Rakyat Mual Dengan Pemimpin Pas Cakap Tak Ikut Fakta Kata Penganalisis


Insiden membabitkan Razman Zakaria seolah menunjukkan mereka tidak ambil iktibar saman libat Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, kata penganalisis.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata keceluparan segelintir pemimpin PAS mengeluarkan fakta tanpa asas, terbaru membabitkan Razman Zakaria boleh menyebabkan rakyat mual dan hilang kepercayaan.
Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, insiden membabitkan Razman yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Berhad seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil iktibar.
Beliau merujuk saman membabitkan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad daripada PAS yang terpaksa membayar RM750,000 kerana bersalah memfitnah veteran DAP Lim Kit Siang, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Menurut Tawfiq, rakyat ‘mual’ dengan sikap pemimpin melontarkan fitnah tanpa asas dan kemudian memohon maaf, merujuk tindakan Razman yang mengakui kekhilafannya dalam membuat dakwaan terhadap Hannah serta YTL.

“Paling merugikan jika disaman seperti dalam kes Mastura, tindakan mengutip dana terpaksa dibuat bagi melangsaikan bayaran kalah saman,” katanya kepada FMT.
Menerusi video tular di media sosial, Razman, pesuruhjaya PAS Perak mendakwa Hannah mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh yang memiliki YTL, kemudian dibidas Ahli Parlimen Segambut itu.
“PAS perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan,” kata pemimpin DAP itu.
Razman yang mengakui kesilapan memohon maaf kepada Hannah, YTL dan pihak terkesan dengan kenyataannya.
Bagaimanapun, Adun Gunung Semanggol itu mendakwa laporan media berkait isu terbabit hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.
Disember lalu, Razman turut memohon maaf kepada Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berhubung fitnah mengaitkan menteri itu dengan insiden mengibar bendera China di Teluk Intan, dua bulan sebelumnya.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) senada tindakan membuat kenyataan tanpa menyemak fakta bukan hanya menyebabkan PAS perlu membuat kutipan dana membayar saman tetapi menjejaskan imejnya.
“Sebolehnya pemimpin PAS pada masa depan sebelum membuat kenyataan mesti merujuk maklumat sahih kerana PAS satu organisasi perjuangkan Islam.
“Jadi bila berlaku isu seperti ini boleh cemar nama baik PAS di mata rakyat,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/rakyat-mual-dengan-pemimpin-pas-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 153 hits
malaysiakini comSeorang pemimpin Pemuda Umno menyokong hak rakyat untuk berhimpun secara aman pada himpunan antirasuah anjuran mahasiswa yang akan berlangsung Sabtu ini Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin berkata pihak berkuasa sepatutnya ...
Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 234 hits
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook beramah mesra dengan penumpang pada majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines ke Tawau dan Sandakan sempena Tahun Baharu Cina di KLIA Terminal 1 SEPANG Langkah kerajaan melanjutkan pemberian...
Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 125 hits
Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang Muhammad Hafiz Alias mengingatkan Amanah bahawa pemimpin PH juga pernah kalah kes saman PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PAS menepis pelawaan menyertai Amanah mengatakan ahlinya tidak akan menyertai parti...
Tiba Tiba Pas Terpaling Cina Sebelum Ini Fitnah Pemimpin Pemimpin Cina

Tiba Tiba Pas Terpaling Cina Sebelum Ini Fitnah Pemimpin Pemimpin Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 111 hits
Ingat dulu ketika Sheraton Move memekak mereka ini mahukan Kerajaan Melayu Islam Katanya Melayu dan Islam terancam Mereka jatuhkan Kerajaan supaya mereka dapat memerintah 33 bulan dimana 90 pemimpin Melayu Islam di dalam Kabinet UMNO Pas Be...
Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 122 hits
Rata rata membidas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas itu termasuk mengingatkan bahawa indeks persepsi rasuah jatuh dua tahun berturut turut ketika Pas berada dalam kerajaan 33 bulan Perikatan Nasional Malah ada yang menyindir Pas apab...
Pemimpin Pas Pinggirkan Razman Simulut Longk Ng

Pemimpin Pas Pinggirkan Razman Simulut Longk Ng

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 105 hits
Kesilapan Razman kes terpencil tak mewakili PAS TakiyuddinMalaysiakini nbsp Kekhilafan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga pengasas Kumpulan YTL dianggap ke...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April