Rakyat Tertekan Pemimpin Sibuk Menafikan




Rakyat tertekan, pemimpin sibuk menafikanPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 03, 2022
SharePemimpin kerajaan BN – PN dilihat berada dalam sindrom penafian berkenaan kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini.
Presiden ABIM Mohd Faisal Abdul Aziz berkata, momentun keresahan rakyat 1 Julai yang bermula semalam adalah berikutan penarikan balik subsidi ke atas beberapa bahan makanan asas yang memperlihatkan banyak rakyat menganjurkan bantahan secara fizikal mahu pun di ruang maya.
“Hari ini kita bukan lagi dalam self-denial. Namun bila kita lihat kenyataan pemimpin politik, menteri banyak self-denial. ‘Bukan masalah besar’ dan sebagainya.
“Jangan kita terpisah dari realiti di bawah dengan membuat sindrom penafian. Kemiskinan bukan tak ada duit mahu berbelanja sahaja tetapi kemiskinan relatif.
“Kemiskinan jenis ini kalau orang di Kuala Lumpur dia boleh berbelanja tetapi kalau tayar kereta pecah dia tak ada duit, perlu pinjaman. Golongan ini bila ditarik subsidi maka keadaan jadi sukar. Kita lihat semalam viral minyak masak 5kg sampai RM42 ini menambah lagi bebanan,” katanya.
Faisal juga mengingatkan bahawa 60,000 isi rumah M40 di Malaysia telah melorot menjadi B40 akibat pandemik Covid 19.
Pada ketika itu juga, katanya, kerajaan BN – PN memutuskan untuk menarik balik subsidi. Polisi tidak bertanggungjawab itu hanya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi rakyat yang rapuh.
“Kita lihat situasi pendemik banyak isi rumah jatuh dari pendapatan sederhana kepada B40. Ini menunjukkan kedudukan ekonomi rakyat rapuh. Kalau naik harga barang mereka terus jatuh ke kemiskinan.
“Sebab itu ABIM, kita minta Pusat Zakat kembali review had kifayah penerima zakat, tambah lagi zakat. Miskin di bandar juga perlukan pinjaman dan bantuan,” katanya lagi.
Sementara wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Farhan Rosli pula membidas menteri yang berkata harga barang tidak penting ketika ini
Katanya, hal yang tidak dianggap penting itu merupakan sesuatu yang amat besar bagi rakyat marhaen.
“Semalam ada menteri kata harga barang tak penting. Ini gila apa? Gaji kamu puluh ribu, rakyat yang miskin itu terkesan.
“Menteri, pemimpin negara kurang rasa kemanusiaan. Mereka belanja besar, rakyat di bawah nak makan apa tak tau. Harga barang naik, gaji minimum naik. Bila gaji naik, harga barang naik maka kuasa beli rakyat tidak seimbang,” katanya.
Tegas beliau, mahasiswa telah membentuk gerakan yang menuntut 5 perkara dan kerajaan perlu cakna bagi menyelesaikan masalah inflasi
Di antaranya, kata Farhan mansuhkan polisi membazir dengan memotong gaji menteri dan ahli lembaga pengarah GLC yang berpuluh ribu ringgit sebulan.
“Mahasiswa membentuk gerakan tuntut 5 perkara. Antara kita tuntut potong gaji menteri ahli lembaga GLC.
“Sekarang orang merana. Mahasiswa makan mee segera.
“Menteri kata harga telur mahal tak payah makan telur, ayam mahal tak payah makan ayam. Sudahnya nak makan apa?
“Tuntutan kita jelas kena sensitif. Kita tuntut dasar afirmatif dalam harga makanan.
“Kita lawan isu harga barang, isu keselamaan makanan. Kita juga lawan isu sistemik, ahli politik yang rosak, birokrat yang rosak, kerana berlaku rasuah di merata tempat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/rakyat-tertekan-pemimpin-sibuk-menafikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 164 hits
Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat hanya sibuk bergaduh dan bertelagah kata AsmuniJuly 5 2022 Dalam keadaan yang semakin tidak menentu pada hari ini baik dari aspek politik ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia seolah ola...
Akibat Pemimpin Politik Khianat Rakyat Jadi Mangsa

Akibat Pemimpin Politik Khianat Rakyat Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 293 hits
Selepas subsidi ayam dan telur ayam diumumkan akan berakhir hujung bulan ini kerajaan turut memansuhkan harga siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua tiga dan lima kilogram bermula 1 Julai Sekarang rakyat boleh nilai dan...
Rakyat Merana Pemimpin Bn Pn Rebut Tpm

Rakyat Merana Pemimpin Bn Pn Rebut Tpm

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 187 hits
Rakyat merana pemimpin BN PN rebut TPM Posted By on July 09 2022Kesensaraan rakyat sewajarnya didahulukan berbanding perebutan pangkat dan jawatan para pemimpin kerajaan BN PN Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid isu yan...
Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 196 hits
Berdikari DIY Jangan harap pemimpin politik selesaikan masalah rakyat Kalau ada ITU melepas batuk ditangga Mereka sensiri tidak stabil boleh hilang jawatan pangkat kuasa gaji besar adakah merka akan beri masa untuk fikir masalah rakyat Mere...
Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

Kluster Mahkamah Cakna Cadang Kerajaan Fikirkan Inisiatif Baru Untuk Bantu Rakyat Kluster Ahli Sorga

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 265 hits
KERAJAAN WAJAR PERTIMBANGKAN PAKEJ BANTUAN KHUSUS UNTUK KENAIKAN KOS SARA HIDUP1 Mutakhir ini wujud ura ura untuk kenaikan tarif elektrik Bagaimana pun kita tunggu keputusan Kerajaan dalam masa terdekat 2 Jika tarif elektrik dinaikkan ia ak...
Cadangan Untuk Pm Apa Kata Gaji Menteri2 Dipotong 50 Peratus Ketika Rakyat Susah Sekarang Ini

Cadangan Untuk Pm Apa Kata Gaji Menteri2 Dipotong 50 Peratus Ketika Rakyat Susah Sekarang Ini

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 208 hits
Di mana mana ketika ini kedengaran rakyat sedang merungut dan marah berikutan beban kenaikan kos sara hidup yang diakibatkan oleh meningkatkan harga barang barang keperluan seharian Ditambah dengan pemansuhan subsidi minyak sawit berbotol d...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

200 Durian Trees Destroyed Pahang Accused Of Violating Court Order

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025