Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Jan 23, 2025 8:30 PM
Seorang pemimpin Pemuda Umno menyokong hak rakyat untuk berhimpun secara aman pada himpunan antirasuah anjuran mahasiswa yang akan berlangsung Sabtu ini.

Setiausaha Pemuda Umno, Hafiz Ariffin berkata pihak berkuasa sepatutnya membenarkan perhimpunan berkenaan selagi ia mematuhi garis panduan keselamatan dan undang-undang.

Kata Hafiz, ia selaras dengan hak rakyat untuk bersuara.

"Saya percaya pada hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Walaupun perhimpunan antirasuah yang dijadualkan pada hari Sabtu ini mendapat halangan, saya berpendapat bahawa selagi ia mematuhi garis panduan keselamatan dan undang-undang, ia sepatutnya dibenarkan.

"Ini penting untuk memastikan hak kebebasan bersuara dan berhimpun terjamin," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu sekretariat perhimpunan antirasuah itu bertegas untuk meneruskan demonstrasi yang dijadualkan pada 25 Januari meskipun mendapat amaran daripada pihak polis.

Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman sebelum ini, memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan berkenaan atau tindakan tegas akan diambil.

Sulizmie berkata notis yang diberikan penganjur tidak lengkap, selain tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tempat berhimpun.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, dan jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil pula mempertahankan tindakan pihak berkuasa.

Pemuda PAS dan Bersatu awal hari ini turut menyatakan komitmen turut serta dalam himpunan yang digelar Himpunan Rakyat Benci Rasuah.

Sementara Ketua Pemuda PKR yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim semalam mengingatkan kerajaan agar tidak khuatir dengan suara anak-anak mahasiswa.

Mengulas lanjut, Hafiz berkata kerajaan tidak perlu menyekat kumpulan berkenaan untuk berhimpun selagi berlangsung dengan penuh tanggungjawab.

"Sebarang usaha untuk menyekat kebebasan awam adalah tindakan yang regresif dan menunujukkan ada kelemahan.

"Selagi ia dilakukan dengan tanggungjawab dan aman sepatutnya ia tidak perlu mejadi satu masalah," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/pemimpin-pemuda-umno-sokong-hak-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Diberitahu Supaya Lari Bayangan Umno Elak Lantik Bekas Pemimpin

Bersatu Diberitahu Supaya Lari Bayangan Umno Elak Lantik Bekas Pemimpin

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 166 hits
Nora MahparPETALING JAYA Bersatu perlu lari dari bayangan Umno bagi memastikan kelangsungan jangka panjang dengan pemimpin serta ahli kembali kepada prinsip perjuangannya kata penganalisis Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berka...
Umno Mahu Lahir Pemimpin Masa Depan Melalui Sekolah Patriotik

Umno Mahu Lahir Pemimpin Masa Depan Melalui Sekolah Patriotik

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 145 hits
Presiden Zahid Hamidi kata Sekolah Patriotik Umno wadah pembelajaran politik dan medan untuk membentuk jiwa perjuangan dalam kalangan generasi muda KUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi melancarkan Sekolah Patriotik Umno bertujuan melahir...
Perang Mulut Solidariti Najib Tak Jejas Hubungan Bn Ph Dakwa Pemimpin Umno

Perang Mulut Solidariti Najib Tak Jejas Hubungan Bn Ph Dakwa Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 106 hits
Lim Guan Eng dan Dr Akmal Saleh antara pemimpin PH serta BN terbabit dalam pertikaman lidah membabitkan himpunan solidariti Najib Razak PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda Umno menolak perang mulut membabitkan beberapa ahli parti itu deng...
Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 141 hits
freemalaysiatoday com30 Jan 2025 11 00 AMUmno perlu pertimbang sebaiknya jika ingin kembali kepada pemilihan kaedah lama yang berisiko beri kesan negatif Umno kini berdepan satu dilema yang boleh memberi kesan besar terhadap kredibiliti dan...
Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

Kami Yang Humban Kamu Pemimpin Pemuda Pas Tepis Pelawaan Amanah

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 148 hits
Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang Muhammad Hafiz Alias mengingatkan Amanah bahawa pemimpin PH juga pernah kalah kes saman PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PAS menepis pelawaan menyertai Amanah mengatakan ahlinya tidak akan menyertai parti...
Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 273 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad Foto BernamaBRUSSELS 20 Jan Rakyat Malaysia yang tinggal ...
Umno Tubuh Sekolah Patriotik Cuba Ubah Persepsi Negatif Masyarakat Lahirkan Pemimpin Setia

Umno Tubuh Sekolah Patriotik Cuba Ubah Persepsi Negatif Masyarakat Lahirkan Pemimpin Setia

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 134 hits
suara tvBy26 01 2025KUALA LUMPUR Umno menggerakkan usaha serius untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap parti Melayu itu dengan penubuhan Sekolah Patriotik Umno Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan pelancaran...
Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 189 hits
By22 01 2025KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan khususnya PKR adalah kerajaan yang dibina dari gerakan di jalan raya dan perhimpunan aman Justeru PH khususnya PKR diingatkan supaya tidak sesekali lupa diri demikian peringatan Ahli Parlime...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Masjid Al Alami Mitc

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Al Fateh Tak Sihat

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences