Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin


malaysiakini.com
N S Ramli
Diterbitkan: Jan 14, 2023 
Umno sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain apabila parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu, kata ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah.

Sambil menyifatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung ketika ini sebagai 'kelam-kabut', Saifuddin turut berpendapat ucapan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan ketika merasmikan perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada Rabu lalu sebagai memalukan.

"Saya lihat PAU kali ini agak kelam kabut, ia bermula dengan menuduh 10 orang ahli parlimen (Umno) sebagai pengkhianat, tetapi tidak pula disoal mengapa sebelum PRU15 (pilihan raya umum ke-15) ada perjanjian sulit antara Datuk Seri Najib (Razak), Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya fikir itu persoalan yang perlu dijawab.

"Dan saya rasa ahli Umno tentu terkilan dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) yang mengatakan sekian lama Umno berjuang, tetapi sokongan orang Melayu semakin berkurangan.

"Sebenarnya sokongan orang Melayu semakin berkurangan bukan sebab orang lain dan tak ada kena mengena dengan DAP. Itu adalah kerana kelemahan Umno sendiri, amat memalukanlah apabila timbalan presiden Umno merasa dah tak boleh berjuang untuk orang Melayu," katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

Mohamad dalam ucapannya Rabu lalu berkata, kehilangan undi Melayu dan tiadanya undi bukan Melayu adalah ‘resipi’ kematian Umno.
Katanya, dengan pendirian yang diambil Umno dalam menyokong penubuhan kerajaan perpaduan mungkin membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu membina semula keyakinan kepada Umno.

"Sokongan masyarakat bukan Melayu merosot dengan amat drastik semenjak beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Sehingga dalam keadaan tertentu, kita tewas, kerana tidak mampu mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka," kata Mohamad lagi.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Indera Mahkota bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan hal dalaman Umno kerana dia bukan ahli parti berkenaan.

Dia turut menegaskan situasi yang berlaku dalam Umno sebagai kritikal dan masalah sama boleh berlaku kepada Bersatu jika pimpinan parti terbabit tidak mengambil iktibar.

"Kami melihat apa yang berlaku di WTC dengan kritikal, sebab apa yang berlaku dalam Umno (sekarang) kalau kami tak jaga pun boleh berlaku frkat kami juga, jadi kami bukan bersorak dengan apa yang berlaku di WTC ketika ini," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai pergolakan politik di Sabah baru-baru ini, Saifuddin berkata ia membuktikan pihak berkenaan masih belum dapat menerima keputusan PRU15.

"Kami dah reda jadi pembangkang, kami nak lihat ketenangan politik wujud, tapi apa yang berlaku di Sabah, siapa yang belum move on?

"Nampaknya orang yang selama ini kata move on (tapi) dia tak 'move on'. Kami dah move on, kami dah declare kami ini pembangkang," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/jangan-salahkan-orang-lain-bila-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comSokongan orang Melayu terhadap Umno tetap merosot meskipun berpuluh tahun parti itu bertentangan dengan DAP kata Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerjasama parti itu dengan DAP dan sekali gus PH adalah bag...
Umno Bn Tarik Balik Sokongan Kepada Hajiji Umum Bung Moktar

Umno Bn Tarik Balik Sokongan Kepada Hajiji Umum Bung Moktar

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 174 hits
Umno BN tarik balik sokongan kepada Hajiji umum Bung Moktar Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jan 2023 10
Bung Umum Umno Sabah Tarik Sokongan 5 Adun Bn Berdepan Tindakan Disiplin

Bung Umum Umno Sabah Tarik Sokongan 5 Adun Bn Berdepan Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 288 hits
Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah keputusan parti maka mana mana ADUN BN UMNO yang tidak menyokong tindakan itu dikenakan tindakan tegas Barisan...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 274 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 224 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 1 30 PMPerwakilan Umno Johor Pandak Ahmad berkata jika dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan perkara sama harus berlaku di peringkat bahagian dan cawangan KUALA LUMPUR Perwakilan Johor tidak berse...
Jangan Layan Dia Sebab Rakyat Dah Tolak Sampai Hilang Deposit

Jangan Layan Dia Sebab Rakyat Dah Tolak Sampai Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 161 hits
Steady la my PM DS Anwar enggan melanjutkan permusuhan dengan Mahathir Tapi dalam masa yang sama enggan juga melayan komentar atau ulasan dari orang tua itu yang bagi beliau tidak lagi relevan Itu langkah terbaik Memang pun komen Mahathir s...
Zahid Dah Hilang Kawalan Atas Umno Kata Penganalisis

Zahid Dah Hilang Kawalan Atas Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 232 hits
freemalaysiatoday com January 7 2023 7 30 AMKelayakan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dilihat menjadi taruhan ekoran keputusan Bung Moktar Radin menarik balik sokongan kepada Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah PETALING JAYA Presiden Umno...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Latihan Bola Jaring Antara Semangat Dan Realiti Usia 40 An


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya