Rahsia Hubungan Suami Isteri Bahagia 21 Cara Untuk Kekal Sayang Sepanjang Masa


Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!

21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Sumber: Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna
The post Rahsia Hubungan Suami Isteri Bahagia, 21 Cara Untuk Kekal Sayang Sepanjang Masa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rahsia-hubungan-suami-isteri-bahagia-21-cara-untuk-kekal-sayang-sepanjang-masa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Rumah Tangga Dulu Dulu Kekal Bahagia Apa Bezanya Dengan Sekarang

Rahsia Rumah Tangga Dulu Dulu Kekal Bahagia Apa Bezanya Dengan Sekarang

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 176 hits
Pernah tak kita terfikir kenapa rumah tangga orang dulu dulu nampak lebih tenang dan harmoni Tapi bila tengok keadaan sekarang makin ramai pasangan bergelut dengan konflik yang kadang kadang berakhir dengan perpisahan Adakah benar kehidupan...
Pu Salman Kongsi Cara Nabi Hargai Isteri Para Suami Kena Ikut Tips Ni

Pu Salman Kongsi Cara Nabi Hargai Isteri Para Suami Kena Ikut Tips Ni

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 139 hits
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun penceramah bebas PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka Jom ikuti perkongsian beliau dan amalan sunn...
Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 152 hits
KOSMOMangsa berada dalam keadaan stabil Polis Kutai KartanegaraJAKARTA Seorang wanita di Kutai Kartanegara wilayah Kalimantan Timur membakar suaminya ketika lelaki itu leka bermain judi online di rumah mereka lapor laman berita Warta Banjar...
Kedah Tiga Termasuk Suami Isteri Maut Kemalangan

Kedah Tiga Termasuk Suami Isteri Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 128 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myKEMALANGAN di Jalan Alor Pudak yang mengorbankan tiga nyawa FOTO Ihsan Pembaca Pendang Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak Titi Haji Idris ...
Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 138 hits
Seorang suami dipuji ramai kerana berkongsi kesusahan seorang isteri yang terpaksa bertarung nyawa ketika melahirkan anaknya Kata Zul friendly Zulhilmi menerusi perkongsian diruangan komen Allah menciptakan seorang wanita dengan cukup hebat...
Suami Berenang 5 Jam Demi Selamatkan Isteri Di Tengah Laut

Suami Berenang 5 Jam Demi Selamatkan Isteri Di Tengah Laut

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 367 hits
nbsp SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang pelancong dari Arab Saudi berenang lebih lima jam ke tepi pantai di Thailand untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan ist...
Suami Tikam Isteri Marah Tidak Dapat Pinjam Duit

Suami Tikam Isteri Marah Tidak Dapat Pinjam Duit

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 119 hits
Sinar HarianJAKARTA Berang kerana tidak dapat meminjam wang seorang lelaki tergamak menikam isterinya dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Muratara pada Ahad Suspek Rangga Saputra 33 warga Desa Maur Baru Kecamatan Rupet menikam Tesi Des...
Isteri Tembak Suami Tak Tahan Sering Dipukul Dikurung

Isteri Tembak Suami Tak Tahan Sering Dipukul Dikurung

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 94 hits
KOSMO Anantaya menangis ketika polis tiba Daily NewsBANGKOK Seorang wanita menembak mati suaminya selepas sering dipukul dan dikurung di rumah mereka di Phan Thong wilayah Chon Buri lapor laman berita Thaiger hari ini Anantaya 39 berkata di...
Buat Suami Sebagai Isteri Saya Bangga Dengan Awak

Buat Suami Sebagai Isteri Saya Bangga Dengan Awak

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 131 hits
PETALING JAYA Bersyukur menjadi tetamu Allah pelakon Lana Nodin mengakui berbangga terhadap kesungguhan suaminya Mohd Daud Mckenzie menyempurnakan ibadah umrah Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin 44 pengalaman sepanjang berada di...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025

Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain