Kp Sprm Malukan Diri Sendiri Rakaman Audio Sepatutnya Dijadikan Bukti Di Mahkamah Bukan Untuk Hebahan Media



Pertama-tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak, Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pagi tadi.Malah, sejak 2011 sehinggalah PRU14 lalu, sayalah antara pengkritik Najib paling kuat melalui tulisan dalam blog ini, buku dan pelbagai penerbitan yang lain.Tetapi, apa yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pagi tadi iaitu mendedahkan 9 rakaman audio yang didakwa sebagai konspirasi peringkat tertinggi, pembocoran maklumat dan salah guna kuasa melibatkan Najib dan beberapa pegawai tinggi kerajaan dalam usaha menutup skandal 1MDB, adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima.Apa lagi pendedahan itu dilakukan ketika Najib sedang berdepan perbicaraan di mahkamah berkaitan SRC International, sebuah anak syarijat 1MDB dan sewaktu kempen PRK Kimanis sedang berjalan.Ia dengan sendirinya menjadikan niat mengapa pendedahan itu dilakukan boleh dipertikaikan.Walaupun rakaman-rakaman audio itu boleh dianggap menunjukkan adanya kesalahan di pihak Najib dan mereka yang lain, termasuk bekas KP SPRM, Dzulkifli Ahmad, namun membuat pendedahan kepada media bagi tujuan hebahan umum bukanlah cara yang betul.SPRM adalah agensi penguatkuasa dan sebarang bukti berlakunya pelanggaran undang-undang hendaklah disiasat dan seterusnya dibawa ke mahkamah untuk didakwa dan diadili.SPRM bukanlah parti politik atau alat kepada parti politik untuk kepentingan mereka yang memegang kuasa.Untuk itu, SPRM mesti bertindak berlandaskan undang-undang untuk menegakkan keadilan tanpa memilih bulu atau memihak kepada sesiapa.Walaupun SPRM sebelum ini, terutama di era Dzulkifli sebagai KPnya, badan itu banyak dituduh sebagai alat kepada Najib, tetapi dengan tindakan mendedahkan rakaman audio tersebut, apakah bezanya SPRM sekarang dengan dulu?Jika KP SPRM dahulu didakwa alat kepada pemimpin politik BN, tidakkah dengan mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib itu menunjukkan KP SPRM sekarang juga seolah-olahbtelah menjadi alat politik kepada PH?Jika bukan bermotifkan politik, untuk apakah rakaman audio itu didedahkan kepada umum, sedangkan penyiasatan dan rakaman tersebut juga baru hendak diserahkan kepada pihak polis?Tidakkah sepatutnya siasatan dijalankan terlebih dahulu dan jika cukup bukti – Najib, Rosmah, Dzulkifli dan lain-lain hendaklah dibawa ke pengadilan untuk didakwa serta rakaman audio itu boleh dijadikan bukti di mahkamah?Mengapakah bukti didedahkan kepada umum terlebih dahulu, sedangkan penyiasatan belum bermula dan pendakwaan pula tak tahu bila tarikhnya?Apakah pada tanggapan KP SPRM, mahkamah media lebih penting daripada mahkamah sebenar?Dalam hal ini, Latheefa yang merupakan seorang lulusan undang-undang jelas telah memalukan dirinya sendiri dan keberadaannya mengetuai SPRM telah dah menimbulkan tanggapan umum beliau juga, sama seperti KP SPRM sebelumnya, dengan mudah menjadi atau dijadikan politik sepihak, walhal SPRM adalah agensi bebas untuk membanteras rasuah bersasaskan keadilan.Ternampak di sini, Latheefa yang pernah aktif dalam politik sebelum memegang jawatan KP SPRM, gagal memisahkan naluri politik dan berpihak dalam tugasnya mengetuai agensi tersebut.Selain itu, wujudnya rakaman audio secara haram melibatkan Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri ini juga dengan sendirinya membuktikan negara kita tidak lagi selamat dan diancam bahaya.Kalau Perdana Menteri pun boleh dirakam suaranya secara haram, apatah lagi menteri, ahli perniagaan dan rakyat biasa.Soalnya, siapakah yang melakukan rakaman itu?Apakah ini menunjukkan perbualan Perdana Menteri sekarang juga boleh diintip secara haram dan bakal didedahkan kepada umum setelah beliau tidak lagi berkuasa nanti? (ShahbudinHusin 08/01/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kp-sprm-malukan-diri-sendiri-rakaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Rakaman Suara Oleh Sprm Membunuh Diri Sendiri

Pendedahan Rakaman Suara Oleh Sprm Membunuh Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 422 hits
BUNUH DIRI Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen 1 Semua perbualan tersebut...
Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 722 hits
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir Walaupun Na...
Rakaman Audio Sprm Serah Kepada Pdrm

Rakaman Audio Sprm Serah Kepada Pdrm

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 427 hits
THE MALAYSIAN TIMES IPOH Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyerahkan sebahagian rakaman audio berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd kepada pihak poli...
Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 626 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media selepas pendengaran rakaman audio dikatakan Najib Razak dan 7 individu lain berkenaan 1MDB dan SRC International PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan ra...
Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 392 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya Klip audio d...
Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 423 hits
SPRM hari ini mendedahkan beberapa rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad Juga didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah...
Haniff Kadir Rais Bimbang Pendedahan Rakaman Audio Sprm

Haniff Kadir Rais Bimbang Pendedahan Rakaman Audio Sprm

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 352 hits
MALAYSIAKINI Tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak mendapat pujian ramai namun bukan daripada peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla Anggota Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin dan Rais Yatim juga me...
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 504 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 309 hits
Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini Foto Bernama PUTRAJAYA DIKEMASKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya

Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti