Rafizi Nafi Ugut Azam Baki Hanya Mahu Sprm Bebas Campur Tangan



Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.
(Berita Harian) – Timbalan Presiden PKR itu sebaliknya menyifatkan, kenyataan berkenaan adalah ‘political soundbytes’ atau ‘news byte’.
Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, maksud sebenar kenyataan dilontarkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu adalah supaya kerajaan baharu memberi keutamaan untuk memastikan SPRM bebas daripada sebarang campur tangan.
“Keutamaan kita adalah untuk memastikan semuanya (agensi) bebas dan mematuhi perundangan. Justeru, bukan setakat Azam, sesiapa sahaja termasuk saya perlu berhati-hati mengenai tindakan masing-masing.
“Ini kerana, kita berharap tiada lagi campur tangan dan semuanya (agensi) bebas, selain elemen semak dan imbang dapat berjalan dengan baik serta semua pihak mengikut jalur yang benar.
“Undang-undang dapat dikuatkuasakan secara sendirinya, jika ia benar-benar bebas (daripada campur tangan) dan ini adalah peringatan untuk semua,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di Kementerian Ekonomi dekat Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi menerusi kempen PRU15 dilapor membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Azam susulan dakwaannya berhubung serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.
“Esok kita jumpa di mahkamah, lusa satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam, insya-Allah. Saya tahu Azam tengok ini! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya.
Azam pada 16 November lalu, dilapor sebaliknya menjelaskan, kehadiran empat pegawai SPRM di Invoke Solutions Sdn Bhd itu bukanlah serbuan sebaliknya ia adalah prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset diumumkan Rafizi, sebelum ini.
SPRM sebelum ini memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung pengisytiharan harta Rafizi selepas laporan dilakukan pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara itu.
Pada 2 November lalu, Rafizi mengisytihar harta mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon bertanding pada PRU15, berbuat demikian, dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/05/rafizi-nafi-ugut-azam-baki-hanya-mahu-sprm-bebas-campur-tangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Cari Azam Baki Bukan Itu Yang Saya Maksudkan

Rafizi Cari Azam Baki Bukan Itu Yang Saya Maksudkan

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 140 hits
MalaysiakiniMenteri hal ehwal ekonomi yang baru dilantik Rafizi Ramli hari ini menafikan dia mengugut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam kenyataannya sebelum ini Ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu semasa sidang media pertamany...
Now Rafizi Denies Threatening Macc S Azam Baki Suggests Remark Misinterpreted

Now Rafizi Denies Threatening Macc S Azam Baki Suggests Remark Misinterpreted

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 107 hits
Rafizi speaks during a press conference at PKR 8217 s headquarters in Petaling Jaya on Nov 1 2022 8212 Malay Mail photo KUALA LUMPUR PKR deputy president Rafizi Ramli today suggested the assertion that he would go after the Malaysian Anti C
Khairuddin Sangat Curiga Integriti Azam Baki Sprm

Khairuddin Sangat Curiga Integriti Azam Baki Sprm

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 257 hits
Azam kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana mana kerajaan masa ini yang memerintah negara Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa sahaja yang menjadi tokoh pemimpin kini dan sentiasa cuba melindungi seseorang tokoh ke...
Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

Zahid Hamidi Dedah Agong Campur Tangan Dalam Pembentukan Kerajaan Minoriti Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 287 hits
Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional Ahmad Zahid Hamidi 1 Alhamdulillah kemelut p...
Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 200 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 9 Disember 2022 1 SPRM fokus siasat RM92 5 bilion dana k jaan urus Covid 19 2 Ahmad Maslan sahkan pemecatan Annuar Musa 2 pemimpin wanita 3 Saya pula mimpi rumah kita ada api dalam sekam Isham Jalil 4 Rosmah cum...
Rafizi Hilang Taring Yang Tinggal Hanya Gusi

Rafizi Hilang Taring Yang Tinggal Hanya Gusi

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 109 hits
Kalau untuk kebenaran dan kebaikan GUSI pun perlu di asah untuk tajamkan kembali Gigi dan taring bertaburan apabila kini SEMEJA sepentas dengan Zahid HAMIDI Menteri pertahanan dan Menteri Kewangan Calon Timbalan Presiden yang di kalahkan ny...
Hanya Kongsi Video Makan Sushi Wanita Akui Trauma Dapat Komen Menjijikkan

Hanya Kongsi Video Makan Sushi Wanita Akui Trauma Dapat Komen Menjijikkan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 125 hits
Bukan menjadi perkara pelik apabila seseorang itu merakam video dirinya sedang menikmati makanan mungkin sekadar mahu berkongsi aktiviti harian dilakukan kepada pengikut di media sosial Namun situasi berbeza dihadapi oleh wanita ini apabila...
Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan Hana Ismail Terima Da I Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan Hana Ismail Terima Da I Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 360 hits
Pendakwah bebas Da 8217 i Syed telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pengacara TV Hana Ismail dengan sekali lafaz Menceritakan tentang perkenalan mereka Hana berkata mereka hanya berkenalan selama sebulan lebih sebelu...
Orang Melayu Perlu Tinggalkan Parti Yang Hanya Pentingkan Diri Sendiri

Orang Melayu Perlu Tinggalkan Parti Yang Hanya Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 131 hits
agendaily com25 11 2022UMNO bersetuju bersama DAP Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilantik selepas berhari hari menunggu Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 banyak yang dipelajari...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri