Rahsia Cantik Dan Langsing Kerabat Diraja Ini Sampai Macam Itu Sekali Jaga Kesihatan


Yang Mulia Raja Petrina Suziana Raja Putera Shah, seorang wanita berketurunan diraja yang penuh dengan kesantunan dan budi pekerti tinggi. Dilahirkan pada 3 Disember 1984 di Kuala Lumpur, anak sulung kepada empat adik-beradik ini mudah didekati dek kerana sikap ramah dan kelembutan yang dimiliki tatkala berbicara.
Menyingkap susur galur keluarga dirajanya, Raja Petrina berkata kedua-dua ibu bapa beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ayahandanya, Yang Mulia Dr Raja Putra Shah Raja Haji Shahar Shah ialah kerabat raja Perak iaitu cicit kepada Sultan Idris pertama. Manakala bonda, Yang Mulia Tengku Soraya Yusof Tengku Mohammad Yusof Shah merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor yang berketurunan kerabat raja Selangor.
“Bonda saya juga adalah cucu kepada Sultan Sir Alaedin Suleiman Shah iaitu Sultan Selangor Ke-5. Sementara nenda pula berpangkat ‘Nyang’ kepada Sultan Selangor sekarang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ringkasnya, bonda saya adalah bonda saudara kepada Sultan Selangor.”
PERGAULAN

Meskipun berdarah bangsawan namun ia sedikit pun tidak menjejaskan batas pergaulan Raja Petrina dengan orang sekeliling. Semuanya sebab mereka empat beradik sudah dididik supaya tidak membezakan agama, status dan warna kulit untuk berkawan. Termasuk juga ketika beliau ambil keputusan untuk bernikah dengan orang kebanyakan. Perkahwinan Raja Petrina dan pilihannya, Mohamad Hazril Mohamad Hadzim mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
“Kami mula bertemu pada tahun 2000. Iya, suami saya orang kebanyakan tetapi keluarga tak pernah menentang niat kami untuk berkahwin. Cuma arwah nenda pernah berpesan kalau boleh cari kerabat diraja juga supaya dapat sambung keturunan kami. Mujur, bonda dan ayahanda saya tak memilih dan sanggup terima sesiapa pun asalkan mampu menjaga saya dengan baik. Alhamdulillah, kami bahagia dan berharap agar kebahagiaan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat,” telus Raja Petrina yang terpikat dengan sifat penyayang suami.
Hasil perkongsian hidup selama lebih tujuh tahun, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki berumur lima dan tiga tahun iaitu Putera Mohamad Hayden dan Putera Mohamad Harriez. Memandangkan kehidupannya kini lebih tertumpu pada urusan keluarga dan anak-anak, Raja Petrina tekad mengisi masa terluang dan menjana pendapatan dengan berjinak-jinak dalam perniagaan aksesori wanita miliknya, Petrina Putra yang diusahakan sejak penghujung tahun 2016.
PERNIAGAAN

“Menguruskan rumah tangga dan dalam masa sama usahakan perniagaan sendiri memang perlukan banyak pengorbanan. Buat masa sekarang, saya berniaga aksesori ‘statement necklace’ ini dulu secara online. Sambutan terhadap aksesori Petrina Putra setakat ini sangat memberangsangkan. Idea untuk buat bisnes ini sebenarnya tercetus kerana minat saya terhadap dunia fesyen.
Bagi saya, penglibatan dalam perniagaan bukan saja kena kuat mental dan fizikal malah kena ada minat serta kesungguhan tinggi. Saya bersyukur sebab perniagaan ini ada masa yang fleksibel. Selain dapat wang, saya juga ada masa untuk pantau anak-anak.
Ada ketika memang terlalu sibuk melayan permintaan daripada pelanggan tapi keutamaan tetap diberikan kepada anak-anak dan keluarga. Saya mahu setiap masa yang saya luangkan untuk mereka berkualiti atau dalam erti kata lain, tak juga menjejaskan periuk nasi saya sendiri. Kiranya, dua-dua perlu seimbang.”
PETUA KECANTIKAN


Melihat susuk tubuh Raja Petrina pasti ramai yang tidak menyangka kerabat diraja ini merupakan ibu kepada dua orang anak. Mengakui mudah turun berat badan kerana sibuk menjaga kedua-dua putera kesayangan, salah satu cara beliau untuk memastikan kesihatan tubuh kekal langsing dan bertenaga adalah dengan minum air kosong secukupnya.
Selain mengawal pemakanan, Raja Petrina juga seorang wanita Melayu yang begitu menitikberatkan soal kesihatan sewaktu berpantang. “Bonda akan memastikan saya mengikut segala pantang-larang terutamanya selepas bersalin. Dari melahirkan anak pertama lagi, bonda ajar saya amalkan petua berpantang ‘Pah Laili’. ‘Pah’ ini sebenarnya panggilan ibu angkat bonda saya dari kecil dan antara dayang istana yang teliti bab pantang-larang dan adat istiadat di istana.
Kalau penjagaan harian pula biasanya saya selesa buat di rumah saja. Jarang ke salun pun. Cuma pakai masker sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Untuk kesihatan badan, saya akan pastikan setiap hidangan yang saya ambil perlu ada buah dan sayur.
Tak lupa juga rutin senaman selama 30 minit dalam empat hingga lima kali seminggu. Itu pun saya buat di rumah saja sebab senang hendak jaga anak-anak,” terang wanita berkulit cerah berusia 34 tahun ini mengakhiri perbualan.
sumber : https://www.nona.my
The post Rahsia Cantik Dan Langsing Kerabat Diraja Ini, Sampai Macam Itu Sekali Jaga Kesihatan appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/21/rahsia-cantik-dan-langsing-kerabat-diraja-ini-sampai-macam-itu-sekali-jaga-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita 25 Tahun Ke Atas Kena Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

Wanita 25 Tahun Ke Atas Kena Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 464 hits
Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang Wanita masuk saja angka 25 anda patut belek kulit wajah lebih daripada biasa sebab tanda tanda penuaan pasti akan kelihatan Perha...
Jamu Rahsia Bidan Kampung Rahsia Cantik Menawan Kurus Langsing Dan Kekal Bahagia

Jamu Rahsia Bidan Kampung Rahsia Cantik Menawan Kurus Langsing Dan Kekal Bahagia

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 748 hits
Assalamualaikum Teruja bila diberi peluang untuk mencuba produk yang bagi Fiza memang sangat perlu diamalkan oleh kaum wanita Bila sudah makan mestilah nak share kebaikan dan keistimewaan yang terkandung dalam produk tersebut Terima kasih S...
7 Cara Jaga Kesihatan Bayi Dan Keluarga

7 Cara Jaga Kesihatan Bayi Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 375 hits
7 cara untuk menjaga kesihatan keluarga anda semasa musim sejuk dan selesema 7 Cara Jaga Kesihatan Bayi dan Keluarga Assalamualaikum wbt Cuaca yang tidak menentu sekarang ini boleh menyumbang kepada masalah kesihatan keluarga anda terutaman...
Minum Air Sejuk Boleh Jaga Kesihatan

Minum Air Sejuk Boleh Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 538 hits
Minum Air Sejuk Boleh Jaga Kesihatan Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 atau 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak diminum Minum air masak boleh menghindark...
Muka Cantik Tapi Suara Macam Abang Askar Kan Unik Tu

Muka Cantik Tapi Suara Macam Abang Askar Kan Unik Tu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 603 hits
Walaupun berada jauh dari Malaysia nama usahawan kosmetik Nur Sajat tidak pernah lekang daripada kontroversi panas Jika anda mengikuti perkembangan Nur Sajat The post appeared first on
Inilah Rahsia Model Cantik Yang Tidak Takut Kehilangan Job Walaupun Berhijab Tidak Sangka Langsung

Inilah Rahsia Model Cantik Yang Tidak Takut Kehilangan Job Walaupun Berhijab Tidak Sangka Langsung

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 376 hits
Di negara kota fesyen terkemuka iaitu Perancis kita selalu melihat model modelnya yang seksi menggayakan pakaian daripada pereka fesyen terkemuka dunia Namun sebenarnya terdapat juga modelnya yang berhijab walaupun bilangan hanya sedikit da...
Ce Raikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama Bangun Lambat Dan Kuat Mela Wan Ini Jawapan Ustaz Untuk Lelaki Itu Rileks Media

Ce Raikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama Bangun Lambat Dan Kuat Mela Wan Ini Jawapan Ustaz Untuk Lelaki Itu Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 299 hits
Seorang suami baru jumpa saya tadi Dia baru ce raikan isterinya Katanya isteri dia tak jaga agama Malas dan suka habiskan duitnya Suka bangun lambat Tak pandai layan suami Asal cakap menya kitkan hati Kuat mela wan Dia kata saya kan lelaki ...
Idris Nak Berjoget Macam Itu Tidak Usah Pegang Jawatan Ag

Idris Nak Berjoget Macam Itu Tidak Usah Pegang Jawatan Ag

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Hendak berjoget 14 hari 14 malam itu hak awak kerana awak kata ini hak privasi masing masing kata Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad Beliau menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mente...
2 Macam Teknik Membuat Gambar Burung Merak Nan Cantik

2 Macam Teknik Membuat Gambar Burung Merak Nan Cantik

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 502 hits
Indonesia adalah nama sebuah negara kepulauan berada di kawasan benua Asia Lebih tepatnya berada pada wilayah Asia Tenggara Negara yang berbentuk republik ini terkenal dengan keberagaman flora dan fauna Dari sekian banyak fauna atau hewan d...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense