Cara Yang Betul Dan Lakukan 4 Langkah Ini Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik



Cara Yang Betul Dan Lakukan 4  Langkah Ini Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik || Kita nak share jugak kat sini, lepas terbaca di facebook tentang pentingnya ilmu rawatan kecemasan untuk selamatkan mangsa tercekik. Sebab ramai yang pandang ringan soal ini. betul tak ? Mesti ramai yang kebanyakannya tak tahu kan. Jom baca perkongsian ini sehingga habis ya. Kat bawah tu ada tunjuk video di mana seorang pengurus restoran menyelamatkan mangsa tercekik. Kita pulak berdebar tonton video yang berdurasi 2 minit lebih tu.


Insiden tercekik atau kehadiran benda asing yang menyekat saluran pernafasan bukan perkara baru, malah kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat. Tercekik susu, roti, mainan, ayam, daging, buah.

Semuanya mungkin boleh berlaku di sekeliling kita, tanpa sedar. Bagi segelintir orang, tercekik bukanlah perkara besar yang perlu diambil perhatian, malah dianggap berlaku disebabkan kecuaian semata-mata.

Sedar atau tidak, tercekik sebenarnya boleh membawa maut dalam sekelip mata. Kita mungkin menuding jari kepada orang di sekitar mangsa, namun pernahkah kita mengambil tahu langkah pertolongan cemas untuk menyelamatkan mereka yang tercekik di tempat awam?

Jangan Ambil Mudah Tentang Insiden Tercekik 

Menurut Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Shahrul Nizam Ahmad Zamzali, tercekik adalah insiden berbahaya yang memerlukan rawatan segera bagi mengelak maut.

“Badan dan otak manusia sentiasa memerlukan oksigen. Ia diperoleh daripada udara, melalui pernafasan. Apabila kita bernafas, udara akan masuk ke paru-paru. Dari situlah oksigen akan hantar ke otak dan organ penting.
“Apabila seseorang itu tercekik, bendasing (benda asing) yang masuk akan menyumbatkan saluran pernafasan hinggakan tiada pertukaran gas boleh berlaku. Ini bermakna, kita tidak boleh bernafas atau menyedut udara dari luar.

“Keadaan inilah yang akan menyebabkan oksigen kurang sampai ke otak. Sedangkan, tubuh manusia hanya boleh bertahan selama empat minit untuk mengekalkan fungsinya dengan baik dan seimbang.

“Jika dalam tempoh empat minit ini tubuh gagal mendapat oksigen, kita boleh mengalami kecacatan otak kekal. Paling penting, sekiranya tidak dirawat segera, ia juga boleh mengakibatkan kematian,” katanya.

DR Shahrul Nizam menunjukkan tanda tercekik

Tercekik Boleh Dikategorikan Kepada 2 Jenis Iaitu Ringan Dan Berat

Jelas Dr Shahrul Nizam, tercekik yang dimaksudkan ini tidak sama dengan senario tercekik tulang ikan yang kerap disebut dalam kehidupan seharian. Sekalipun tercekik tulang ikan mendatangkan rasa tidak selesa, ia tidak mengakibatkan saluran udara tersumbat.

“Tercekik yang saya maksudkan ini menyebabkan saluran udara kita tersumbat. Secara amnya, tercekik terbahagi kepada dua jenis iaitu ringan dan berat. Bagi tercekik ringan, mangsa biasanya masih boleh bercakap, batuk dan bernafas.

“Namun, jika berlakunya tercekik berat, mangsa akan mengalami kesukaran bernafas, bercakap atau batuk kerana sumbatan bendasing di saluran trakea. Tanpa rawatan segera, mangsa mungkin mengalami kebiruan (sianosis) di mulut atau muka.

“Apabila mangsa sudah kebiruan dan kita belum cuba menghulurkan rawatan kecemasan, besar kemungkinan dia akan pengsan,” katanya.

Jelas Dr Shahrul Nizam, terdapat beberapa langkah kecemasan yang boleh dilakukan sesiapa saja untuk menyelamatkan nyawa mangsa tercekik.

DR Shahrul Nizam menunjukkan saluran pernafasan dan makanan

Bagi Yang Tercekik Ringan Langkah Yang Betul Adalah Batuk 

“Bagi mereka yang mengalami tercekik ringan, langkah utama yang perlu kita buat adalah dengan menyuruh dia batuk. Itu saja. Apabila dia boleh batuk, jadi biarkan saja mangsa batuk.

“Ini kerana, batuk adalah langkah paling efektif untuk membantu orang yang tercekik dan masih boleh batuk. Tidak perlu kita tepuk atau pukul di bahagian belakang tubuh mereka kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah lain.

Langkah Pertolongan Cemas Bagi Yang Tercekik Berat

“Tetapi apabila tercekik berat, kita perlu tahu langkah pertolongan cemas untuk membantu mangsa. Sebab itulah pentingnya kita mengetahui tanda tercekik. Dengan adanya pengetahuan asas sebegini, secara automatik, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu,” katanya.

Hulur bantuan

Sekiranya bertembung dengan mangsa tercekik berat, kita perlu ingat beberapa langkah berikut:

1. Sedar atau pengsan

Lihat sama ada mangsa masih boleh memberi tindak balas atau tidak.

Jika mangsa masih sedar, kita boleh tepuk atau pukul di bahagian belakang, di antara kedua tulang belikat.

Tepuk sebanyak lima kali, sehingga bendasing yang tersumbat itu keluar.

2. Tekanan abdomen

Jika bendasing yang tersumbat masih tidak keluar, lakukan tekanan abdomen. Ini yang kerap disebut sebagai Heimlich maneuver.

Caranya adalah dengan membuat tekanan abdomen dengan berdiri di belakang mangsa (jika mangsa masih berdiri).

Letakkan kaki anda di tengah-tengah (celah kaki mangsa) supaya kedudukan lebih stabil. Dari belakang, letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dan bawah rusuk mangsa atau bahasa mudahnya di kedudukan butang ketiga (pakaian lelaki).

Sokong dengan tangan kiri dan tarik ke atas. Tekanan diberi pada bahagian perut mangsa supaya dengan teknik itu, tekanan dalam paru-paru akan bertambah dan menolak bendasing keluar.

Langkah kedua hanya boleh dilakukan jika mangsa mengalami tercekik teruk dan masih dalam keadaan sedar serta boleh berdiri. Ulang langkah pertama dan kedua secara bergilir sehingga bendasing keluar. Sekiranya mangsa sudah kebiruan dan tidak sedar, kita perlu bersedia memberi bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa.


Mengelak tercekik || Bila Makan, Fokus Kepada Makanan

Kata Dr Shahrul Nizam, insiden tercekik dalam kalangan dewasa kerap berlaku disebabkan makanan. Berbanding kanak-kanak yang biasanya menumpukan perhatian pada makanan, orang dewasa cenderung berbual, bergurau-senda dan melakukan perkara lain serentak ketika makan.

“Sepatutnya, apabila makan, kita perlu fokus kepada hidangan. Elakkan terlalu banyak berbual dan ketawa kerana ia meningkatkan risiko tercekik. Sebaiknya, potong saiz hidangan yang besar kepada bahagian yang kecil serta mudah dimakan.

“Kunyah makanan dengan betul. Bagi yang minum alkohol, pastikan mereka tidak makan selepas minum kerana bimbang tidak mampu mengawal proses menelan dalam keadaan mabuk.

“Paling utama, jangan menyuap makanan atau minuman kepada orang yang tidak sedar seperti pesakit strok dan pengsan kerana boleh menyebabkan mangsa tercekik,” katanya.

Tambah Dr Shahrul Nizam, tercekik mudah berlaku kerana kedudukan saluran makanan (esofagus) bersebelahan dengan saluran pernafasan (trakea).

“Di bahagian atas trakea, ada satu ‘penutup’ yang kita panggil sebagai epiglotis. Ia menjalankan fungsi menutup saluran pernafasan ketika menelan, jadi makanan tidak masuk ke saluran paru-paru,” katanya.

Pentingnya Ilmu Rawatan Kecemasan

Sekalipun kita dikelilingi pasukan perubatan dan kelompok masyarakat prihatin, namun setiap orang tetap perlu mempunyai sedikit pengetahuan asas pertolongan cemas untuk digunakan ketika berdepan waktu sukar.

Kata Dr Shahrul Nizam, adalah penting untuk masyarakat mengambil tahu langkah pertolongan cemas yang betul kerana ia mampu menyelamatkan nyawa di mana-mana, pada bila-bila masa.
“Memberikan rawatan kecemasan sebenarnya dapat menjimatkan masa kerana dalam tempoh menunggu ambulans datang dan membawa mangsa ke hospital, kita mungkin akan kehilangan banyak waktu dan peluang. Dalam kebanyakan situasi kecemasan, jika rawatan dapat diberi lebih awal, kesan kecederaan mangsa pasti dapat dikurangkan. Ini bermakna, mangsa akan mengalami proses pemulihan yang lebih baik.“Ilmu kecemasan ini juga sebenarnya cukup berharga, terutama dalam membantu masyarakat memerlukan. Ada ramai di antara kita yang mahu membantu, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menghulurkan bantuan.

Jadi, jika mereka dapat belajar, bantuan boleh diberi dalam kalangan masyarakat sendiri, sebelum bantuan profesional tiba.

“Bagaimanapun, belajar dengan cara dan teknik yang betul, daripada pihak yang berkelayakan. Ini penting kerana jika bantuan disampaikan salah, ia boleh memburukkan kecederaan mangsa.

“Satu peringatan berharga untuk semua, jika kita berdepan kecemasan, cubalah hulurkan bantuan dan bukannya mengambil gambar.

Besar kemungkinan, gambar yang tersebar di media sosial boleh menjejaskan emosi mangsa dan keluarga, mengganggu petugas kecemasan memberi rawatan sebenar dan mengaibkan pihak berkaitan,” katanya.

Video Saat Mangsa Dalam Keadaan Tercekik Dan Pengurus Restoran Ini Berjaya Menyelamatkan Mangsa 



4 Langkah Yang Betul Untuk Selamatkan Mangsa Tercekik 
1. Tentukan posisi untuk tekanan abdomen 
2. Genggaman yang betul 
3. Dari belakang, letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dan bawah rusuk mangsa
4. Sokong dengan tangan kiri dan tarik ke atas
Sumber : my metro
Baca sini >>> Apa Itu Kutu Babi Dan Ketahui 9 Cara Untuk Cabut Kutu Babi Dengan Mudah
Baca sini >>> Padah Pakai Kasut || Akhirnya Merana Dengan Sakit Bunion
Baca sini >>> Ketahui 8 Tanda Badan Anda Mempunyai Toksin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/07/cara-yang-betul-dan-lakukan-4-langkah-ini-untuk-selamatkan-mangsa-tercekik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Hemlich Bagaimana Nak Selamatkan Mangsa Tercekik

Teknik Hemlich Bagaimana Nak Selamatkan Mangsa Tercekik

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 490 hits
Assaslamualaikum WBKT dan salam sejahtera Sudah lama saya tidak menulis di blog ini Diantara sebab utamanya adalah saya sangat sibuk menyiapkan pejabat dan pelbagai urusan berkaitan perniagaan baru saya di Cyberjaya Alhamdulillah setakat in...
Rappers Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana

Rappers Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 251 hits
Snoop Dog yang kini telah mengubah namanya kepada Snoop Lion mengakui dia tidak akan ragu ragu untuk mengajar ketiga tiga anaknya mengambil dadah Menurut laporan portal The New Musical Express penyanyi rap itu berkata walaupun tidak mahu an...
Langkah Demi Langkah Cara Buat Isi Ayam Gulung Kulit Tauhu

Langkah Demi Langkah Cara Buat Isi Ayam Gulung Kulit Tauhu

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1669 hits
Dah lama tak buat isi ayam gulung dengan kulit tauhu arini kita buat yeResepi nye tak de sukatan
Cara Kencing Yang Betul Menurut Sunnah

Cara Kencing Yang Betul Menurut Sunnah

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 1057 hits
Pernah ke korang ada masalah tidak dapat membuang air kecil dalam tempoh beberapa hari Hilang satu nikmat kesihatan yang ada bukan Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri Disini saya nak kongsi...
Beginilah Cara Yang Betul Merangsang Bayi Usia 8 Hingga 12 Bulan Belajar

Beginilah Cara Yang Betul Merangsang Bayi Usia 8 Hingga 12 Bulan Belajar

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 347 hits
Ibu bapa sekarang ramai yang semakin prihatin dan advance dalam bab hendak merangsang anak masing masing supaya cepat pandai Tetapi perlu diingat ia bukan satu perlumbaan untuk membandingkan anak siapa paling pandai dan cepat belajar kerana...
Ilmuwan Temukan Cara Selamatkan Lebah Kelaparan Bisakah Diterapkan Untuk Selamatkan Hewan Lain

Ilmuwan Temukan Cara Selamatkan Lebah Kelaparan Bisakah Diterapkan Untuk Selamatkan Hewan Lain

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 261 hits
Jangan kira lebah kerjaannya cuma bisa menyengat manusia aja kalau mereka punah hasil perkebunan kita juga bisa berkurang lo
Protected Ada Akuan Cimb Dah Boleh Pergi Umrah Ini Cara Mudah Anda Lakukan Ibadah Umrah

Protected Ada Akuan Cimb Dah Boleh Pergi Umrah Ini Cara Mudah Anda Lakukan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 371 hits
To view this protected post enter the password below Password The post appeared first on
Langkah Cepat Sunan Kalijaga Selamatkan Salmafina

Langkah Cepat Sunan Kalijaga Selamatkan Salmafina

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 196 hits
Sunan kalijaga lakukan beberapa cara untuk selamatkan anaknya Salmafina Sunan
Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1041 hits
Daun pisang ni memang penting peranannya dalam sajian masakan dan kuih muih tradisi kita Makanan yang dibalut dengan daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya Kuih abuk abuk tepung telita pulut inti manis kuih kochi lepat pulut pang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut