Rakyat Mangsa Manipulasi Ekonomi




An investor monitors share market prices at a brokerage firm in Kuala Lumpur, Malaysia, August 24, 2015. REUTERS/Olivia HarrisMANIPULASI ialah senjata paling ampuh dalam politik bagi mempengaruhi dan menguasai pola fikir rakyat bagi tujuan menjatuhkan sesebuah kerajaan. Manipulasi ekonomi pula menjadi taruhan bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada tadbir urus negara.
Kestabilan ekonomi merupakan elemen terpenting bagi sesebuah kerajaan dan negara. Kerajaan yang stabil merupakan kerajaan yang merajai ekonomi dan merakyat ke seluruh negara. Oleh sebab itu agenda memperkasakan ekonomi negara selayaknya menjadi keutamaan kerajaan hari ini.
Risiko kepada ketidakstabilan ekonomi telah berlaku sejak Mei 2018 apabila kerajaan mengorkestra dan memanipulasikan fakta ekonomi kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion dan Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) dilancarkan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Walaupun sudah melebihi 400 hari menjadi kerajaan, keadaan ekonomi negara masih berada dalam kesamaran.
Rakyat memerhati dan menilai apakah kerajaan hari ini `cakap tak serupa bikin’ atau sebaliknya. Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ yang dilaungkan selama ini semakin pudar sinarnya. Kehidupan rakyat khususnya B40 semakin terhimpit, subsidi dan bantuan kewangan kepada petani dan nelayan dipotong. Ribuan pekerja kontrak diberhentikan, saiz kakitangan awam ingin dikurangkan dan kadar pengangguran golongan muda pada kadar 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Thailand (5.9 peratus) dan Vietnam (7.9 peratus).
Ranking terkini yang diterbitkan oleh badan analisis indeks Islamicity Foundation menunjukkan bahawa negara kita telah jatuh merudum bagi empat indeks berbeza. Keempat-empat indeks tersebut ialah Indeks Economy, Indeks Political Rights, Indeks International Relations serta kedudukan keseluruhan kita dalam Islamic Index berbanding 152 negara lain di dunia. Berbanding tahun 2017, indeks ekonomi kita jatuh sebanyak tujuh anak tangga iaitu dari tangga ke-24 (2017) ke tangga ke-31.



Bloomberg melaporkan prestasi pasaran saham Malaysia tahun ini antara terburuk di dunia dengan modal pasaran Bursa Malaysia susut RM157 bilion sejak PRU-14 manakala penanda aras pasaran FBM KLCI ditutup pada 1,629 mata berbanding 1,846 mata sebelum 9 Mei 2018.
Paling membimbangkan pengumuman kerajaan untuk menjual aset-aset penting negara bagi mengurangkan hutang negara. Menurut pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi “Risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan contohnya perangkap geopolitik jika bertindak menjual aset negara dengan terlalu banyak dalam masa yang terlalu cepat, perangkap kuasa lunak (soft power) dan kuasa penembusan asing (sharp power)”.
Apakah yang rakyat dapat daripada penjualan aset-aset strategi tersebut khususnya aset yang berkaitan dengan orang Melayu dan Bumiputera? Rancangan kerajaan hendak menjual aset Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) adalah tindakan yang menodai kepentingan dan amanah bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Aset tersebut yang dikenali sebagai trust agencies atau agensi amanah ialah hasil daripada manfaat ekonomi yang dilakukan semasa pemerintahan kerajaan BN untuk meningkatkan ekonomi negara dan rakyat.



Lakaran sejarah memperlihatkan Nabi Yusuf a.s yang membawa misi islahi menyelamatkan ekonomi Mesir adalah ikon dan watak yang perlu diteladani. Watak penting yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s dalam menguruskan kemelut ekonomi Mesir ialah HAFIZ dan ALIM (Kejujuran dalam melaksanakan amanah dan berpengetahuan serta berkemahiran berkaitan pengurusan ekonomi).
Pendekatan yang ditekankan oleh Nabi Yusuf a.s dengan gesaan “apabila datang musim menuai, jangan semua hasil yang dituai untuk dijadikan makanan, sebaliknya perlu ada yang disimpan untuk digunakan pada jangka masa panjang, selain untuk dijadikan benih”. Membelanja, menyimpan serta melabur menjadi pendekatan Nabi Yusuf a.s bagi memperkukuhkan ekonomi Mesir bukannya dengan cara menjual aset negara.



Memahami denyut nadi golongan muda berhadapan dengan kesukaran dan kemelut kewangan, UMNO akan memperkenalkan dan menjadikan kesukarelawan ekonomi sebagai model people economy, yang berorientasikan rakyat dan orang muda bagi menambah pendapatan. Landskap kesukarelawan bukan sahaja berbentuk kebajikan dan aktiviti semata-mata tetapi mampu menjadi sumber pendapatan.
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat keghairahan memanipulasikan fakta ekonomi. Ambil peduli amaran Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran”. 
(HR Bukhari)
AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/19/rakyat-mangsa-manipulasi-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Malaysia Merudum Jika Rakyat Terlalu Berjimat

Ekonomi Malaysia Merudum Jika Rakyat Terlalu Berjimat

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 447 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng membayangkan ekonomi Malaysia akan jatuh merudum sekiranya rakyat terlalu berjimat dalam berbelanja sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 2023 di Sasana K...
Bajet 2018 Dah Lulus Ph Kejam Tindas Rakyat Sarawak Murid Sekolah Turut Jadi Mangsa Najib

Bajet 2018 Dah Lulus Ph Kejam Tindas Rakyat Sarawak Murid Sekolah Turut Jadi Mangsa Najib

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 406 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kenyataan angkuh Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai satu bentuk penindasan serta kekejaman kerajaan Pakatan Harapan terhadap Sarawak dan murid murid sekolah khususnya Najib dalam hantaran di...
Apabila Wakil Rakyat Menteri Tak Faham Ekonomi Bisnes Atau Kewangan

Apabila Wakil Rakyat Menteri Tak Faham Ekonomi Bisnes Atau Kewangan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 293 hits
While reading all the PKR crap I noticed this Zuraida flying to Surabaya tomorrowHaniza will be with Zuraida to visit successful public housing programSuccessful public housing in Surabaya The biggest most impressive housing projects are he...
Mangsa Banjir Harapkan Rumah Rakyat

Mangsa Banjir Harapkan Rumah Rakyat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 231 hits
Penduduk di Kampung Belimbing Dalam DurianTunggal itu adalah antara 50 mangsa banjir daripada 10 buah keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Alor Gajah sejak pagi Ahad JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube http...
Hisham Sedih Jadi Mangsa Fitnah Ahli Umno

Hisham Sedih Jadi Mangsa Fitnah Ahli Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 282 hits
MALAYSIAKINI Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein menyatakan kekecewaannya apabila beliau difitnah akan meninggalkan parti itu Lebih dikesalkan kata anggota parlimen Sembrong itu fitnah tersebut bukannya datang daripada pihak PH se...
Kedudukan Meninggal Dalam Keadaan Bantu Mangsa Tragis Kejadian Pilu Empat Maut Meruntun Hati

Kedudukan Meninggal Dalam Keadaan Bantu Mangsa Tragis Kejadian Pilu Empat Maut Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 303 hits
Malang tak berbau Begitulah perumpamaan yang menggambarkan nasib yang menimpa empat mangsa yang maut dalam kecelakaan yang berlaku di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh semalam Lebih menyayat hati salah seorang mangsa merupakan seorang wanit...
Cara Yang Betul Dan Lakukan 4 Langkah Ini Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik

Cara Yang Betul Dan Lakukan 4 Langkah Ini Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 991 hits
Cara Yang Betul Dan Lakukan 4 Langkah Ini Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik Kita nak share jugak kat sini lepas terbaca di facebook tentang pentingnya ilmu rawatan kecemasan untuk selamatkan mangsa tercekik Sebab ramai yang pandang ringan so...
Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 384 hits
The ReporterRumah merupakan satu aset keperluan yang harus dimiliki lebih lebih lagi di usia muda kerana harga rumah semakin lama semakin meningkat nak mati Tidak dinafikan ramai yang pernah menjadi mangsa kepada pemaju perumahan yang tidak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut