Rahsia Kulit Cantik Putih Gebu Wanita Korea Flawless Macam Baby No 6 Paling Kelakar


Ramai yang suka tonton drama korea. Dan tipulah kalau kita tak cemburukan kecantikan kulit muka semulajadi wanita korea.
Kulit mereka bersih & putih gebu. Bersih & tak ada jerawat sangat kan! (Baca tips elak jerawat & kulit bersih di blog nikmat terbaik.)
Itu kulit pelakon mereka, tapi bagi kita yang pernah ke korea
Rata rata wanita korea memang mempunyai kulit cantik putih gebu
Apa rahsia mereka?
Rata rata wanita korea mempunyai kulit yang cantik & bersih. Apa rahsia mereka?Hari ini Maznee akan kongsikan kepada wanita Malaysia
Supaya boleh cuba sendiri di rumah.
Dan amalkan pantang yang betul, dari segi makanan berkhasiat serta tips penjagaan kulit
Sama sama kita cuba ok?


Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Bagaimana cara mereka melakukannya?Wanita korea sangat berdisiplin dalam menjaga kesihatan kulit mereka
Setiap hari tanpa jemu
Tips pertama ini mesti kita tak sangka
Sebab apa?
Ia sangat mudah sampai ramai terlepas pandang
Semua wanita, sama ada anak dara, isteri orang, sedang hamil 
Atau pantang bersalin boleh amalkan

1. Pakai toner dalam masa 10 saat selepas mandiKan Maznee dah kata tadi.
Mana kita buat semua ni.
Betul kan?
Lepas mandi saja cepat cepat pakai toner.
Pantang betul tak buat.
Tips ini sering di berikan dalam majalah kecantikan korea. (Laman stylecraze juga ada kongsi tips yang sama).
Apa logiknya buat semua ini?
10 saat pertama ini sangat penting kerana kulit kita dalam keadaan lembap lepas mandi air panas.
Semakin lama kita menunggu.
Kulit kita menjadi semakin kering.
Dengan memakai toner sepantas mungkin, sepantas atlet olimpik berlari pecut 100 meter menuju ke garisan penamat
Lebih cepat kita boleh mengunci kelembapan itu dan memastikan kulit dilindungi sebaiknya. (Selain toner, penggunaan pencuci muka yang sesuai dengan kulit sangat penting untuk kekalkan lembapan di kulit.).
Kalau pelari pecut dapat hadiah pingat emas.
Anggap sajalah hadiah yang bakal kita terima kulit yang bersih & cantik. Awet muda tu.
Siapa tak nak kan?
Jadi, pastikan kita letakkan toner di bilik air di rumah kita.
Dan juga di dalam beg tangan semasa kita keluar rumah, pergi bercuti di Melaka ke.
Kita bina rutin & tabiat baru.
Mula mula tu macam susah, tapi"Alah bisa tegal biasa kan?"Yang jadi cabaran tu, kalau kita sedang tak sihat.
Contohnya masa alah mengandung yang teruk & juga masa pantang bersalin
Ada masa ke nak buat semua ni?
Tengok orang juga, ada orang sanggup
Kalau Maznee, kesihatan diri diutamakan dulu
Macam mana dengan rahsia kulit cantik pertama?
Best kan
Tips kulit cantik putih gebu kedua pun tak kurang ringkasnya
Aha
Nak tahu apa dia?

2. Basuh muka 2 kali, Sekali tak cukup!Memang simple kan
Orang lain cuci muka sekali
Wanita korea (sumber wikipedia) cuci 2 kali, di sana boleh dikatakan ini bukan perkara aneh
Hampir semua orang melakukannya
Macam mana nak basuh muka 2 kali dengan cara yang betul?
Mula mula, bersihkan make up yang ada di muka menggunakan skincare terbaik yang ada.
Maznee rekeman pakai pencuci muka semulajadi dari Shaklee. (Selamat di gunakan untuk wanita hamil.)
Kemudian 
Barulah cuci muka kita 2 kali
Kulit kita akan cantik seperti rama rama baru keluar dari kepompong
Baju tradisional semua bangsa menampakkan kewanitaan & kelembutan merekaKalau diikutkan logikkan, sepatutnya wanita muslimah ada kulit yang lagi cantik betul tak?
Sehari berapa kali kita ambil wudhu?
Paling tidak, yang wajib saja kita solat 5 kali sehari
15 kali kita cuci muka siang & malam
Selesai sudah tips kedua
Tips no 3 pun senang nak buat
3. Urut muka sendiriSelalu kita urut badan bila sakit kan
Ibu ibu berpantang yang mahu kembali cantik & sihat wajib berurut nak betulkan urat
Tak pernah pula dengar orang kita urut muka
Wanita korea dah jadikan urutan muka ni rutin
Dan semakin ramai wanita seluruh dunia mengikut trend ini
Lakukan setiap hari untuk menggalakkan peredaran darah yang lebih baik ke otot dan sel di muka
Urutan yang baik akan meningkatkan peredaran darah 
Dan bekalan oksigen yang mencukupi di wajah kita akan menjadikan kulit muka bercahaya dan berseri.
Nak tahu apa lagi terbaik?
Amalan mengurut muka, jika dilakuan setiap hari membantu menegangkan dan menguatkan otot muka kita untuk membantu memerangi kedutan dan mencegah kulit daripada cepat tua
Maknanya
Siapa yang selalu buat akan nampak awet muda tanpa kedutan di muka dan kelihatan menarik setiap masa.
Sebenarnya sebelum ini Maznee pernah dengar, mengambil wudhu itu sebenarnya adalah urutan kepada anggota tersebut
Jadi sekali lagi, siapa yang buat dengan ilmu dia akan dapat manfaat
Ambil lah air whudhu tu sungguh sungguh
Memang patutlah ada petua, nak awet muda selalu ambil wudhu
Tamat tips ke 3
Tips no 4 akan buatkan kita rajin ke dapur
Dan murah pula tu caranya
Hihi, tak percaya?

4. Basuh muka dengan air basuhan berasAlahai
Tips ni ramai dah tahu, tapi tak sangka orang korea pun buat kan?
Itulah, ilmu yang dimanfaatkan akan menampakkan hasil
Wanita di Korea dah amalkan tips mencuci muka dengan air beras berkurun lamanya
Ini kerana mereka tahu manfaatnya untuk kulit
Dari nenek moyang mereka turunkan kepada anak cucu
Ada banyak kebaikan air beras untuk kulit kita, antaranya ialahPelembap semula jadi yang membantu melambatkan penuaanMengurangkan lingkaran hitam di bawah mataMenghilangkan bintik-bintik penuaanDan yang paling memeranjatkan, mencerahkan kulitMacam mana cara nak sediakan air basuhan beras yang betul?

Ini caranyaRendam beras selama kira-kira 10-15 minitKemudian kodekkan air rendaman beras tersebut sehingga bertukar warna kepada keputihanAsingkan beras untuk dimasak. Air beras jangan dibuang. Gunakan air ini untuk membasuh muka
Amalkan tips mencuci muka dengan air beras untuk rahsia kulit cantik
Kita akan mendapati kulit menjadi lebih lembap & cerah
Murah & senang kan?
Cuma, janganlah kita selalu masak beras sebab nak cantik kan. Makan nasi banyak banyak berat badan tambah naik dan susah nak turun.

5. Amalkan pengambilan makanan tambahanWanita korea memang makan ginseng sebagai makanan tambahan mereka
Cuma makanan herba seperti ginseng mesti dimakan dengan betul supaya tidak berbahaya kepada buah pinggang
Makan dengan betul, buah pinggang tak ada masalah
Dan dalam ginseng terdapat sebatian polifenol, siapa yang makan shaklee mesti tahu vivix kaya dengan polifenol yang banyak
Antaranya resveratrol yang bagus untuk awet muda
Selain itu vivix juga kaya dengan antioksidan & anthocynin
Semua ini telah dibuat kajian & dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser
Ginseng adalah salah satu rahsia kecantikan wanita Korea sekian lama
Ia mempunyai sifat anti-penuaannya
Dan ginseng juga merupakan bahan utama dalam masakan Korea
Ginseng sangat baik untuk membantu detoksifikasi kulit dan menghilangkan bahan pencemar dalam badan. Kaya dengan antioksidan. Tapi orang moden macam kita ni mana suka makan herba yang pahit kan. Mujurlah ada suplemen dalam bentuk pil. (Baca senarai vitamin shaklee kaya antioksida & vitamin untuk kulit cantik.)
Tamat tips ke 5
Tips no 6 mungkin agak luar biasa
Tapi itulah hakikatnya, nak cantik punya pasal
Wanita korea gemar melakukannya
Apakah ia?
6. Tampar muka kita! 
Betul tu
Ramai wanita korea menampar muka sendiri untuk tujuan kecantikan
Anggaplah ia salah 1 jenis daripada cara mengurut wajah
Dan menggalakkan pengaliran darah ke kulit muka
Anda mesti lihat video di bawah ni"Live demo untuk mencantikkan kulit menggunakan teknik yang betul!"
Rasakan hikmat tamparan kulit cantik kuasa lemon!!!!Dan percaya atau tidak.
Ini benar-benar teknik super popular di Korea.
Wanita di Korea akan menampar muka mereka kira-kira 50 kali selepas menamatkan rejimen penjagaan kulit harian mereka.
Tujuannya,
Bagi melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot muka.
Maznee tak galakkan kita buat tips ini.
Kalau nak buat pun jangan lah kuat kuat, nanti merah merah muka tu.
Orang yang tak tahu akan ingat kulit kita blushing kemerahan.
Haha.

Kesimpulan tips untuk kulit cantik wanita Korea!Sebenarnya ada banyak lagi tips yang wanita korea amalkan setiap hari untuk dapat kulit yang bersih dan awet muda.
Nanti Maznee kongsikan lagi ya.
Terima kasih kerana singgah blog ini.
Assalamualaikum.
PS: Jika anda rasa artikel ini bagus & bermanfaat, boleh share kepada kawan kawan & keluarga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hargasetbersalin.blogspot.com/2017/12/rahsia-kulit-cantik-putih-gebu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inti Sedap Kulit Rangup Wanita Ini Kongsi Rahsia Buat Karipap Daging Paling Enak

Inti Sedap Kulit Rangup Wanita Ini Kongsi Rahsia Buat Karipap Daging Paling Enak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 404 hits
Karipap Daging Karipap Sardin dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Daging jualanny...
Wanita Ditahan Seludup Kokain Dalam Baby Bump Kulit Tembikai

Wanita Ditahan Seludup Kokain Dalam Baby Bump Kulit Tembikai

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 357 hits
Seorang wanita yang menyeludup kokain dalam kulit tembikai yang digunakan sebagai baby bump telah ditahan pihak berkuasa Brazil Suspek yang berpura pura hamil itu menaiki bas awam menuju ke Rio de Janeiro tetapi digari polis selepas terkant...
Teknik Double Cleansing Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat

Teknik Double Cleansing Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 451 hits
Teknik Double Cleansing Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat Teknik double cleansing ni dah lama menjadi ikutan rakyat Malaysia rupanya Cuma Sisyat yang lambat tahu ada teknik paling berkesan untuk dapatkan kuli...
10 Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Dengan Latar Belakang Pendidikan Amat Mengagumkan

10 Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Dengan Latar Belakang Pendidikan Amat Mengagumkan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 465 hits
Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Perasaan tak masyarakat kita masih gemar meletakkan label terhadap selebriti tempatan terutamanya artis wanita sebagai tidak berpelajaran tinggi malah ia seperti sudah menjadi satu kebiasaan Kononnya artis ...
Hiburan Produk Cetaphil Baby Baharu Dengan Calendula Organik Bantu Kulit Bayi Jadi Tenang Dan Sihat

Hiburan Produk Cetaphil Baby Baharu Dengan Calendula Organik Bantu Kulit Bayi Jadi Tenang Dan Sihat

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 480 hits
Siapa yang tak seronok apabila dikurniakan zuriat sendiri kan Bayi yang lahir sebagai tanda kasih sayang dengan pasangan tercinta sudah pasti ia merupakan anugerah paling tak ternilai yang dimiliki oleh anda Disebabkan itu anda pasti akan b...
3 Tahun Kekal Di Tangga Pertama Yoo Jaesuk Dipilih Selebriti Korea Paling Disukai Bagi Tahun 2020

3 Tahun Kekal Di Tangga Pertama Yoo Jaesuk Dipilih Selebriti Korea Paling Disukai Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 450 hits
Setiap tahun saluran media Sports Korea akan mengumumkan senarai 10 selebriti top di Korea untuk tahun tersebut Sama juga dengan tahun ini pelbagai responden daripada 17 bandar utama telah menyertai undian ini dan turut merangkumi wanta dan...
Year On Tiktok 2020 Baby Shima Dan Kesanakesini Antara Paling Sohor Kini Di Malaysia

Year On Tiktok 2020 Baby Shima Dan Kesanakesini Antara Paling Sohor Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 346 hits
TikTok telahpun menerbitkan senarai video paling tular sepanjang 2020 Tetapi kami yakin bagi pembaca Amanz apa yang berlaku di peringkat global tidak sebaik apa yang berlaku di Malaysia Oleh itu TikTok turut mengeluarkan senarai akaun seleb...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya