri Susi Sampah Plastik Bisa Lebih Banyak Dibanding Ikan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 239 hits
Menurut catatan Menteri Susi ada 500 sampah plastik yang membentuk monster ikan besar ini Oleh karena itu demi menjaga dan melestarikan laut Indonesia yang 71 persennya dikelilingi laut Susi mendorong untuk mengurangi dan kalau bisa tidak l...
Menteri Susi Lepas Liarkan 870 000 Benih Lobster Dengan Potensi Nilai Rp139 8 M

Menteri Susi Lepas Liarkan 870 000 Benih Lobster Dengan Potensi Nilai Rp139 8 M

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 205 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti melepas liarkan bibit lobster sebanyak 173 800 ekor di perairan Nusa Penida Kabupaten Klungkung dan di perairan Nusa Dua Kabupaten Badung Bali Jumlah tersebut merupakan bagian dari total 870 0...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord