Rafizi Seperti Terdesak Seolah Buntu Menarik Undi Melayu




PAS mencapai kemenangan terbesar mereka pada PRU15 disebabkan retorik perkauman dan dengan menganjurkan majlis makan malam mewah, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli

Beliau berkata, politik wang dan retorik yang sering diulang-ulang bahawa “orang bukan Melayu akan mengambil alih negara” ialah punca utama kemenangan besar parti Islam itu pada PRU15, bukannya pengaruh video TikTok

Perikatan Nasional (PN) memenangi 74 kerusi pada PRU15, dengan PAS memperoleh 49, jumlah kerusi tertinggi diperoleh mana-mana parti tunggal pada pilihan raya tersebut

Sebagai perbandingan, DAP menang 40 kerusi, PKR (31), Umno (26) dan Bersatu (25)

Dalam ceramah kepada ahli PKR Kedah dan Pulau Pinang di sini malam tadi, Rafizi berkata, PAS mendapat manfaat dari segi kewangan semasa mereka berada dalam kerajaan, dan mereka menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk menganjurkan majlis makan malam mewah dengan kerap

“(Mereka menang kerana) faktor wang, bukan TikTok. Di kampung halaman saya di Terengganu, saya dengar cerita orang minta duit mana sahaja mereka pergi. Kenduri juga dibuat di mana-mana. Ini faktor-faktor yang mempengaruhi kemenangan PN,” katanya.
Rafizi berkata, beliau menjangkakan PAS akan kembali kepada kempen derma “tin Milo” pada majlis politik kerana tiada kempen politik yang dipacu wang dapat dikekalkan

Beliau berkata, taktik yang digunakan oleh PAS dan PN menyebabkan peralihan 70-80% dalam kalangan pengundi Melayu di Kedah, yang tidak dilihat dalam pilihan raya lain sebelum ini

“PN mencetuskan ekstremisme perkauman untuk menyebabkan peralihan yang begitu besar. Ini lebih membimbangkan saya. Corak pengundian Melayu dahulunya seimbang. Sebelum ini, marginnya sempit. Buat pertama kali, ia seluas ini. Kita perlu atasi trend berbahaya ini.
“Kita tiada ‘peluru perak’ atau pil ajaib untuk capai kemenangan. Segelintir antara kita terpaksa akui, ia berpunca daripada kelemahan kita,” katanya dalam penilaiannya tentang prestasi PKR di Kedah. Dalam tempoh empat hingga lima tahun lepas, tambahnya, parti itu menjadi kurang agresif.
Rafizi juga mengecil-ngecilkan faktor Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor dalam kemenangan besar PN pada PRU15, apabila semua kecuali satu daripada 15 kerusi Parlimen dimenanginya di negeri itu

Sanusi baru-baru ini mendakwa PN boleh memenangi 33 daripada 36 kerusi pada PRN yang akan diadakan tahun ini

Rafizi berkata, walaupun PKR mencatat prestasi buruk pada PRN Johor, parti itu terus berusaha, memenangi kerusi Parlimen Segamat, Sekijang dan Ledang di sana

“Dalam tempoh enam bulan, kita berjaya menarik pengundi di Johor kembali kepada kita,” katanya.
Beliau juga berkata, di Kedah dan Pulau Pinang, wujud puak-puak degil dalam Pakatan Harapan (PH) yang enggan mengikut formula bersandarkan data untuk membantu parti itu pada PRU15. Halangan seperti itu perlu diatasi, tambahnya

Menurut Rafizi, di Kedah, terdapat lima kerusi DUN dimenangi PKR pada PRU 2018 (PRU14) yang berisiko pada PRN akan datang, iaitu Sidam, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kulim dan Lunas

Menyentuh tentang kekalahan PKR di kubu tradisinya di Pulau Pinang, Permatang Pauh, yang dipegang oleh keluarga Anwar Ibrahim selama beberapa dekad, Rafizi berkata, PAS menang dengan “majoriti tipis”

Pada PRU15, PAS memenangi pertembungan empat penjuru di Permatang Pauh dengan majoriti 5,272, setelah memperoleh 37,638 undi berbanding 32,366 diperoleh PH-PKR dan 16,971 oleh Barisan Nasional. Calon Pejuang hanya memperoleh 473 undi

“‘Tsunami’ ini tidak akan kekal. Sentimen, seperti tsunami, akan surut selepas beberapa ketika. Persoalannya sekarang, berapa cepat ia akan surut?”

FMT  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/01/rafizi-seperti-terdesak-seolah-buntu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Buntu Pakar Ekonomi Utar Jangkakan Kenaikan Barangan Makanan Melonjak 10

Rafizi Buntu Pakar Ekonomi Utar Jangkakan Kenaikan Barangan Makanan Melonjak 10

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 190 hits
Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjangkakan harga barangan dan makanan akan melonjak sehingga 10 peratus pada 2023 berdasarkan kepada unjuran kadar inflasi yang dijangka meningkat kepada enam ...
Dia Punya Bebal Tiada Sempadan Sampai Bila Org Melayu Pemikiran Kolot

Dia Punya Bebal Tiada Sempadan Sampai Bila Org Melayu Pemikiran Kolot

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 206 hits
Normn RadzuanDia punya bebal tiada sempadanSAMPAI BILA ORG MELAYU PEMIKIRAN KOLOTSaya tidak pasti mahu menegur secara intelektual atau downgrade penulisan utk puak2 mereka ini faham bahawa bebal itu suatu yg patut dijauhi Nak sinis biarlah ...
Kacukan Serani Melayu Comel Zaelynn Rosa Sekejap Dah Besar Anak Eizlan Yusof

Kacukan Serani Melayu Comel Zaelynn Rosa Sekejap Dah Besar Anak Eizlan Yusof

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 155 hits
Sekejap masa berlalu video terbaru anak keempat Dato Seri Eizlan Yusof Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai Bila jarang jarang kongsi tahu tahu dah besar si comel ini Bulan April depan genaplah dua tahun usianya Zaelynn Rosa adalah an...
Tawan Selangor Pas Tak Cakap Kosong 33 Kerusi Dun Pengundi Melayu

Tawan Selangor Pas Tak Cakap Kosong 33 Kerusi Dun Pengundi Melayu

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 154 hits
agendaily com18 01 2023PAS tidak bercakap kosong apabila meletakkan keyakinan Perikatan Nasional mampu membuat kejutan dengan merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi ...
Kampung Melayu Lenyap Apa Motif Dap Bawa Pakar Singapura Masuk Kpkt

Kampung Melayu Lenyap Apa Motif Dap Bawa Pakar Singapura Masuk Kpkt

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 133 hits
agendaily com21 01 2023Kerajaan DAP Pulau Pinang kerap meminta nasihat Parti Tindakan Rakyat Singapura bagi melaksanakan perancangan pecah dan perintah di negeri itu dakwa Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim Bekas ahli M...
Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 157 hits
blogtunm blogspot com Tun M Benarkah kita TUAN Apabila kita miskinApabila kita bekerja dengan majikanKita tuankah Atau majikan kita tuan Kalau kita nak jadi tuan kitalah yang jadi majikanTetapi hari ini kita bukan majikanMungkinkah kita jad...
Senarai Lagu Melayu Januari 2023

Senarai Lagu Melayu Januari 2023

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 256 hits
Senarai Lagu Melayu Januari 2023Senarai Lagu Melayu Januari 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Disember 2022 Untuk bulan Disember ini pelbagai lagu melayu baru yang ...
Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 358 hits
malaysiakini comUmno sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain apabila parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu kata ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah Sambil menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang seda...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024