Rakyat Dikenakan Cukai Ron95 Sejak Bulan Lepas


MALAYSIAKINI



   
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenakan cukai ke atas minyak petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter sejak bulan lepas, kata bekas perdana menteri Najib razak.

Najib berkata berdasarkan harga brent semasa iaitu pada sekitar AS$52 setong, sepatutnya RON95 dijual antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan lalu berbanding harga sekarang RM2.20.

"Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia brent pada harga AS$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.

"Semalam, harga brent ialah di sekitar AS$52 satu tong dan sebagai perbandingan, harga brent semasa BN kalah ialah AS$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.

"Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95," katanya dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurut Najib, ini bermakna kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta daripada penjualan RON95 setiap minggu daripada rakyat.

"Semasa berkempen, PH telah membuat pelbagai janji di dalam ceramah mereka bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 hingga RM1.80 satu liter.

"Oleh itu, rakyat ada hak untuk menuntut kerajaan PH untuk berhenti dari mengenakan cukai ke atas RON95 dan membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak dunia," katanya.

'Senyap-senyap tibai'
Najib juga turut membidas tindakan kerajaan PH yang mengapungkan semula harga petrol RON95.
Kata Najib, tindakan itu jelas bertentangan janji PH untuk menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.50 seliter hingga RM1,80 satu liter.

"Mengapa tidak apungkan sekarang juga untuk benarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?

"Subsidi tidak diberi, bantuan dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula?" soalnya.

Najib dalam pada itu turut mempersendakan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Memang SST bermakna 'senyap-senyap tibai.

"Secara jujur, saya tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di dalam tempoh saya sebagai perdana menteri,' katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/rakyat-dikenakan-cukai-ron95-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 429 hits
Nampak tak permainan Kerajaan PH Bagai air terjun bertingkat kencing kerajaan curahkan kepada rakyat Malaysia Kegagalan melaksanakan manifesto diletakkan atas batu jembala rakyat Boleh pula sesuka hati mengenakan cukai petrol kepada rakyat ...
Bea Cukai Catat 72 592 Kasus Penghindaran Batas Bea Masuk Sejak Oktober 2018

Bea Cukai Catat 72 592 Kasus Penghindaran Batas Bea Masuk Sejak Oktober 2018

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 305 hits
Dirjen Bea Cukai Heru Pambudi mengatakan berdasarkan data importasi barang kiriman sejak 10 Oktober 2018 terdapat sekitar 72 592 Consignment Notes yang terjaring sistem anti splitting Upaya ini kata dia berhasil menyelamatkan penerimaan bea...
Ini Harga Ron95 Sebenar Sepatutnya Dibayar Oleh Rakyat Rafizi

Ini Harga Ron95 Sebenar Sepatutnya Dibayar Oleh Rakyat Rafizi

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 365 hits
Harga minyak mentah jatuh mendadak minggu ini Saya telah menyuarakan minggu lepas bahawa keadaan harga minyak mentah yang jatuh mendadak memerlukan formula harga siling yang ditetapkan disemak Saya dimaklumkan perbezaan berlaku akibat semak...
Menangis Badan Kejang Mata Ke Atas Lebam Lepas Ambil Dari Pengasuh Bayi 3 Bulan Alami Pendarahan Otak

Menangis Badan Kejang Mata Ke Atas Lebam Lepas Ambil Dari Pengasuh Bayi 3 Bulan Alami Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1174 hits
Luluhnya hati ibu dan ayah melihat anak kesayangan menangis seolah olah kesakitan kekejangan dan mata pula memandang ke atas seolah olah diserang sawan Lebam pada bawah mata kiri dan kanan serta dahinya rupa rupanya bukan petanda biasa bias...
Rakyat Pula Beri Subsidi Pada K Jaan Harga Sebenar Ron95 Rm1 90

Rakyat Pula Beri Subsidi Pada K Jaan Harga Sebenar Ron95 Rm1 90

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 430 hits
Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US 72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam Semalam harga Brent ialah di sekitar US 52 sat...
Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 474 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Kerajaan persekutuan didakwa mengenakan 30 sen cukai terhadap petrol RON95 sejak awal November Jelas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1 90 sehingg...
Brent Jatuh Di Bawah As 55 Setong Untuk Kali Pertama Sejak Bulan September 2017

Brent Jatuh Di Bawah As 55 Setong Untuk Kali Pertama Sejak Bulan September 2017

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 428 hits
Niaga hadapan minyak mentah Brent semasa dagangan pada hari Khamis turun kepada paras harga dagangan sebanyak AS 54 66 setong menyegarkan yang rendah pada September 2017 Petikan minyak WTI Texas juga menunjukkan penurunan kepada paras harga...
Menteri Jonan Sebut Aktivitas Gunung Anak Krakatau Mereda Bulan Ini

Menteri Jonan Sebut Aktivitas Gunung Anak Krakatau Mereda Bulan Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 347 hits
Jonan menambahkan infrastruktur kesiapan bencana di Pos Pengamatan Gunung Anak Krakatau Banten juga berfungsi dengan baik Antara lain penunjuk arah mata angin untuk memonitor pergerakan abu vulkanis CCTV infrasonik dan seismograf sebanyak 2...
Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat

Dalam Tak Sadar Sekecil Perkara Yang Menyentuh Jiwa

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Legenda Ironman Negara Razani Hussain Meninggal Dunia

Cuaca Bertenang Dan Jangan Panik Amaran Ini Untuk Bersiap Siaga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Perlu Buat Bila Air Mula Naik Checklist Awal Banjir Untuk Semua Rumah

Jbl Kekal Jenama Nombor 1 Pembesar Suara Dengan Pengenalan Barisan Partybox Terkini

Homestay Bonda Banda Hilir Pokok Mangga 2025

Laporan Produksi Yufid Bulan Oktober 2025

Buat Buat Tak Tahu Kalau Nampak Dee Dee Aine Peter Kongsi Pengalaman Seram Di Set Azimat

Resepi Ayam Masak Black Pepper