Rakyat Makin Hilang Kepercayaan Terhadap Ph Bn Ketua Pemuda Pn


agendaily.com18/02/2023
Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Dalam keadaan sikap pengundi dan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang semakin hilang kepercayaan terhadap kedua-dua gabungan itu, pilihan raya (PRN) di enam negeri yang dijangka pada Jun atau Julai depan adalah titik perubahan dalam politik negara, kata Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, penyokong PH digula-gulakan dengan penolakan terhadap UMNO dan BN, termasuk seorang ahli Parlimen yang mengatakan “jika undi PH kita akan hantar Zahid (Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) ke penjara.

Demikian juga, katanya penyokong BN digula-gulakan dengan keputusan “No DAP, NO Anwar”, tetapi sebaliknya cikgu dan anak murid tidak dapat dipisahkan, dan Zahid tidak dihantar ke penjara sebaliknya ke Putrajaya.

“Pengundi dan penyokong kedua-dua gabungan itu (PH dan BN) kini kecewa apabila kedua-duanya bekerjasama… mereka kecewa… di mana dalilnya?

“Pilihan raya di Parlimen Padang Serai menjadi dalilnya. Pilihan raya itu diadakan selepas kerajaan PH-BN dibentuk dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah Perdana Menteri.

“Orang kata PH dan buat kerajaan. Bila berlaku pilihan raya (Padang Serai) sepatutnya mudah menang. Dalam PRU-14… campur undi PH dan BN… mereka boleh menang lebih 10,000 majoriti.

“Tapi ternyata apabila dicampur kedua-duanya pun mereka kalah lebih 13,000 majoriti. Ertinya, jika corak pengundian di Padang Serai diaplikasikan ke seluruh negara dalam PRU akan datang, tidak mustahil PN boleh menang 100 hingga 115 kerusi Parlimen,” katanya pada program Pidato Pentas Pemuda Himpit 2023 di Setiu, Terengganu, malam tadi (17 Februari 2023).

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS dan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, PN, khususnya PAS, mempunyai banyak lagi ruang untuk menambah sokongan, berbanding PH.

“Yang keluar mengundi calon Melayu Islam pada PRU lepas tidak sampai 70 peratus, sementara orang bukan Islam pula 98 peratus. Ertinya sokongan terhadap PH yang kebanyakannya diperoleh daripada bukan Islam sudah mencapai tahap maksimum dan tidak boleh bertambah lagi.

“Tapi kita dalam PAS dan Perikatan Nasional, masih mempunyai ruang yang lebih besar untuk menambah sokongan,” katanya sambil menjelaskan selepas PRU-15 beliau yakin PN mampu menubuh kerajaan berdasarkan akuan bersumpah (SD) yang diterima, namun ‘pengadil’ berkata ‘gol’ PN ‘offside’.

Namun, Ahmad Fadhli berkata ketentuan Allah yang menetapkan Anwar menjadi Perdana Menteri hari ini dengan sokongan UMNO dan BN membentuk kerajaan campuran.

“Lalu mereka jadi kerajaan dalam keadaan mereka berada dalam satu ikatan yang tak pernah bagi sebahagian besar rakyat Malaysia ini boleh bayangkan walaupun maklumat telah sampai kepada kita sebelum pilihan raya lagi telah berlakunya perjanjian dan ikatan di antara cikgu dan anak muridnya

“Cikgu dengan anak murid ni lama dah kita tahu. Sebab itu bila saya sebut di dalam dewan (Dewan Rakyat) macam mana dua orang ni boleh duduk sekali? Dia kata ini titah Agong… itu naratif dimainkan UMNO, BN sekarang.

“Kalau titah Yang di-Pertuan Agong UMNO, kenapa perlu lantik Timbalan Perdana Menteri (TPM daripada UMNO, BN)? Lantik TPM kerana nak rasa terjamin berada dalam kerajaan.

“Sebab itu sekarang ini sudah tidak kedengaran lagi lagu ‘hoi ya hoi’. Dan ternyata apabila percampuran dua gabungan ini, mereka berbalah sesama sendiri, sementara menteri-menterinya pula membuat kenyataan yang pelik-pelik,” katanya lagi.

Ahmad Fadhli berkata sebelum menjadi kerajaan, rakyat melihat mereka cerdik apabila mengeluarkan pelbagai formula untuk mengatasi masalah sara hidup.

“Bila jadi kerajaan bila orang tanya, ayam lagu (bagaimana)? Dia kata untuk mengelakkan harga mahal, jangan makan ayam. Kalau kita boleh kata kalau ikan mahal jangan makan ikan… bagaimana mana? Nampak cerdik, hebat ada formula.

“Lepas itu lantik pula kaum keluarga sendiri pegang jawatan. Perdana menteri pegang menteri kewangan sekali gus walaupun dulu manifesto… dalam ucapan-ucapan mereka bahawa Perdana Menteri tak boleh pegang jawatan menteri kewangan… la ni Perdana Menteri pegang jawatan Menteri Kewangan.

“Bila kita tanya, jawapan dia ialah sekarang ini keadaannya luar biasa… pelik sungguh sebab itu kita pelik lagu (bagai) mana orang boleh percaya. Kita kata ini bukan keadaan luar biasa… ini keadaan luar tabii,” katanya.

Ahmad Fadhli turut mengulas beberapa isu lain, termasuk kenyataan rasis dikeluarkan pihak tertentu, setelah PH-BN yang turut dianggotai DAP kini menjadi kerajaan.

Beliau juga mengulangi komitmen PAS dan PN untuk mempertahankan tiga negeri – Kedah, Kelantan dan Terengganu – pada PRN nanti, selain keyakinan untuk menawan Selangor serta Negeri Sembilan, dan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/rakyat-makin-hilang-kepercayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haslihelmy Tawarkan Diri Untuk Tanding Jawatan Ketua Pemuda Umno Bentong

Haslihelmy Tawarkan Diri Untuk Tanding Jawatan Ketua Pemuda Umno Bentong

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 228 hits
KUANTAN Seorang ahli UMNO Bahagian Bentong Haslihelmy DM Zulhasli menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu pada pemilihan parti tersebut bermula bulan ini Haslihelmy 36 berkata keputusan itu dibuat kerana beliau mah...
Rakyat Mahu Pengeluaran Kwsp Bersasar Pemuda Umno Beritahu Pm

Rakyat Mahu Pengeluaran Kwsp Bersasar Pemuda Umno Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 300 hits
Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau menyampaikan gesaan rakyat berhubung pengeluaran KWSP 2 0 kepada Anwar Ibrahim ketika mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sudah menyuarak...
Makin Uzur Sazali Hilang Punca Rezeki Royalti P Ramlee Bakal Berakhir

Makin Uzur Sazali Hilang Punca Rezeki Royalti P Ramlee Bakal Berakhir

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 164 hits
Anak seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali 64 bakal kehilangan punca rezeki susulan bayaran royalti terhadap karya bapanya bakal berakhir pada 29 Mei ini Memetik Berita Harian Sazali berdepan kesukaran meneruskan hidup mem...
Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan kononnya seramai 147 Ketua Wanita UMNO bahagian seluruh negara menyokong supaya bekas ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap itu didakwa tidak benar sama sekali Pengarah Komunikasi Wanita Barisan...
Kenapa Biar Kenyataan Biadab Terhadap Melayu Tanpattindakan Susulan

Kenapa Biar Kenyataan Biadab Terhadap Melayu Tanpattindakan Susulan

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 192 hits
SESIAPA yang selalu berurusan dengan para pegawai atau kerani kaunter di mana mana agensi atau jabatan kerajaan atau institusi institusi yang berkaitan perkhidmatan awam pasti akan bersemuka dengan individu individu terlatih yang lazimnya a...
Puteri Sarah Dibenar Mulakan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar

Puteri Sarah Dibenar Mulakan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 247 hits
Kuala Lumpur Isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof Ira Kazar bersama sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu
Apa Status Siasatan Sprm Terhadap Projek Kapal Tempur Luar Pesisir

Apa Status Siasatan Sprm Terhadap Projek Kapal Tempur Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 264 hits
Pada 4 Ogos lalu Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara mendedahkan bahawa hampir RM1 4 bilion peruntukan kerajaan yang disediakan untuk projek LCS bernilai RM9 bilion telah dialihkan untuk kegunaan lain Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tanah M...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord