Rakaman Audio Sprm Serah Kepada Pdrm


THE MALAYSIAN TIMES 

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan sebahagian rakaman audio berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kepada pihak polis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata rakaman audio didakwa daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain bagi peringkat pertama sebelum pihaknya akan menghantar rakaman yang selebihnya kepada pasukan beruniform itu.

“Kita telah memaklumkan polis dan menyerahkan rakaman audio untuk ´first round´. Tunggulah polis buka kertas siasatan dan sebagainya. Sudah tentu apa yang kami dedahkan perlu disiasat,”
katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini, sempena lawatan kerja yang pertamanya ke negeri ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan netizen bahawa pendedahan itu dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Latheefa berkata ia adalah hak masing-masing untuk memberi pandangan.

Mengulas mengenai kenyataan peguam kepada bekas Perdana Menteri, Muhammad Shafee Abdullah yang melaporkan sedang mempertimbang untuk memulakan tindakan penghinaan mahkamah terhadap dirinya dan SPRM, Latheefa berkata mereka berhak untuk melakukan sebarang tindakan susulan pendedahan itu.

Pada sidang media semasa pendedahan audio itu, pagi semalam, Latheefa berkata individu yang mendedahkan maklumat AGC kepada Najib pada 2016 itu dikenalpasti sebagai TPR Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada ketika itu yang dinaikkan pangkat pada Ogos tahun yang sama untuk menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Selain Najib dan Dzulkifli, beliau turut menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain termasuk dua warga asing – seorang kerabat diraja dan seorang ketua eksekutif sebuah syarikat – dari Timur Tengah sebagai individu yang dikatakan dan dirujuk dalam rakaman itu.

Sembilan set rakaman audio berdurasi 45 minit yang disahkan berlaku antara 5 Jan dengan 29 Julai 2016 itu diterima SPRM baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Latheefa berkata SPRM akan menempatkan seorang pegawainya di pejabat Menteri Besar Perak dan unit integriti Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai usaha mencegah jenayah rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh kira-kira sebulan lagi.

Latheefa berkata pegawai SPRM yang ditempatkan berperanan untuk memberi nasihat termasuk cara memproses aduan yang diterima berhubung sebarang salah laku dan jenayah rasuah.

Beliau berkata, cadangan menempatkan pegawai kanan SPRM di pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memperkasa integriti serta membendung perkara berkaitan rasuah di peringkat kerajaan negeri memperoleh respons yang amat positif.

“Kami telah mula menempatkan pegawai di Sabah pada 2 Jan dan memperoleh persetujuan dari negeri Kedah manakala negeri lain masih dalam perbincangan dari segi perjawatan dan beberapa kriteria,” katanya.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/rakaman-audio-sprm-serah-kepada-pdrm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haniff Kadir Rais Bimbang Pendedahan Rakaman Audio Sprm

Haniff Kadir Rais Bimbang Pendedahan Rakaman Audio Sprm

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 365 hits
MALAYSIAKINI Tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak mendapat pujian ramai namun bukan daripada peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla Anggota Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin dan Rais Yatim juga me...
Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 438 hits
SPRM hari ini mendedahkan beberapa rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad Juga didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah...
Kp Sprm Malukan Diri Sendiri Rakaman Audio Sepatutnya Dijadikan Bukti Di Mahkamah Bukan Untuk Hebahan Media

Kp Sprm Malukan Diri Sendiri Rakaman Audio Sepatutnya Dijadikan Bukti Di Mahkamah Bukan Untuk Hebahan Media

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 471 hits
Pertama tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pagi tadi Malah sejak 2011 sehinggalah ...
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 516 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 732 hits
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir Walaupun Na...
Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 645 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media selepas pendengaran rakaman audio dikatakan Najib Razak dan 7 individu lain berkenaan 1MDB dan SRC International PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan ra...
Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 359 hits
Apakah tindakan SPRM mendedahkan audio tersebut sebagai suatu yang beretika Samada ianya beretika atau tidak bergantung kepada pelbagai pandangan Ianya subjektif Negara ditadbir secara perundangan Sekiranya tindakan SPRM itu dilihat bercang...
Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 404 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya Klip audio d...
Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 319 hits
Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini Foto Bernama PUTRAJAYA DIKEMASKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor