Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah


TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN     Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini. -Foto Bernama   PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membongkar audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International Sdn Bhd dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)

"Rakaman itu sangat mengejutkan. Ia adalah cubaan untuk menutup keadilan," katanya.

Menurutnya, rakaman tersebut melibatkan tindakan salah guna kuasa, pecah amanah, memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara dan konspirasi jenayah.

"Semua ini adalah pelbagai tindakan jenayah yang serius termasuklah yang membabitkan penyalahgunaan kuasa.

"Ada elemen untuk melindungi dan ada juga elemen rasuah berlaku," katanya.

Beliau berkata, pihak forensik SPRM telah mengesahkan ketulenan rakaman audio tersebut.

"Ini adalah kepentingan awam yang perlu didedahkan. Media adalah pihak pertama diberikan pendedahan ini," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat SPRM hari ini.

Latheefa berkata, rakaman audio itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk menyerahkan semua rakaman suara kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan," katanya.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimaklumkan mengenai rakaman audio tersebut.

Sembilan rakaman audio yang diperdengarkan kepada media antaranya perbualan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkefly Ahmad yang ketika itu sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara yang menghubungi Najib untuk meminta pandangan selepas cadangan SPRM berhubung penyelewengan RM42 juta milik SRC.

Dalam perbualan telefon itu, Dzulkefly melahirkan kebimbangannya dengan penemuan panel khas tersebut dan Peguam Negara ketika itu Tan Sri Apandi Ali meminta bantuannya.

"Bila tengok kertas siasatan (IP) saya rasa nak menangis Datuk Seri (Najib).

"Dari segi undang-undang, Tan Sri Apandi dan saya boleh handle, tak ada isu. Selain daripada itu, saya tak sangka betapa seriusnya benda tu," kata Dzulkefly.

Selain itu, SPRM turut memainkan rakaman audio perbualan telefon antara Najib dan Pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC) Sheikh Mansour yang meminta untuk menyediakan satu perjanjian terhadap anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz berkaitan dana untuknya menerbitkan filem.

Ia dipercayai bertujuan bagi menyelamatkan Riza daripada tuduhan pengubahan wang haram oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Selain rakaman Najib, Dzulkefly dan Sheikh Mansor, SPRM turut mendedahkan rakaman perbualan Dzulkefly bersama bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim, Dzulkefly dengan Pegawai Khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin serta Najib dan Amhari selain isterinya Rosmah Mansor.

Antara nama- nama yang dipetik dalam rakaman perbualan tersebut adalah adalah Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Apandi Ali, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Datuk Suboh Md Yasin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Abdul Aziz Ismail, Tan Sri Shukri Abdull, Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC) Sheikh Mansour Zayed al Nahyan, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak, Presiden UAE Khalifa Zayed Sultan Al Nahyan, Riza Aziz, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan turut disebut Senator Khairul Azwan Harun.

Ketika ditanya lanjut mengenai pihak yang menghantar rakaman tersebut, Latheefa enggan mengulas lanjut.

"Untuk keselamatan kita tidak akan dedahkan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/sprm-bongkar-audio-konspirasi-jenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 412 hits
SPRM hari ini mendedahkan beberapa rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad Juga didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah...
Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 713 hits
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir Walaupun Na...
Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 379 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya Klip audio d...
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 493 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 611 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media selepas pendengaran rakaman audio dikatakan Najib Razak dan 7 individu lain berkenaan 1MDB dan SRC International PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan ra...
Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 310 hits
LANGKAWI Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan 9 didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai kerajaan tiada beza dengan pendedahan hasil...
Sprm Dedah 9 Set Rakaman Dakwa Konspirasi Jenayah Peringkat Tertinggi Berdurasi 45 Minit

Sprm Dedah 9 Set Rakaman Dakwa Konspirasi Jenayah Peringkat Tertinggi Berdurasi 45 Minit

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 402 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi Loading Pada sidang media khas di sini Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya...
Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 702 hits
Hari ini nama bekas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur menjadi trending di Twitter gara gara tersebarnya mengenai rakaman perbualan telefon antara Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak Rakaman tersebut didedakan mene...
Rosmah Chides Najib In Phone Call For Appearing Like A Villain

Rosmah Chides Najib In Phone Call For Appearing Like A Villain

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 357 hits
An irate Rosmah Mansor was not pleased with the manner former premier Najib Abdul Razak was handling matters In a telephone call to Najib on July 27 2016 she chided her husband for appearing like a villain as the latter remained calm throug...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur