K Jaan Persekutuan Tekad Angkat Martabat Semua Negeri Pm


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 17, 2024 8:30 AM
Kerajaan Persekutuan bertekad untuk mengangkat martabat semua negeri terutama di kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau menzahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa komitmen itu mampu dicapai dengan adanya permuafakatan, perbincangan serta amalan kerja berpasukan antara pemimpin Persekutuan dengan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata tiada negeri yang tidak mempunyai sebarang masalah namun segala keluhan rakyat perlu didengar bagi memastikan apa sahaja keperluan penduduk berjaya dipenuhi.

“Kalau mahu Malaysia ini berjaya siapa sahaja jadi Perdana Menteri, siapa sahaja jadi Menteri, siapa sahaja jadi pemimpin, mesti memimpin seluruh rakyat dan bangsa Malaysia,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka di Kota Kinabalu malam tadi.
Sambutan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024 selain ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri.
Anwar turut memberi jaminan akan bertungkus lumus menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama rakan pimpinan dan Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

“Walaupun saya akui ada masalah yang harus kita selesaikan tetapi saya bernasib baik kerana sebaik menjawat Perdana Menteri, dua sahabat saya menaruh keyakinan penuh (iaitu) Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak bermuafakat, bicara dengan terang, tegur dengan baik sebagai sahabat.

“(Mereka) mengeluh dan menuntut tetapi dalam semangat persahabatan untuk jayakan Malaysia, negara keramat kita. Saya harap pemimpin-pemimpin lain belajar daripada semangat yang mereka tunjukkan,” katanya.

Anwar turut menyeru seluruh rakyat agar menanam semangat jiwa merdeka dan terus bersatu hati dalam membangunkan Malaysia selain menjauhi sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.

Beliau mahu tema sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ difahami secara mendalam kerana ia bukan hanya menterjemahkan kebebasan daripada penjajah semata-mata tetapi juga dalam aspek memilih pemimpin yang mampu mentadbir negara dan membela nasib rakyat.

Perdana Menteri berkata semangat meraikan kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa tanpa mengira bangsa, suku kaum dan agama wajar diterapkan dalam diri setiap masyarakat negara ini.

Anwar merujuk kejayaan atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin, yang juga anak kelahiran Sarawak, menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 dan atlet 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal) Eddy Bernard dari Beluran, Sabah yang menyumbang pingat gangsa pada temasya sukan berprestij itu.

“Kita tak persoal dari mana dia, apa suku kaum dan agamanya, cuma kita bangga kerana anak Malaysia catat kebanggaan menang pingat di (Sukan Paralimpik) Paris. Inilah semangat yang kita nak. Hidupkan dalam kalangan kita,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/kjaan-persekutuan-tekad-angkat-martabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dhpp Cabar K Jaan Pusat Haramkan Perjudian Di Semua Negeri

Dhpp Cabar K Jaan Pusat Haramkan Perjudian Di Semua Negeri

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 69 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS l Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini mencabar gabungan kerajaan persekutuan hari ini untuk mengenakan larangan perjudian di semua negeri di bawah terajui mereka Perwakilannya ke muktamar tahunan PAS Thines Sr...
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Lima Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan selesai mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pe...
Sg4 Terbuka Untuk Semua Negeri Babit 5 Kluster Perniagaan Takiyuddin

Sg4 Terbuka Untuk Semua Negeri Babit 5 Kluster Perniagaan Takiyuddin

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 68 hits
Syarikat State Goverment Group Sdn Bhd yang ditubuhkan empat negeri ditadbir pembangkang terbuka kepada mana mana negeri yang berminat untuk menyertainya Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut memaklumkan syarikat berkenaan...
Halal Di Negeri Kita Konsert Ataih Bawoh Fatwa Sesat Halal Konsert

Halal Di Negeri Kita Konsert Ataih Bawoh Fatwa Sesat Halal Konsert

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 95 hits
Sekarang konsert dibenarkan Atas bawah dibenarkan supaya kita lalai Sukan macam macam digalakkan Pertandingan pertandingan yang lagha habis benda akan dianjurkan Supaya kita tidak sedar ada agenda besar untuk merampas kita untuk ambik kuasa...
Nak Suruh Pmx Letak Jawatan Negeri Miskin Pun Pmx Bantu Keh Keh Keh

Nak Suruh Pmx Letak Jawatan Negeri Miskin Pun Pmx Bantu Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 75 hits
Gino Marvela Katanya di muktamar lebai pas buat usul sebulat suara mintak sdra Anwar berundur dari memegang kerajaan Dan lagi satu mereka minta ahli kultus mereka ini kawen merentas kaum semata nak undi dari bangsa lain Otak tak fikir lain ...
Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 54 hits
Malaysiakini nbsp PAS tidak berpijak pada realiti apabila mencabar kerajaan pusat untuk mengharamkan pusat perjudian sedangkan berdiam diri ketika berada dalam kerajaan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil berkata malah...
Tu Dia Zaman Dia Ramai Kena Sebab Pakat Ikut Dia Semua

Tu Dia Zaman Dia Ramai Kena Sebab Pakat Ikut Dia Semua

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 66 hits
Kasihan Dr Mahathir Dia masih boleh bersuara dan tidak ada sesiapa yang menghalang dia daripada mengeluarkan kenyataan atau menghadirkan diri ke mana mana acara Dia masih bebas bergerak hadir atau tidak hadir Jauh seperti langit dan bumi za...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Expert Malaysians Deeply Involved In Online Scams Human Trafficking

Kl Bird Park

Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Zus Coffee With Ceo Latte

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Generate Unique Brand Names


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Baru Draf La Benggong Rupanya

Macam Orang Tak Ngaji

Business Card Kreatif Menonjolkan Identiti Jenama Anda Dengan Cara Unik

Meningkatkan Penjenamaan Produk Dengan Wrapping Paper Yang Kreatif Dan Menarik

Jana Pendapatan Bersama Al Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine

Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah Rm100 Di Hotel Lima Bintang Parkroyal Collection Kuala Lumpur