Rakyat Nak Pembaharuan Nama Kerajaan Tak Penting Kata Najib


 
Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, bagi memastikan strategi dicapai mengikut kehendak rakyat, kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob perlu diberi masa untuk menggubal dasar baharu.KUALA LUMPUR: Nama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sama ada kekal atas nama Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya tidak penting, kata Najib Razak.
Sebaliknya kata bekas perdana menteri itu, lebih penting ialah kepimpinan baharu kerajaan berjaya menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi dengan lebih berkesan.
“Nama (kerajaan baharu) tidak penting, tetapi yang akan menentukan reaksi rakyat dan penilaian rakyat (ialah) keberhasilan (usaha) kerajaan.
“Kita mesti menunjukan pencapaian, inilah rakyat nak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Merbok dan Yan, Kedah, di kediamannya.
Katanya, berdasarkan luahan di media sosial, apa yang rakyat mahukan adalah pembaharuan.
“Kalau strategi lama, dasar lama tak berhasil, maka perlu diubah dan dicari pendekatan dan strategi baharu.
“Strategi lama tak menampakkan kesan kalau diteruskan, maka itu tak boleh diharapkan untuk melihat peningkatan, keberhasilannya,” tambahnya.
Najib berkata, bagi memastikan strategi dicapai mengikut kehendak rakyat, kerajaan pimpinan Ismail perlu diberi masa untuk menggubal dasar baharu.
“Nampaknya perdana menteri memahami apa usaha yang patut dilakukan kerajaan. Kita kena bagi masa sikit untuk pentadbiran baharu ini menggubal strategi bagi mencapai objektif yang telah digariskan, iaitu menangani Covid-19, ekonomi dan memupuk semangat kekitaan sesama kita,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, pentadbiran kerajaan yang dipimpin Ismail dianggap masih lagi atas nama PN.
Ini berikutan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Ismail adalah daripada gabungan PN, manakala Barisan Nasional (BN) hanya 41.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada BN, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Sabtu lalu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/rakyat-nak-pembaharuan-nama-kerajaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insyaallah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat Najib

Insyaallah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 192 hits
InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat Najib Bursa Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu ujar Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Kata ...
Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 154 hits
Fuh kalau buat di Malaysia tiada siapa la boleh jadi PM dan Menteri menteri dalam kerajaan skg ni Nasib baik kerajaan yang ada dibentuk oleh MP bukan rakyat
Letak La Nama Kerajaan Khianat Rakyat Atau Mudah Sekali Kerajaan Bangsat

Letak La Nama Kerajaan Khianat Rakyat Atau Mudah Sekali Kerajaan Bangsat

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 347 hits
Berebut pulak dah nama kerajaan Pak Mail kata kerajaan Umno sebab Umno tiada kaitan dengan PN Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2 0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu Kalau tanya lebai Hadi dia mesti kata ini kerajaan ya...
Kepesatan Ekonomi Terbina Atas Kehilangan Ribuan Nyawa Rakyat Kata Najib

Kepesatan Ekonomi Terbina Atas Kehilangan Ribuan Nyawa Rakyat Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 222 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan siapa yang mendapat manfaat dan siapa yang sengaja dikorbankan kerajaan untuk mengejar angka KDNK PETALING JAYA Pengumuman bahawa ekonomi negara berkembang 16 1 pada suku kedua 2021 adalah buk...
Nama Tak Ada Dlm Kabinet Mohamad Hasan Dedah Ada Pihak Nak Bunvh Karier Politiknya

Nama Tak Ada Dlm Kabinet Mohamad Hasan Dedah Ada Pihak Nak Bunvh Karier Politiknya

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 314 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya
Biar Rakyat Tentukan Kerajaan Bukan Elit Terkait Rasuah

Biar Rakyat Tentukan Kerajaan Bukan Elit Terkait Rasuah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 219 hits
Akar kepada krisis politik yang berlaku ketika ini adalah kesan rasuah terhadap Umno dan masyarakat Malaysia terpaksa berdepan krisis politik yang tidak perlu pada ketika ini Ia merupakan krisis yang perlu diselesaikan segera jika aktor akt...
Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki Baru Senang Nak Handle

Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki Baru Senang Nak Handle

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 384 hits
Orang orang tua selalu cakap kalau ada anak lelaki cabaran untuk menguruskan mereka agak berbeza berbanding anak perempuan Hal ini kerana anak lelaki lebih cenderung dengan aktiviti lasak dan sentiasa bertenaga serta aktif dalam melakukan s...
Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar Caprice Jawab Pertanyaan Peminat Tidak Suka Sentiasa Menjadi Betul

Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar Caprice Jawab Pertanyaan Peminat Tidak Suka Sentiasa Menjadi Betul

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 260 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Caprice yang tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah