Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke


 
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook beramah mesra dengan penumpang pada majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines ke Tawau dan Sandakan sempena Tahun Baharu Cina di KLIA Terminal 1. (Gambar Bernama)
SEPANG: Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum pada musim perayaan berjaya mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan mahal, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.
Beliau berkata, kejayaan itu terbukti selepas setahun kerajaan melaksanakan pemberian subsidi sempena musim perayaan.
“Tahun ini, kita tidak lagi dengar rungutan di media sosial tentang tiket mahal seperti RM2,000 untuk balik Tawau atau Sandakan. Semuanya terkawal dan ramai mengambil peluang dengan tambang tetap ini.
“Setelah setahun kita melaksanakan dasar menetapkan kadar tambang tetap atau tambang maksimum, kita dapat lihat hasilnya. Harga tiket dapat dikawal dan tiada lagi aduan harga tiket (penerbangan) melambung seperti sebelum ini.”
Loke berkata demikian selepas majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dan Sandakan di Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarbangsa (KLIA) Terminal 1.
Menurutnya, walaupun kerajaan menetapkan kadar tambang penerbangan maksimum RM499 pada musim perayaan, ada syarikat penerbangan yang menawarkan harga lebih rendah.
“Ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap serendah RM300 bagi penerbangan khas waktu malam. Usaha ini membuktikan intervensi kerajaan berjaya meringankan beban rakyat.”
Mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Loke berkata, keputusan kerajaan melanjutkan pemberian subsidi tepat kerana mendapat sambutan menggalakkan dengan kapasiti tempat duduk dalam pesawat mencecah 95%.
“Ini termasuk penerbangan balik dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur. Selain MAS, syarikat penerbangan lain seperti AirAsia dan Batik Air turut menambah penerbangan untuk memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim perayaan ini.”
MAS sebelum ini mengumumkan 102 penerbangan tambahan pada waktu malam, menjadikan keseluruhan 219 penerbangan mingguan sepanjang musim perayaan ini.
MAS menawarkan tambang tetap sehala bermula RM349 ke Sabah dan Sarawak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/subsidi-tambang-penerbangan-musim-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mual Dengan Pemimpin Pas Cakap Tak Ikut Fakta Kata Penganalisis

Rakyat Mual Dengan Pemimpin Pas Cakap Tak Ikut Fakta Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 172 hits
Insiden membabitkan Razman Zakaria seolah menunjukkan mereka tidak ambil iktibar saman libat Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad kata penganalisis PETALING JAYA Seorang penganalisis berkata keceluparan segelintir pemimpin PAS m...
Tahun Ini Tidak Lagi Dengar Rungutan Tiket Mahal Loke

Tahun Ini Tidak Lagi Dengar Rungutan Tiket Mahal Loke

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 168 hits
hmetro com myMenteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook beramah mesra bersama penumpang semasa majlis pelepasan penumpang penerbangan lewat malam dengan tambang tetap pertama Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau dan Sandakan untuk ...
Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Di Negeri Ini Ditambah Baik Kurang Risiko Kemalangan

Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Di Negeri Ini Ditambah Baik Kurang Risiko Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 245 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu infrastruktur jalan raya di negeri ini ditambah baik bagi mengurangkan risiko kemalangan Baginda bertitah pemasangan tanda keselamatan dan lampu di lebuh raya s...
Bayangkan Wajah Anak Kecil Anda Yang Comel Itu Tiba Tiba Menyebut Kata Kata Yang Tak Terduga

Bayangkan Wajah Anak Kecil Anda Yang Comel Itu Tiba Tiba Menyebut Kata Kata Yang Tak Terduga

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 207 hits
Bayangkan anak kecil anda dengan wajah polosnya tiba tiba menyebut kata kata yang tidak sesuai Bagaimana mungkin anak yang belum kenal dunia yang tutur katanya sepatutnya lembut dan suci tiba tiba berkata sesuatu yang menyakitkan telinga Ha...
Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 151 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2025 12 15 PMIsu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilap...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Berkait Rafizi Lagi Anwar Jangan Ambil Hati