Raja Ilya Kongsi Gelagat Comel Talita Angkat Kain Jemuran Comel Betul
Raja Ilya kongsi gelagat comel Talita angkat kain jemuran, comel betul! Dalam membesarkan anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa memberikan didikan yang seimbang antara akademik dan kemahiran hidup. Salah satu aspek penting dalam kemahiran hidup ialah mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
Raja Ilya Kongsi Gelagat Comel Talita Angkat Kain Jemuran, Comel Betul!
Kerja rumah bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, dan disiplin dalam diri anak-anak sejak kecil.
Melalui satu hantaran yang dkongsikan oleh Raja Ilya, dia berkongsi gelagat anaknya, Talita yang sibuk mengangkat kain daripada jemuran.
Memang betul! Ibu-ibu tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri. Kami bukannya robot yang boleh menyelesaikan semua kerja dalam satu masa. Sebab itu, dari awal lagi, kita perlu mengajar anak-anak untuk membantu di rumah.
Kita tidak mahu mereka menjadi terlalu manja, di mana setiap perkara perlu disuap. Jika mereka sudah pandai kemas mainan yang mereka sepahkan, angkat kain, lap meja selepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dan mula pergi ke tandas sendiri – walaupun agak mencabar – itu sudah satu permulaan yang baik.
Jadi, apabila adik mereka lahir nanti, ibu tidak perlu buat semua perkara seorang diri. Setidaknya, ada yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja kecil di rumah.
Begitulah kisah hari Selasa saya!- tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya mendapat respon di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia Pasangan memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Raja Ilya kini sedang sarat hamil anak kedua.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Baca artikel lain juga: Raja Ilya Dipuji Ajar Anak Bertutur Bahasa Melayu, Sudah Ada Geng Berborak!
Raja Ilya Bakal Timang Anak Lelaki, Potong Kek Suprise Umum Jantina Anak!
Talita Sepahkan Satu Rumah! Anak Raja Ilya Susun Tisu Tandas Buat Tower
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Raja Ilya Kongsi Gelagat Comel Talita Angkat Kain Jemuran, Comel Betul! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/raja-ilya-kongsi-gelagat-comel-talita-angkat-kain-jemuran-comel-betul/