Ini Harga Ron95 Sebenar Sepatutnya Dibayar Oleh Rakyat Rafizi


Harga minyak mentah jatuh mendadak minggu ini. Saya telah menyuarakan minggu lepas bahawa keadaan harga minyak mentah yang jatuh mendadak memerlukan formula harga siling yang ditetapkan disemak.

Saya dimaklumkan perbezaan (kiraan Kerajaan Persekutuan berbanding kiraan saya) berlaku akibat semakan yang berbeza: Kerajaan Persekutuan menyemak mengikut bulan, sementara saya mengikuti semakan mingguan.

Saya telah menulis kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar semakan harga mengikut formula wajar dibuat mengikut minggu, agar harga yang dibayar rakyat cepat diselaraskan dengan harga semasa minyak mentah dunia.


Surat saya kepada saudara Lim Guan Eng adalah seperti di bawah ini:

Saya mengikut kenyataan-kenyataan saudara mengenai perkembangan harga minyak mentah dunia yang jatuh menjunam serta kesannya kepada rakyat dan kewangan negara. Saya juga ada berbincang secara berterusan dengan Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail, mengenai penetapan harga petrol dan diesel.

Daripada kenyataan saudara seperti yang dilaporkan pada hari ini, saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan memantau harga minyak mengikut formula APM (Automatic Pricing Mechanism) secara bulanan; iaitu harga minyak dunia dalam bulan Disember hanya akan mempengaruhi formula harga minyak RON95 dan diesel bagi bulan Januari.

Saya memahami kaedah ini sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak.

Dalam keadaan harga mentah dunia tinggi, Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi untuk mengekalkan harga pada kadar RM2.20 seliter bagi RON95.

Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah dari harga formula.

Walau bagaimana pun, sejak beberapa minggu yang lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutamanya minggu ini.

Rakyat sudah terbiasa dengan pengiraan mengikut minggu seperti yang ditinggalkan oleh pentadbiran Najib Razak. Malah, rakyat tidak tahu pun bahawa Kerajaan Persekutuan kini menyemak harga mengikut formula secara bulanan (atas sebab-sebab yang saya sebut di atas).

Mengikut formula, harga RON95 sejak beberapa minggu yang lalu telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter, seperti jadual kiraan mingguan di bawah:

Oleh kerana kiraan Kerajaan Persekutuan menggunakan rujukan harga bulanan purata bagi November 2018 untuk menetapkan harga RON95 bagi Disember 2018, kiraan Kerajaan Persekutuan akan menunjukkan harga mengikut formula APM masih lagi lebih tinggi dari harga RM2.20 seliter yang ditetapkan.

Saya secara konsisten telah menyuarakan pandangan bahawa kaedah terbaik dan yang paling adil untuk mengelakkan rakyat dari membayar harga minyak yang lebih tinggi dari harga pasaran adalah seperti berikut:


Memastikan ada subsidi untuk melindungi rakyat dari harga minyak mentah dunia yang naik melambung, iaitu dengan menetapkan harga siling. Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, Kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling.Menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia, rakyat akan menikmati penjimatan serta-merta.

Kerajaan Persekutuan telah pun melaksanakan langkah (i) dan harga siling telah ditetapkan pada harga RM2.20 seliter. Walau bagaimana pun, semakan harga mengikut formula adalah mengikut bulanan pada ketika ini (disebabkan keadaan harga minyak mentah pasaran sebelum ini).

Oleh itu, untuk memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa harga minyak mentah, saya memohon supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyemak harga mengikut formula secara mingguan.

Ini akan membolehkan harga RON95 menyaksikan penurunan 20 sen untuk beberapa minggu akan datang.

RAFIZI RAMLI
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/ini-harga-ron95-sebenar-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pula Beri Subsidi Pada K Jaan Harga Sebenar Ron95 Rm1 90

Rakyat Pula Beri Subsidi Pada K Jaan Harga Sebenar Ron95 Rm1 90

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 347 hits
Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US 72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam Semalam harga Brent ialah di sekitar US 52 sat...
Harga Ron 95 Sepatutnya Rm 1 90 Kini Rakyat Pula Beri Subsidi Kepada Kerajaan Malaysiabaru

Harga Ron 95 Sepatutnya Rm 1 90 Kini Rakyat Pula Beri Subsidi Kepada Kerajaan Malaysiabaru

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 374 hits
Rakyat pula beri subsidi pada kerajaan Harga sebenar RON95 RM1 90 Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US 72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu harga minyak dunia telah t...
Harga Rm2 20 Ron95 Wajar Disemak Semula Rafizi Ramli

Harga Rm2 20 Ron95 Wajar Disemak Semula Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 340 hits
Sejak 9 Mei 2018 Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan telah menetapkan harga RON95 pada RM2 20 seliter untuk menstabilkan harga minyak dan mengurangkan kesan turun naik harga minyak kepada kenaikan harga barang Ia bertepa...
Harga Semasa Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Kerajaan Tidak Turunkan Harga Ron95

Harga Semasa Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Kerajaan Tidak Turunkan Harga Ron95

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 444 hits
Rakyat pula beri subsidi pada kerajaan Harga sebenar RON95 RM1 90 Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US 72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu harga minyak dunia telah t...
Rafizi Praises Guan Eng For Swift Action Expects Ron95 To Be At Rm1 90 Per Litre

Rafizi Praises Guan Eng For Swift Action Expects Ron95 To Be At Rm1 90 Per Litre

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 309 hits
PKR leader Rafizi Ramli today congratulated Finance Minister Lim Guan Eng s swift response to criticism of the government s policy towards fuel prices amid the falling global crude oil price Rafizi had yesterday urged the government to reve...
Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 305 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Kerajaan persekutuan didakwa mengenakan 30 sen cukai terhadap petrol RON95 sejak awal November Jelas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1 90 sehingg...
Rafizi Gesa Putrajaya Semak Harga Minyak Ikut Formula Mingguan

Rafizi Gesa Putrajaya Semak Harga Minyak Ikut Formula Mingguan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 314 hits
Rafizi gesa Putrajaya semak harga minyak ikut formula nbsp mingguan Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Harga Gula Merudum Sepatutnya Kurang 50sen 1 Kg

Harga Gula Merudum Sepatutnya Kurang 50sen 1 Kg

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 268 hits
Harga Gula Dunia Merudum rejim PH Senyap Senyap Tax rakyat Siapa yang untung Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap Saudagar gula Harga gula di Malaysia sepatutnya mengalami penurunan selepas harga gula putih dunia menjunam Presi...
Harga Minyak Petrol Ron95 Ron97 Diesel Januari 2019

Harga Minyak Petrol Ron95 Ron97 Diesel Januari 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 634 hits
Bermula tahun 2019 kerajaan Malaysia melaksanakan sistem penentuan harga minyak menggunakan kaedah pengapungan terkawal berasaskan harga minyak mentah dunia sepertimana yang diamalkan sejak tahun 2017 Harga runcit bahan api minyak petrol RO...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp