McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh NegaraMcDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih ingat tak papan tanda "Mekdi" dekat McDonald's Bukit Bintang tahun lepas? Haaa.. tahun ini Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia sekali lagi membawakan kepada anda papan tanda Mekdi bukan sahaja di Bukit Bintang malah di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang.
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh NegaraPapan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk "McD", singkatan bagi McDonald's - telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya, dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara. Apa yang lebih menarik, kesemua 16 restoran itu dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia, yang diberi peluang mengundi restoran McDonald's yang akan memaparkan papan tanda Mekdi. Berikut adalah 16 restoran McDonald's terpilih tersebut :
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh NegaraTahun ini, McDonald's Malaysia ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi. Papan tanda hanya untuk masa terhad sahaja, jadi anda jangan lepaskan peluang untuk merakamkan memori bersama papan tanda Mekdi.
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh NegaraMcDonald's juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula. Momi jamin semuanya memang sedap!
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh NegaraUntuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, sila layari laman web rasmi McDonald's Malaysia. Selamat mencuba, Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |