Rakyat Anak Muda Kurang Pelajaran Undi Pn Kata Ketua Setiausaha Ph3


agendaily.com26/02/2023
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi taklimat kajian pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani, semalam (25 Februari).
Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah memperlekehkan anak muda apabila mengatakan mereka yang kurang berpelajaran, tiada pendapatan tetap dan menunggang motosikal ke sana sini, hanya mengundi Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang didakwanya adalah hasil kajian dilakukan pasukannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Kesimpulan kajian itu katanya, mendapati rakyat yang kurang berpelajaran dan pendapatan mereka juga tidak tetap telah memberi undi kepada PN pada PRU-15 lalu.

Pada masa sama, beliau mendakwa rakyat, terutama dalam kalangan pengundi muda yang memiliki pelajaran dan pendapatan yang tinggi lebih memilih mengundi PH.

“Peratus pengundi muda dan medium pendapatan maknanya purata pendapatan… kita dapati bahawa semakin tinggi pelajaran semakin stabil pendapatan dia… hat (yang) lepas pilihan raya baru ni (PRU-15)… depa (mereka) ni undi kita (PH).

“Mana hat pelajaran tak berapa tinggi… pendapatan tak berapa tetap hat tu… hat naik motor sana sini bagi (undi) kat Perikatan (Nasional). Dia (data) tunjuk lagu (macam) tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani, semalam (25 Februari).

Saifuddin antara pemimpin PKR yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya.

Beliau kalah di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU-15 lalu, tetapi dilantik Senator untuk diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata dapatan itu adalah kesimpulan yang beliau buat setelah mengarahkan pasukan kajiannya melakukan analisis keputusan PRU-15 di 222 kawasan Parlimen, termasuk di Kedah, di mana PH hanya menang satu kerusi sahaja iaitu di Parlimen Sungai Petani.

Beliau berkata pasukan kajiannya telah mendapatkan data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Perangkaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Data tadi itu kita buat semua sekali 222 kerusi Parlimen. Semua kita analisa. Kemudian kita tengok ada beberapa trend yang berlaku peringkat nasional tapi tak sama berlaku di Kedah.

“Ada beberapa trend lah yang kita kesan itu adalah makin tinggi pendapatan rakyat, makin padat satu-satu kawasan iaitu perbandaran, kebanyakannya corak mengundi itu mai kat kita (PH),” katanya.

Selain itu, Saifuddin juga berkata kajian dilakukan juga menunjukkan penduduk di kawasan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19 adalah yang paling kuat menyokong PN.

“Ada satu lagi yang kami buat iaitu masa Covid dulu kita tengok. kawasan yang paling terkesan. Kita buat ujian stress. Paling terkesan. Kawasan yang paling terkesan tinggi stressnya kawasan itu paling kuat Perikatan Nasional. Itu satu. Satu lagi corak yang kita tengok dah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/rakyat-anak-muda-kurang-pelajaran-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Makin Hilang Kepercayaan Terhadap Ph Bn Ketua Pemuda Pn

Rakyat Makin Hilang Kepercayaan Terhadap Ph Bn Ketua Pemuda Pn

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 245 hits
agendaily com18 02 2023Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Dalam keadaan sikap pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang semakin hilang kepercayaan terhadap kedua dua ...
Bagusnya Berani Betul Usia Muda Dah Ambil Lesen Scuba Diving Dr Sheikh Muszaphar Tunai Hasrat Anak

Bagusnya Berani Betul Usia Muda Dah Ambil Lesen Scuba Diving Dr Sheikh Muszaphar Tunai Hasrat Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 262 hits
Jika ada diantara kita yang memilih untuk berkhemah dan bercuti bersama anak anak sepanjang cuti sekolah ini lain pula kisahnya dengan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memilih percutian lebih extreme namun bermanfaat ...
Beranaklah Ramai Ramai Seronok Ada Anak Ni Syukur Rezeki Anak Empat Adira Tak Risau Hilang Awet Muda

Beranaklah Ramai Ramai Seronok Ada Anak Ni Syukur Rezeki Anak Empat Adira Tak Risau Hilang Awet Muda

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 248 hits
Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri o...
Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 279 hits
PEKAN Perwakilan UMNO Pekan yang akan mengundi pada pemilihan parti itu kali ini dinasihatkan agar berhati hati dengan sebaran memo kononnya ada wahyu daripada Dato Sri Najib Razak yang memberi restu kepada kumpulan tertentu untuk dipilih m...
Anak Muda Dah Muflis

Anak Muda Dah Muflis

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 273 hits
Muflis Setakat Januari lebih 260 000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak muda dengan majoritinya adalah Melayu Akta Insolvensi 1967 akan dibuat pindaan supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang si...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia