Rahsia Rumah Tangga Dulu Dulu Kekal Bahagia Apa Bezanya Dengan Sekarang


Pernah tak kita terfikir, kenapa rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih tenang dan harmoni?
Tapi bila tengok keadaan sekarang, makin ramai pasangan bergelut dengan konflik yang kadang-kadang berakhir dengan perpisahan. Adakah benar kehidupan dulu lebih baik, atau ada perkara yang kita terlepas pandang?
Jom kita selami perkongsian ini mengenai perbezaan antara rumah tangga dulu dan sekarang, serta renungkan apa yang boleh kita pelajari untuk memperbaiki hubungan kita hari ini.
Jom kita renungkan beberapa kemungkinan
1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan.
Pasangan masakini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung… kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik.
2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, & benar2 hadir dalam perbualan.
Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti & perasaan diabaikan makin menebal.
3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, & anak2 lebih jelas. Masing2 tahu tanggungjawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga.
Sekarang ni, tekanan & gaya hidup moden kadang2 membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggungjawab tak seimbang, pasangan mula la rasa terbeban & terpinggir.
4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar & kesetian . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup & memilih untuk bertahan & menyelesaikan masalah bersama.
Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan.
5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yg boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling2 pun cemburu dgn jiran beli kerusi baru.
Hari ni media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dgn orang lain. Ia boleh merosakkan rasa syukur & kebahagiaan dalam rumah tangga.
Tapi…
Adakah org dulu2 tiada yang bercerai?
Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun & damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Daftar sekarang
 
Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60.
Apa yg menjadi punca keruntuhan rumahtangga zaman dulu?
1. Perkahwinan paksa
Dulu ramai yg berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela & keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta & persefahaman, perkahwinan jadi sukar utk dipertahankan.
2. Tekanan ekonomi
Kehidupan orang dulu2 banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.
3. Kurang ilmu tentang perkahwinan
Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, & hak2 dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian.
4. Keganasan rumah tangga
Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sbg masalah peribadi yg tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yg memilih untuk bercerai demi keselamatan diri & anak2, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.
5. Susah dapat anak
Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan.
6. Patriarki
Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak & suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih utk bercerai.

7. PJJ
Dulu2 bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jd asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana la ada whatsapp, telefon pun tak ada.
Dulu2 perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, & ramai yg memilih utk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ni banyak kesedaran hak individu, pendidikan yg lebih baik, & kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dgn lebih terbuka.
Walaupun zaman berubah dan cabaran rumah tangga datang dalam pelbagai bentuk, satu perkara kekal usaha untuk menjaga keharmonian memerlukan kesabaran, kefahaman, dan ilmu.
Sama ada dulu atau sekarang, kebahagiaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang datang bergolek. Dengan komunikasi yang baik, penghargaan kepada pasangan, dan nilai keagamaan yang kukuh, insya-Allah kebahagiaan itu boleh dicapai. Apa pun, setiap pasangan punya perjalanan tersendiri—yang penting, jangan berhenti berusaha
Sumber: LynaNoh
The post Rahsia Rumah Tangga Dulu-Dulu Kekal Bahagia, Apa Bezanya Dengan Sekarang? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rahsia-rumah-tangga-dulu-dulu-kekal-bahagia-apa-bezanya-dengan-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Hubungan Suami Isteri Bahagia 21 Cara Untuk Kekal Sayang Sepanjang Masa

Rahsia Hubungan Suami Isteri Bahagia 21 Cara Untuk Kekal Sayang Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 195 hits
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia penuh kasih sayang dan rasa dihargai kan Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati Tapi kadang kadang dalam kesibukan harian kita te...
Tips Rumah Kekal Wangi

Tips Rumah Kekal Wangi

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 142 hits
TIPS RUMAH KEKAL WANGIJom wangikan rumah sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni So sis letak sini kita amalkan ramai2 Good luck you all and good luck to me 1 Habuk Tak Melekat Pada Perabot Bahan Bahan 1 penutup pelembut fabrik10 caw...
Saya Gajikan Rm800 Sehari Jofliam Dakwa Rumah Tangga Hancur Kerana Pembantu Cik Epal

Saya Gajikan Rm800 Sehari Jofliam Dakwa Rumah Tangga Hancur Kerana Pembantu Cik Epal

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 145 hits
Bekas suami kepada usahawan dan personaliti media sosial Cik Epal iaitu Jofliam dakwa rumah tangganya hancur kerana pembantu peribadi bekas isterinya Dakwaan itu dibuat selepas Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu peribadinya yang dipercay...
Redha Di Dalam Rumah Tangga

Redha Di Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 149 hits
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHATak semua benda akan berlaku ikut kehendak KPI kita walaupun kita ketua keluarga Kalau nampak pasangan kita cuai sikit selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan be...
Dulu Blog Boleh Hasilkan Rm100 Rm500 Sehari Sekarang Bagaimana

Dulu Blog Boleh Hasilkan Rm100 Rm500 Sehari Sekarang Bagaimana

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 207 hits
Pernah tak anda rasa rindu dengan zaman di mana menjana pendapatan online terasa begitu mudah Saya masih ingat lagi blog pernah menjadi salah satu kaedah yang cukup berkesan dan mudah untuk menghasilkan pendapatan secara online Waktu itu de...
16 Rumah Tangga Selebriti Hancur Oktober Paling Ramai Bercerai

16 Rumah Tangga Selebriti Hancur Oktober Paling Ramai Bercerai

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 216 hits
Tahun 2024 belum melabuhkan tirai namun industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah perceraian beberapa pasangan artis popular tempatan Artikel Berkaitan OBWrapped24 11 Kes Mahkamah Yang Mencuri Tumpuan PU Azman Vivy Yusof Along Cham...
Ibu Rumah Tangga Kerugian Lebih Rm750 000 Ditipu Oleh Pelaburan Bitcoin

Ibu Rumah Tangga Kerugian Lebih Rm750 000 Ditipu Oleh Pelaburan Bitcoin

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 208 hits
JOHOR BAHRU Seorang suri rumah hilang lebih RM750 000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan bitcoin dalam talian Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan daripada...
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna Fikir Dulu Sebelum Beli

Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna Fikir Dulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 215 hits
Disaat kos kenaikan harga barang yang tinggi ada baiknya kita meneliti dahulu apakah barang yang kita beli benar benar berguna untuk kita Bimbang sudahnya barangan ini tersadai di rumah malah mengambil sudut dan ruang rumah yang akhirnya me...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global