Sprm Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1mdb


Mohamad FadliKetua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang media selepas pendengaran rakaman audio dikatakan Najib Razak dan 7 individu lain berkenaan 1MDB dan SRC International. PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan rakaman audio dikatakan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan 7 lagi individu berkenaan 1MDB dan bekas anak syarikat, SRC International.

Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya memainkan rakaman itu pada satu sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini, di hadapan lebih 50 wartawan.

Beliau menjelaskan rakaman itu antara Najib, pegawai kerajaan, dan 2 individu dari Emiriah Arab Bersatu, menunjukkan seperti ada konspirasi untuk memanipulasikan maklumat.

“Kita baru terima rakaman audio ini,” katanya kepada pemberita selepas pendengaran rakaman itu, tanpa mendedahkan sumber rakaman itu, yang diterima beberapa hari selepas tahun baru 2020.

Latheefa berkata terdapat 9 rakaman percakapan melibatkan 8 individu. SPRM akan memberikan bahan-bahan itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beliau menambah SPRM perlu mengambil masa untuk menganalisis rakaman itu, yang pertama kali didedahkan kepada umum pada sidang media hari ini.

“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga belum mengetahui rakaman audio ini,” katanya.

Audio hari ini merupakan rakaman panggilan telefon antara 5 Jan 2016 dan 29 Jul 2016.

SPRM menamakan 8 orang yang terlibat dalam perbualan yang dirakam itu, antaranya Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor; Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim; bekas timbalan pendakwa raya awam Dzulkifli Ahmad; Putera Mahkota UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Development Company, Khaldoon Al-Mubarak.

Menurut SPRM, terdapat 20 nama disebut dalam rakaman itu, antaranya bekas naib ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan Mohamed Apandi Ali; bekas ketua pegawai eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah Suboh Md Yassin; dan pengarah urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman.

Juga disebut Presiden UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan, dan Pengerusi International Petroleum Investment Company, Mansour bin Zayed Al Nahyan, yang juga timbalan perdana menteri negara itu.

Menurut Latheefa, dalam satu rakaman itu, perbualannya sekitar kertas siasatan kes SRC International.

“Terdapat kebocoran maklumat yang jelas dari Jabatan Peguam Negara kepada orang yang kami percaya adalah subjek penyiasatan,” katanya.

SPRM mendapati rakaman audio itu mungkin menunjukkan beberapa kesalahan iaitu salah guna kuasa, konspirasi jenayah, dan percubaan memalsukan bahan bukti.

“Kami dapat menjamin kesahihan rakaman,” kata Latheefa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/sprm-dedah-rakaman-audio-najib-berkait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

Sprm Dedah Rakaman Audio Konspirasi Babitkan Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 413 hits
SPRM hari ini mendedahkan beberapa rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad Juga didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah...
Sangat Salah Dan Tak Beretika Peguam Kritik Sprm Dedah Rakaman Suara Mirip Najib Razak

Sangat Salah Dan Tak Beretika Peguam Kritik Sprm Dedah Rakaman Suara Mirip Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 363 hits
Baru baru ini negara kita dikejutkan dengan tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membentang rakaman audio mirip milik orang ternama di negara ini yang dikatakan sedang berbual bersama isterinya cetus satu kontroversi Perkar...
Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 702 hits
Hari ini nama bekas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur menjadi trending di Twitter gara gara tersebarnya mengenai rakaman perbualan telefon antara Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak Rakaman tersebut didedakan mene...
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 493 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

Dr M Samakan Dedah Klip Audio Dan Tunjuk Harta Najib Disita Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 310 hits
LANGKAWI Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan 9 didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai kerajaan tiada beza dengan pendedahan hasil...
Skandal 1mdb Kerabat Diraja Asing Anak Tiri Najib Antara 20 Nama Didedah Sprm

Skandal 1mdb Kerabat Diraja Asing Anak Tiri Najib Antara 20 Nama Didedah Sprm

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan nama 20 individu yang dirakam sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut dalam rakaman perbualan berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad dan bekas anak...
Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

Ketua Pengarah Sprm Tersenyum Sinis Bila Rakaman Audio Najib Dan Rosmah Mula Dimainkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 713 hits
Pagi tadi Latheefa Koya KP SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang dikatakan antara Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur pada 27 Julai 2016 Saya telah mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir Walaupun Na...
Video Sprm Dedah Perbualan Azeez Dan Dzulkfli Bincang Siasatan 1mdb Kaitan Tabung Haji

Video Sprm Dedah Perbualan Azeez Dan Dzulkfli Bincang Siasatan 1mdb Kaitan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 544 hits
Bekas Pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim tampaknya pernah mengadakan perbincangan dengan Dzulkifli Ahmad menerusi telefon ketika itu menjadi pegawai Pejabat Peguam Negara sama ada Tabung Haji terbabit dalam siasatan 1MDB Perkara ini di...
Beranikah Najib Saman Sprm Rakaman Dilakukan Semasa Era Dia Berkuasa

Beranikah Najib Saman Sprm Rakaman Dilakukan Semasa Era Dia Berkuasa

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 444 hits
Siapakah yang merakam dan atas arahan siapa Apakah atas arahan orang itu balik dan terkena kepada dirinya Bukankah Kita Pernah Ada Pengarah Risik Wanita yang menulis Surat kepada Amerika minta nyawa Ia sama seperti seorang Pegawai Kerajaan ...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Pas Backs Ex Lecturer In Ongoing Legal Dispute With Hannah Yeoh

Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor