Radio Dan Tv Malaysia Kurang Minat Siar Lagu Nasyid



Oleh Muhammed Yusuf
Sumber Asal: https://www.utusan.com.my/rencana/2020/08/radio-tv-kurang-minat-siar-lagu-nasyid/
Datuk Seri Dr. Zulkifli ingin melihat industri itu kembali gemilang Pada Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberi harapan baharu kepada para penggiat industri nasyid tanah air. Beliau ingin melihat industri itu kembali gemilang seperti penghujung 1990-an serta mahukan pengiktirafan berprestij kembali diadakan.Saya berpendapat, dalam mencapai hasrat murni ini, ada beberapa aspek lain yang perlu diteliti dan diberi perhatian sewajarnya terutama kepada pihak-pihak yang terlibat. Antaranya, penggiat lagu nasyid harus lebih kreatif dalam menghasilkan karya mereka sama ada berkaitan lirik berkualiti dan irama serta rentak bersesuaian dengan peredaran masa. Ini termasuk mengambil kira faktor minat semasa para pendengar nasyid dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Hal ini kerana para pendengar adalah penentu utama kepada penerimaan lagu-lagu sedemikian. Jika lagu nasyid diterima baik oleh masyarakat, maka sudah tentu popularitinya juga meningkat dan bertambah.

Bagaimanapun, dalam keghairahan untuk memperkasakan nasyid, aspek identiti lagu jangan pula diabaikan. Ia sering diperkatakan terutama dengan kemunculan lagu-lagu nasyid kontemporari yang membawa lirik dan irama yang jauh bezanya dengan lagu nasyid sebelumnya. Tambahan pula lambakan lagu-lagu ketuhanan juga menambahkan lagi kekeliruan sedia ada sehinggakan pendengar sukar untuk membezakan antara lagu nasyid dan bukan nasyid.

Ada berpandangan, nasyid pada hari ini mengalami kekeliruan identiti dan sudah hilang nilai jati diri. Untuk menjawab isu ini, kita hendaklah memahami nasyid dalam konteks identiti yang mampu membezakannya dengan lagu-lagu lain. Nasyid boleh difahami bukan sekadar lagu, bahkan menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan individu atau kumpulan. Ia bukan sekadar menghiburkan tetapi memberi mesej yang berunsurkan pengajaran.

Dapatlah difahami nilai sebenar identiti lagu nasyid bukan hanya dinilai pada keelokan liriknya semata-mata, malah jauh daripada itu dengan mengambil kira siapa penyampainya. Hal ini kerana dakwah yang disampaikan melalui seni muzik akan lebih berkesan jika dinyanyikan oleh orang yang mempunyai akhlak dan penampilan imej yang baik.

Selain itu, pengamal media juga harus memberi sokongan penuh kepada perkembangan industri nasyid tanah air. Berdasarkan kajian, antara media penyiaran khususnya stesen radio yang serius memperjuangkan artis dan lagu nasyid adalah Radio IKIM. Ini terbukti sejak penubuhannya pada 6 Julai 2001, banyak lagu nasyid telah ke udara sepanjang siarannya pada setiap hari. Dalam Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terdapat satu rancangan khas iaitu Carta Nasyid IKIM yang mula diperkenalkan pada Oktober 2002 sehingga kini. Ia menjadi medium utama kepada industri nasyid tanah air khususnya dalam memberi pendedahan kepada para pendengar mengenai artis nasyid dan secara tidak langsung bertindak sebagai medan promosi.
Peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pengamal media ialah mengulang siar lagu-lagu nasyid terutama melalui media elektronik iaitu radio dan televisyen. Kaedah pengulangan ini bukan sahaja menjadikan lagu nasyid lebih diminati malah boleh mempengaruhi minda serta perwatakan seseorang.

Selain itu, kreativiti yang tinggi juga dituntut dalam kalangan pengamal media. Sebagai contoh, rancangan yang berorientasikan artis dan lagu nasyid perlu divariasikan. Dengan kepelbagaian rancangan nasyid di radio, televisyen serta sentiasa mendapat liputan perkembangan industri nasyid semasa daripada media cetak, diharap dapat merancakkan lagi usaha murni ini.

Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat dalam membangunkan semula industri nasyid tanah air amat diharapkan terutama kepada pengamal-pengamal media. Mereka seharusnya bertindak sebagai medan untuk mempromosikan lagu nasyid untuk lebih maju jauh ke hadapan dan menjadikannya popular serta mampu bersaing dengan pelbagai bentuk genre muzik semasa.

- PENULIS ialah Pensyarah Kanan dan Penyelidik di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://news.islamictunes.net/2020/09/radio-dan-tv-malaysia-kurang-minat-siar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sulung Bakal Lahir Tak Lama Lagi Fattah Amin Hadiahkan Lagu Nasyid

Anak Sulung Bakal Lahir Tak Lama Lagi Fattah Amin Hadiahkan Lagu Nasyid

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 649 hits
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin baru baru ini telah melancarkan single terbaru berunsur Islamik berjudul Kiriman Agung dan lagu tersebut adalah istimewa untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi source
Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 462 hits
Kemunculan komposer Yonnyboii menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dalam program Immortal Song Malaysia baru baru ini telah mendapat pujian melambung daripada netizen di luar sana Mana tidaknya pembawaan lagu lama nyanyian M Nasir dalam naf...
Lagu Paling Popular Tahun 1999 Di Malaysia

Lagu Paling Popular Tahun 1999 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 1082 hits
GALAKSI VIRAL Tahun 1999 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu Penulis Lirik Popular pula jatuh k...
Papan Tanda Mekdi Di 16 Restoran Mcdonald S Pilihan Rakyat Malaysia

Papan Tanda Mekdi Di 16 Restoran Mcdonald S Pilihan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 728 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Sekarang ni kita masih rancak dalam bulan Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia Macam macam caralah rakyat Malaysia nak menzahirkan rasa ...
Who Iktiraf Sistem Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham

Who Iktiraf Sistem Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 566 hits
30 total views 30 views today KUALA LUMPUR Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdul...
Jendela Fasa 2 Merancang Liputan 4g 100 Di Malaysia Kelajuan Mudah Alih Mencapai 100mbps

Jendela Fasa 2 Merancang Liputan 4g 100 Di Malaysia Kelajuan Mudah Alih Mencapai 100mbps

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 429 hits
Kerajaan sebelum ini telah berkongsi berkenaan inisiatif Jalinan Digital Negara dalam usaha meningkatkan kadar kesalinghubungan rangkaian digital di Malaysia Selari dengannya melalui fasa pertama ia sedia diumumkan rangkaian 3G akan ditamat...
Sekolah Seni Malaysia 2021 Cara Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni

Sekolah Seni Malaysia 2021 Cara Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 835 hits
SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021 CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia untuk sesi 2021 telah dibuka TARIKH BUKA PE...
Celebrate Malaysia Day With Inspirational Malaysian Talent And Tales On Hbo Go

Celebrate Malaysia Day With Inspirational Malaysian Talent And Tales On Hbo Go

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 400 hits
Now you can get your fill of inspirational talent characters and stories on HBO GO this Malaysia Day Don t miss moving tales of laughter love and resilience starting with Malaysian actors taking centre stage to amuse and inspire Malaysian t...
Mcdonald S Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Mekdi Ke Seluruh Negara

Mcdonald S Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Mekdi Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 1078 hits
McDonald s Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik MEKDI Ke Seluruh NegaraMcDonald s Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik MEKDI Ke Seluruh Negara Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Masih ingat tak papan tanda Mekdi dekat McDonald s Bukit Bintang tah...
Web 777 Top 17 By Natisha Punpro777 Biz 23 25

Why No Greater Inclusion In Post Umno Malaysia

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Webinar Tamo Edu Dalam Talian Siri 03 2025 Sempena Sambutan Hari Pembantu

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Akaun Bank Dibekukan Jangan Panik Ini Cara Buka Semula Akaun Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hantu Influencer Balik Kampung

Akhirnya Pokok Sepit Udang Telah Berbunga

Kopratasa Feat Adiwangsa Sukma Menuju Tengah Malam Chord

Satu Band Feat Man Progressive Raya Tak Berteman Chord

50 Menu Open House Raya Menu Bajet Ringkas Rare Jamuan Office

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles