Rafizi Buntu Pakar Ekonomi Utar Jangkakan Kenaikan Barangan Makanan Melonjak 10




Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjangkakan harga barangan dan makanan akan melonjak sehingga 10 peratus pada 2023 berdasarkan kepada unjuran kadar inflasi yang dijangka meningkat kepada enam hingga tujuh peratus

Ini kerana, menurut data Jabatan Perangkaan, harga makanan dan minuman pada November meningkat pada kadar 7.3 peratus berbanding 7.1 peratus bulan sebelumnya, dengan kadar inflasi pada empat peratus disebabkan kenaikan harga makanan terutama berasaskan ayam dan tepung

Bank Negara Malaysia (BNM) pula memaklumkan, inflasi dijangka kekal tinggi 2023 berikutan tekanan permintaan dan kos, harga komoditi global akibat konflik di Ukraine dan gangguan bekalan berlarutan yang ketika ini ditangani oleh kawalan harga dan subsidi

Sementara, Kementerian Ekonomi diterajui Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pula hanya berjanji untuk membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara untuk menyuntik keanjalan harga dan bekalan sebagai salah satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.
Tidak ada apa yang dirancang Rafizi untuk membantu rakyat yang bakal berdepan masalah ekonomi tahun ini, sebaliknya dia hanya meminta rakyat tidak membeli barang jika mahal, termasuk mengurangkan makan ayam.
Namun, jika harga barang dan inflasi terus meningkat, ia akan memberi kesan besar kepada pengguna terutama golongan B40 yang mempunyai pendapatan kurang RM2,000 sebulan

Dr Barjoyai menjelaskan, kuasa membeli pengguna dijangka semakin berkurangan dan ia perlu dita­ngani segera kerana ia memaksa pengguna kurang ber­belanja yang akan memperlahankan per­tumbuhan ekonomi

Menurut beliau, ia boleh ditangani dengan memperkenalkan bantuan kewangan kepada golongan yang terkesan sebagai langkah jangka pendek menghadapi peningkatan harga dan inflasi

“Apabila harga barang meningkat, pengguna tidak mampu lagi nak beli barang dengan harga yang sama. Jadi, kerajaan perlu memastikan pengguna terutama yang berpendapatan kurang RM2,000 ada cukup makanan atas meja mereka

“Kerajaan perlu memikirkan soal perlindungan sosial, contohnya, memperkenalkan skim tambahan pendapatan dengan bantuan antara RM100 hingga ke RM1,000 misalnya dengan peruntukan lebih RM50 bilion. Ini boleh menampung pendapatan pengguna,” katanya menurut Mingguan Malaysia hari ini (1 Januari 2023)

Katanya, peruntukan itu juga amat penting kerana kenaikan inflasi akan menyebabkan kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lebih tinggi pada masa akan datang

“Pada 2019, kadar OPR adalah 3.5 peratus. Ketika ini kadar OPR pada 2.75 dan dianggarkan ia akan dinaikkan sehingga 3.25 peratus. Ini akan menjadi beban kepada peminjam terutama yang membuat pembiayaan konvensional akan berubah manakala permintaan kereta dan rumah akan menurun malah bayaran ansuran akan berkurangan,” katanya

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya pengguna tidak terjejas teruk dengan kenaikan harga dan inflasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang

“Ini kerajaan baharu tetapi mereka perlu segera melaksanakan dasar. Walaupun mereka perlukan masa untuk mengkaji, kerajaan perlu mempunyai matlamat jangka pendek untuk tangani isu ini dengan segera

“Matlamat jangka pendek adalah menstabilkan harga dan memastikan barang sentiasa ada di pasaran. Matlamat jangka sederhana pula adalah menurunkan harga manakala matlamat jangka panjang adalah meningkatkan pendapatan pengguna, itu paling penting

“Kalau kawal harga tapi pendapatan tak meningkat, pengguna akan kecewa kerana tak ada apa-apa perubahan terhadap kos sara hidupnya,” katanya

-Agendadaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/01/rafizi-buntu-pakar-ekonomi-utar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Profesor Ekonomi Terus Sekolahkan Rafizi Isu Kurangkan Makan Ayam

Profesor Ekonomi Terus Sekolahkan Rafizi Isu Kurangkan Makan Ayam

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 185 hits
Bekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai peranan pengguna menghalang kenaikan harga barang Ahli ekonomi terus mempersoalkan syor dibuat Ment...
Johari Ganti Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Untuk Kebaikan Kerajaan Ph

Johari Ganti Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Untuk Kebaikan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 134 hits
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menggesa perdana menteri menggantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai angkuh dan tidak kompeten Menurutnya kerajaan harus menumpukan usaha membantu rakyat tanpa m...
Gariskan Rancangan Untuk Ekonomi Badan Pemikir Beritahu Rafizi

Gariskan Rancangan Untuk Ekonomi Badan Pemikir Beritahu Rafizi

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 86 hits
Sebuah badan pemikir menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli menggariskan rancangannya untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi ekonomi Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata beliau bersetuju denga...
Pakar Penurunan Tanah Di Semarang 30 Kali Lebih Besar Dibanding Kenaikan Air Laut

Pakar Penurunan Tanah Di Semarang 30 Kali Lebih Besar Dibanding Kenaikan Air Laut

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 123 hits
Dosen Teknik Geodesi Fakultas Teknik Universitas Gadjah Mada Heri Sutanta menjelaskan bahwa penurunan muka tanah yang terus terjadi di Semarang Jawa Tengah dan Jakarta disebabkan penggunaan air tanah yang melebihi kapasitas
Nak Beli Barang Dari Indonesia Tolong Beli Mudahkan Urusan Anda Bagi Memiliki Barangan Tersebut

Nak Beli Barang Dari Indonesia Tolong Beli Mudahkan Urusan Anda Bagi Memiliki Barangan Tersebut

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 247 hits
Beli barang dari Indonesia kini boleh membeli belah secara online menerusi platform Shopee Indonesia Bukalapak dan juga Tokopedia Saya percaya mesti ramai terpengaruh dengan produk viral bagi mendapatkan barangan dari seberang Cuma itulah k...
Senarai Barangan Hadiah Pada Musim Cuti Ini Dengan Wiko

Senarai Barangan Hadiah Pada Musim Cuti Ini Dengan Wiko

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 308 hits
Musim cuti akhirnya tiba bermakna sudah tiba masanya untuk mengosongkan dompet dan akaun anda untuk memberkati orang yang anda sayangi dengan hadiah Tekanan terbesar yang perlu dihadapi pada masa ini ialah kerumitan memilih hadiah yang sesu...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik