Kes Bunuh Pak Guard Ahli Perniagaan Berdepan Hukuman Gantung


AHMAD Noor Azhar Muhammad dibawa keluar selepas didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI Ahmad Noor Azhar berdepan pertuduhan bunuh ‘pak guard’ IPOH: Seorang ahli perniagaan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, Disember lalu.


Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, dikenakan tuduhan baharu itu berikutan mangsa, S. Thava Sagayam, 64, yang sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.

Lelaki terbabit sebelum ini dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lalu di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah atas bangkitan marah.

Kes tersebut dijadualkan untuk sebutan semula hari ini namun mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk menarik balik dan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh daripada pertuduhan asal.

Permohonan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Seksyen 335 dan mendakwa semula tertuduh dengan dakwaan membunuh dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi.

Polis berkata tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pindaan daripada Seksyen 335 Kanun Keseksaan kepada 302 Kanun Keseksaan. Prosiding terhadap tertuduh diteruskan dengan pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan oleh jurubahasa.

Dalam prosiding tersebut, tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Thava Sagayam, di tingkat tujuh Menara Majestic, Jalan CM Yusuff antara pukul 8 hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - BERNAMApix Pendakwaan dikendalikan Azlina manakala tertuduh diwakili peguam, Ariff Azami Hussein.

Peguam pemerhati, M. Kulasegaran bagi pihak keluarga mangsa turut hadir.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Oktober ini.


Dalam kejadian pada 29 Disember lalu, Thava Sagayam yang sedang bertugas di kolam renang kondomonium berkenaan cedera di bahagian belakang kepala setelah diserang seorang lelaki.

Kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang yang ketika itu tidak dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan menderita dan menjalani lapan pembedahan di bahagian kepala, Thava Sagayam akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada 27 Ogos lalu. – UTUSAN ONLINE

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kes-bunuh-pak-guard-ahli-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 329 hits
freemalaysiatoday com September 12 2021 12 16 AMRais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara Dewan Rakyat dan ADUN PETALING JAYA Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Neg...
Usahawan Didakwa Sebabkan Kecederaan Kini Berdepan Pertuduhan Kes Bunuh

Usahawan Didakwa Sebabkan Kecederaan Kini Berdepan Pertuduhan Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 237 hits
MALAYSIA NOW Tiada pengakuan bersalah direkodkan Ahmad Noor Azhar Muhammad 33 selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus Ahmad Noor Azhar Muhammad di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini Dia didakwa ...
Pukul Pengawal Keselamatan Ahli Perniagaan Berdepan Tuduhan Membunuh

Pukul Pengawal Keselamatan Ahli Perniagaan Berdepan Tuduhan Membunuh

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 240 hits
Ahli perniagaan Ahmad Noor Azhar Muhammad yang menyerang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium sebelum ini dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini atas tuduhan membunuh Lelaki berusia 33 tahun itu dihadapkan di Mahkamah Maj...
Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 248 hits
Orang awam menyaksikan siaran langsung pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sab...
Pak Guard Ini Cemerlang Upsr Pt3 Spm Stpm S4nggup Tinggal Di Asrama Naik Van Pekerja Demi Pengalaman Makan Gaji

Pak Guard Ini Cemerlang Upsr Pt3 Spm Stpm S4nggup Tinggal Di Asrama Naik Van Pekerja Demi Pengalaman Makan Gaji

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 346 hits
KEPUTUSAN peperiksaan seorang anak muda ketika dia di sekolah rendah sehingga sekolah menengah bukan biasa biasa Buktinya dia meraih 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 9A Pentaksiran Tingkatan Tiga 8A Sijil Pelajaran Malaysia dan 3 58 ...
Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 206 hits
AGENDA DAILY Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi penjelasan berhubung keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemaj...
Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh

Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 226 hits
ADAKAH INI ORANG DAN MANGSANYA Abd Razak Mohd AliOgos 30 2021 Polis mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek Gambar Media sosialIPOH Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bert...
Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 214 hits
IPOH Polis mengklasifikasikan semula kes seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia Jumaat lepas Ketua P...
Jutaan Terima Kasih Kata Polis Selepas Agc Tuduh Ahli Armada Bersatu Bunuh Pengawal Keselamatan

Jutaan Terima Kasih Kata Polis Selepas Agc Tuduh Ahli Armada Bersatu Bunuh Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 283 hits
Jutaan terima kasih kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan Polis berterima kasih kepada semua pihak yang membantu merungkai kes kematian pengawal keselamatan Thava Sagayam Santhanasamy sehingga membawa k...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu