Kampung Melayu Lenyap Apa Motif Dap Bawa Pakar Singapura Masuk Kpkt


agendaily.com21/01/2023
Kerajaan DAP Pulau Pinang kerap meminta nasihat Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura bagi melaksanakan perancangan 'pecah dan perintah' di negeri itu, dakwa Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.
Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim membidas Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming kerana terlalu ‘ghairah’ dalam mendapatkan nasihat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura bagi melaksanakan projek perumahan mampu milik di Malaysia.

Mengimbas kembali sejak kali pertama menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, beliau mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang kerap meminta nasihat Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura bagi melaksanakan perancangan ‘pecah dan perintah’ di negeri itu.

Menceritakan pengalamannya ketika menjadi ahli MPPP, Iszuree melihat bahawa “semua perkampungan Melayu telah terhapus sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 dan digantikan dengan kondominium”.

“Salah satu sebab saya dipecat sebagai Ahli MPPP 26 September 2014 adalah kerana saya menyuarakan bantahan, kebimbangan nasib kampung warisan makin ranap sebaik DAP mendapat kuasa selepas PRU-13. Saya sebutkan dalam ucapan saya di Muktamar PAS di Batu Pahat Johor 2014.

“Kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB Singapura masuk. Apa akan jadi dengan Tanah Rizab Melayu di Tanah Melayu?” soal Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang itu.

18 Januari lalu, Kor Ming mengumumkan kerajaan PH-BN akan menerima bantuan pakar HDB dari Singapura iuntuk berkongsi pengalaman mereka dalam pembangunan perumahan di negara republik itu dengan KPKT.

“Pakar-pakar HDB akan masuk ke KPKT mungkin bulan depan untuk berkongsi pengalaman kejayaan mereka,” kata Kor Ming.

Dalam pasa itu, Iszuree melahirkan kebimbangan sekiranya keadaan sekarang berterusan untuk 10 hingga 20 tahun lagi, Kampung Warisan Melayu di pinggir Pulau Pinang akan menjadi seperti di Geylang Serai (di Singapura).

“Di Penang sebelah pulau, SPS (Seberang Perai Selatan) dan SPT (Seberang Perai Tengah) sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti,” katanya menerusi Facebook beliau.

Beliau mengingatkan bahawa agenda DAP adalah membina terowong atau jambatan ke tiga dengan menghala dari George Town terus ke Seberang Perai Utara di mana terletaknya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugur.

Beliau menjelaskan bahawa perkampungan Melayu di dua kawasan Parlimen itu bakal diranapkan, namun agak susah kerana kedua-duanya kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan anak muda supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang, sekiranya DAP terus memerintah.

“Penyelamatnya adalah ‘gelombang tsunami hijau’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Gelombang hijau harus menjadi realiti dan menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/kampung-melayu-lenyap-apa-motif-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Kedah Sokong Pakar Singapura Dibawa Masuk Kpkt Pertahan Menteri Dap

Amanah Kedah Sokong Pakar Singapura Dibawa Masuk Kpkt Pertahan Menteri Dap

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 259 hits
agendaily com26 01 2023Parti Amanah Kedah mempertahankan menteri DAP Langkah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang mahu membawa masuk pakar dari Singapura disokong Parti Amanah Kedah Pengerusi Amanah negeri Dr Ismail Sal...
Nga Kor Ming Umum Berita Baik Pakar Dari Singapura Sertai Kpkt Bulan Depan

Nga Kor Ming Umum Berita Baik Pakar Dari Singapura Sertai Kpkt Bulan Depan

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 291 hits
Nga Kor Ming dalam wawancara dengan Astro Awani Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kata Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempat...
Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 266 hits
malaysiakini comSokongan orang Melayu terhadap Umno tetap merosot meskipun berpuluh tahun parti itu bertentangan dengan DAP kata Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerjasama parti itu dengan DAP dan sekali gus PH adalah bag...
Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas

Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 258 hits
Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas Telah tular satu rakaman video seorang pelajar telah membawa seokor udang yang cukup besar Video tersebut telah mendapat perhatian dari warganet Mengikut sumber secara umum bahawa vid...
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 450 hits
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu Hari ini hakak berkesempatan untuk menyertai Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Terengganu Terengganu cukup terkenal dengan produ...
Hiburan Tular Video Pel Cur Dihantar Ke Kapal Pekerja Offshore Netizen Tak Sangka Balik Rumah Bawa Penyakit

Hiburan Tular Video Pel Cur Dihantar Ke Kapal Pekerja Offshore Netizen Tak Sangka Balik Rumah Bawa Penyakit

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 484 hits
Satu perkongsian di media sosial dan TikTok baru baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di mana sebuah video menunjukkan beberapa orang wanita dipercayai pelacur dibawa naik ke kapal pekerja offshore Dalam video itu se...
Madame Pang Berminat Bawa Stuart Wilkin Dan Darren Lok Ke Liga Thailand

Madame Pang Berminat Bawa Stuart Wilkin Dan Darren Lok Ke Liga Thailand

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 498 hits
Wilkin Darren Lok pikat pasukan Liga Utama Thailand Madam Pang idam Stuart Wilkin dan Darren Lok di Port FC PENGERUSI kelab Port FC Nualphan Lamsam mengidamkan tonggak tengah Harimau Malaya Stuart Wilkin untuk beraksi bersama kelabnya di Th...
Dah Hujung Hujung Peritnya Rasa Bawa Perut Datin Shahida Tunggu Masa Bersalin

Dah Hujung Hujung Peritnya Rasa Bawa Perut Datin Shahida Tunggu Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 221 hits
Fasa kehamilan bagi setiap ibu adalah pengalaman yang menyeronokkan Bermula saat mengetahui diri berbadan dua perubahan hormon alahan perut membesar hinggalah kepada tendangan kecil dan pergerakan aktif bayi Bagaimanapun tidak semua wanita ...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Dalam Hal Apa Kita Menghabiskan Umur

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa