Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam




KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.
Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025, katanya menerusi Facebook.
Berikut adalah kenyataan beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR:
Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri, pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022-Disember 2023), dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023—Julai 2025), saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan.
Kejayaan dua kementerian ini termasuklah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] - Fasa 1, serta peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Malaysia juga menjadi antara negara terawal yang mengemukakan National Biodiversity Strategies and Action Plan (NBSAP) bagi membendung kemusnahan alam semula jadi.
Pengurangan kadar penyahutanan yang ketara juga telah mendapat pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.
Hanya dalam beberapa minggu selepas dilantik, kami berjaya melaksanakan penyasaran semula subsidi elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di Semenanjung Malaysia. Kami juga berjaya meluluskan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga di Dewan Rakyat. Dalam sektor air, kami telah memperkenalkan Tariff Setting Mechanism yang amat diperlukan.
Pasukan NRES telah memulakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dari peringkat paling asas, dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.
Namun begitu, saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN adalah antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.
Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini.
Kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang.
Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa.
Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn: "Saya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam."
Nik Nazmi adalah Menteri Kabinet kedua yang mengumumkan peletakan jawatan selepas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli turut membuat keputusan sama pagi tadi. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/selepas-rafizi-nik-nazmi-pula-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 138 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau masih belum memikirkan sebarang rombakan Kabinet susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Al...
Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 102 hits
KUALA LUMPUR Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025 Bermula dari hari ini beliau ...
Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 96 hits
Malaysiakini nbsp Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun ini iaitu kurang dua minggu dari sekarang Menurut Rafizi dia telah menyerahkan surat peletakan jawatan kep...
Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 130 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA PKR tidak mempunyai Ahli Parlimen berkebolehan yang cukup untuk mengisi jawatan menteri ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menurut seorang peng...
Rafizi Akan Letak Jawatan Selepas Sidang Asean Berakhir

Rafizi Akan Letak Jawatan Selepas Sidang Asean Berakhir

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 106 hits
27 May 2025 Ramai yang bertanya bila Rafizi Ramli nak letak jawatan Kenapa beliau masih datang ke pejabat dan hadir Sidang Kemuncak Asean Apakah beliau tak jadi letak jawatan Sejak semalam inilah antara soalan yang banyak berlegar di mana m...
Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 139 hits
Malaysiakini nbsp Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan tiada keperluan untuk Rafizi Ramli keluar PKR atau melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan hujung mingg...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Huawei Freebuds 6

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air