Lagu Paling Popular Tahun 1999 Di Malaysia


GALAKSI VIRAL - Tahun 1999 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri. Tahun ini juga menyaksikan muzik Pop mula kembali menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1999 di Malaysia.




TOP 12LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1999

01. KAU KEKASIHKU

Artis : Siti NurhalizaKomposer : Ajai Penulis Lirik : Alam MayaAlbum : PancawarnaTahun : 7 Mei 1999Catatan : Lagu fenomena ini sememangnya amat popular apabila menjuarai Senarai Lagu 100 Terhebat ERA tahun 1999 dan berada di kedudukan ketiga untuk tahun seterusnya untuk carta yang sama. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 2000 selama 13 minggu dan berada di dalam carta selama 26 minggu. Lagu ini juga berjaya memenangi lagu terbaik kategori Balada di AJL 2000. 


02. CINTA SAKTI

Artis : Def Gab CKomposer : M.NasirPenulis Lirik : LoloqAlbum : SkalaTahun : 1999Catatan : Lagu ini adalah lagu Rock paling popular pada tahun 1999. Lagu ini berjaya menjadi juara Carta Mingguan ERA selama 7 minggu dan berada di kedudukan kedua untuk Senarai Lagu 100 Terhebat ERA tahun 1999. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik untuk kategori Pop Rock pada tahun 2000. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Senario dengan menggunakan judul Cinta Satay pada tahun 2000. 


03. SYURGA DI HATI KITA 

Artis :  Ziana ZainKomposer : LYPenulis Lirik : BaiduriAlbum : Ziana ZainTahun : 1999Catatan : Lagu ini dikatakan lagu paling indah pada tahun 1999 kerana melodi lagunya yang sentimental dan liriknya menyentuh jiwa. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA selama beberapa minggu dan berada di dalam Senarai Lagu Carta Lagu 100 Terhebat ERA selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1999 dan 2000. Lagu ini mencipta rekod tersendiri apabila menjuarai Carta Muzik Muzik selama 12 minggu dan berada di dalam carta selama 22 minggu. Seain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir AJL 1999 untuk kategori Balada. 



04. HATI KAMA

Artis : Siti Nurhaliza & Noraniza Idris Komposer : Pak NgahPenulis Lirik : Hairul Anuar HarunAlbum : Seri BalasTahun : 1999Catatan : Lagu ini diibaratkan seperti lagu duet Mariah Carey & Whitney Houston versi Irama Malaysia kerana mengabungkan dua nama besar di dalam muzik Tradisional di dalam satu lagu yang hebat. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan Era selama beberapa minggu dan kerap diputarkan di radio pada tahun itu. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.1 selama tiga minggu dan berada di dalam carta selama 34 minggu. Antara kejayaan lain lagu ini ialah memenangi anugerah lagu terbaik  kategori Irama Malaysia di AJL 1999 dan pernah tercalon Top 5 Lagu Terbaik AIM 2000



05. DENGARKANLAH 

Artis : Amy Mastura & GlennKomposer : Helen YapPenulis Lirik : DarwisAlbum : Wow DengarkanlahTahun : 1999Catatan : Video muzik lagu ini sangat kerap dimainkan di stesen tv tempatan terutamanya saluran TV NTV7 dan secara tidak langsung mempopularkan lagi lagu kepada para peminat seni hiburan. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1999/2000 selama 11 minggu dan berada di dalam carta selama 33 minggu. Lagu ini juga pernah memenangi Anugerah Khas Pilihan Warna & Ria Singapura untuk Lagu Hit Carta Ria APM 2001. 


06. SEHIDUP SEMATI


Artis : Juliana Banos & IndigoKomposer : KRUPenulis Lirik : KRUAlbum : Juliana BanosTahun : 1999Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 1999 dan bertahan sangat lama di dalam Carta Mingguan ERA tahun 1999. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Mingguan ERA selama tiga minggu. Kejayaan lagu ini juga menjadikan Juliana Banos sebagai Artis Baru Paling Popular tahun 1999 dan bersaing hebat dengan artis baru yang lain seperti Anis Suraya, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 26 minggu



07. NIAN DI HATI

Artis : Siti Nurhaliza Komposer : Azmeer Penulis Lirik : Azam DungunAlbum : PancawarnaTahun : 7 Mei 1999Catatan : Lagu ini pernah dikatakan lagu sambungan Purnama Merindu. Namun tiada kepastian mengenainya kerana ada info mengatakan lagu sambungan Purnama Merindu ialah lagu Mazleela berjudul Diam Tak Beerti Membisu yang diterbitkan pada tahun 1998. Walaupun begitu, lagu Nian Di Hati sebenarnya adalah salah satu lagu nyanyian Siti Nurhaiza yang sangat kompleks dan liriknya terlalu mendalam. Melodi ini lagu berubah-ubah secara konsisten dan ianya memerlukan teknik nyanyian yang hebat seperti Siti Nurhaliza sahaja yang mampu untuk mencantikkan lagu ini menjadi sempurna. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA 1999 selama enam minggu  dan Carta Muzik Muzik 20000 selama 8 minggu serta beradan dalam carta selama 36 minggu. Lagu ini berjaya ke peringkat Akhir AJL 2000 untuk kategori Balada dan juga pernah tercalon untuk Lagu Terbaik AIM 2000



08. DIKIR RAMBONG

Artis : Kapilla Komposer : Pak Ku KamalPenulis Lirik : Pak Ku KamalAlbum : Dikir RambongTahun : 1999 Catatan :Selepas lagu Dikir Puteri, lagu Dikir Rambong adalah lagu Dikir moden yang paling berjaya di pasaran muzik tempatan. Lagu ini menjadi sangat popular dan ianya pernah menjadi fenomena hebat ketika dipersembahkan secara  langsung oleh kumpulan Kapilla di rancangan televisyen sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 1999. Pada ketika itu, hampir semua rakyat yang menonton rancangan itu teruja mendengar lagu itu kerana penonton di stadium pada masa itu turut menyanyikan lagu itu bersama-sama dengan kumpulan Kapilla. Jadi tidak menghairankanlah jika lagu ini masih popular sehingga kini. 


09. TEMAN

Artis : XPDC Komposer : J.S KevinPenulis Lirik : J.S KevinAlbum : SamuraiTahun : 1999Catatan :Percaturan menjadikan Ali sebagai vokal utama kumpulan XPDC menjadi sangat berjaya apabila lagu Teman meletop di pasaran tempatan. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta ERA selama beberapa minggu dan album ini pernah terjual melebihi 200,000 unit. 


10. ANDAI KAU PERGI

Artis : IndigoKomposer : KRUPenulis Lirik : KRUAlbum : IstimewaTahun : 1998Catatan :Lagu ini sangat popular pada awal tahun 1999 dan pernah dikatakan di antara lagu Record  Of The Year 1999. Lagu ini juga merupakan lagu kumpulan Indigo yang paling popular dan pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Balada serta pernah menjuarai  Carta Mingguan ERA selama beberapa minggu pada tahun 1999. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 25 minggu. 


11. USAH DI TAMBAH BARA TERSIMPAN

Artis : Elly MazleinKomposer : Azmeer Penulis Lirik : Lukhman.SAlbum : Satu PersatuTahun : 1999Catatan :Lagu ini telah berjaya menaikkan nama Elly Mazlein sebagai salah seorang penyanyi Pop wanita yang popular di hujung era 1990 an. Lagu ini juga sangat dikenali dengan lirik lagu Pinggan dan Apa Kata Tetamu Yang Datang. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Balada pada tahun 2000. Album ini juga terjual lebih 50,000 unit pada tahun 1999/2000



12. INGIN BERSAMAMU

Artis : SyafinazKomposer : Aubrey SuwitoPenulis Lirik : Tessh RSAlbum : Ingin BersamamuTahun : 1999Catatan :Kejayaan lagu ini telah berjaya membuatkan nama Syafinaz terkenal sebagai salah seorang penyanyi R&B Malaysia yang popular dengan vokal soprano dan juga sebagai pensyarah vokal ternama di Malaysia. Antara kejayaan Syafinaz melalui album ini ialah beliau telah berjaya menempatkan diri di dalam kategori Top 5 untuk Penyanyi Wanita Popular ABP 1999, Persembahan Vokal Terbaik Wanita di Dalam Album AIM 2000 dan pernah juga memenangi tempat kedua untuk pertandingan Penghibur HMI 1999

-------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ASIAPALING POPULARDI MALAYSIA
MENGHITUNG HARI(INDONESIA)


Artis : Kris DayantiKomposer : Melly GoeslawPenulis Lirik : Melly GoeslawAlbum : Menghitung HariTahun : 1999Catatan :Lagu ini sebenarnya adalah lagu perintis kepada fenomena lagu Indonesia di hujung era 1990 an dan 2000 an di Malaysia. Lagu ini berjaya bersaing hebat dengan lagu tempatan hingga hampir setiap hari  lagu ini diputarkan di seluruh radio tempatan kerana melodi lagu ini yang ringkas tapi indah. Lagu ini juga menjadikan Kris Dayanti sebagai salah seorang Artis Indonesia Paling Berjaya di Malaysia untuk dekad seterusnya. 


------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ANTARABANGSA PALING POPULAR DI MALAYSIA

I WANT IT THAT WAY(AMERIKA SYARIKAT)

Artis : Bacstreet Boys Komposer : Andreas CarlssonPenulis Lirik : Andreas CarlssonAlbum : MillenniumTahun : 12 April 1999 (Single)Catatan :Lagu ini adalah lagu kumpulan Backstreet Boys paling popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Lagu ini pernah menjuarai Carta Harian Radio Hitz FM untuk jangka masa yang agak lama kerana populariti hebat lagu ini. 

GALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://galaksiviral.blogspot.com/2020/09/lagu-paling-popular-tahun-1999-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokemon Paling Popular Di Dunia Edisi Tahun 2020

Pokemon Paling Popular Di Dunia Edisi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 345 hits
GALAKSI VIRAL Satu undian telah dilakukan oleh syarikat produksi Pokemon di Jepun bagi menentukan gelaran Pokemon of the Year Undian dijalankan dari tarikh 14 Februari 2020 sehingga 27 Februari 2020 Hasil undian diumumkan pada Hari Pokemon ...
Ramli Sarip 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Ramli Sarip 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 493 hits
GALAKSI VIRAL Raja Rock Malaysia Singapura atau Papa Rock Malaysia Singapura ini adalah perintis kepada penyanyi solo Rock di Malaysia yang lain untuk berjaya seperti Rahim Maarof Ella Dato Hattan Nash Amy Search dan Dato Awie Beliau adalah...
Dns Maya Umur 18 Hingga 23 Tahun Paling Ramai Mohon

Dns Maya Umur 18 Hingga 23 Tahun Paling Ramai Mohon

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 239 hits
SHAH ALAM 4 SEPT Kelompok umur 18 hingga 23 tahun paling ramai memohon untuk menyertai program Ahli Dewan Negeri Muda Selangor Virtual yang berlangsung pada 3 Oktober ini Pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan Undi 18 Tharma Pillai berk...
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke 50

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke 50

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 397 hits
No Ruj 08 20 07 27 Aug 2020 Embargo Untuk Siaran Segera Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke 50 Duit syiling peringa...
Usia Anak 2 3 Tahun Kena Kawal Bagi Gajet Doktor Kongsi Ini Aktiviti Paling Sesuai Nak Kuatkan Otot Jari Tangan Anak

Usia Anak 2 3 Tahun Kena Kawal Bagi Gajet Doktor Kongsi Ini Aktiviti Paling Sesuai Nak Kuatkan Otot Jari Tangan Anak

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 444 hits
Anak anak dan gajet bagaikan sesuatu yang sinonim pada masa kini Namun penggunaan peranti itu perlulah di kawal sebaiknya oleh ibu bapa Tanpa kawalan penggunaan yang terlampau boleh memudaratkan si kecil tersayang Sebenarnya ada banyak akti...
Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 443 hits
Dalam satu program online baru baru ini mantan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan Mat Tisu dedahkan Kerajaan Pakatan Harapan sememang...
The Most Popular Eco Tourism Destinations In Malaysia

The Most Popular Eco Tourism Destinations In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 368 hits
Pelancongan berkonsepkan alam semulajadi atau ekopelancongan terus mendapat tempat dalam kalangan mnasyarakat la bukan saja mendekatkan pengunjung kepada alam semula jadi malah menjadikan mereka lebih tenang Pada masa sama khazanah di lokas...
Tak Sangka 10 K Drama Popular Ini Sudah Genap Berusia 10 Tahun Pada Tahun 2020

Tak Sangka 10 K Drama Popular Ini Sudah Genap Berusia 10 Tahun Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 356 hits
Kalau anda kira balik rasanya mesti dah lama mula tengok K Drama kan Nescaya kalau anda tengok senarai drama yang dah berusia genap 10 tahun ini pasti anda akan tergamam kerana tak sangka dah lama rupanya anda berkecimpung dalam dunia kandu...
Berkah Bagi Tenaga Honorer Tahun 2021 Siap Siap Diangkat Jadi Pns Kuota Guru Paling Banyak

Berkah Bagi Tenaga Honorer Tahun 2021 Siap Siap Diangkat Jadi Pns Kuota Guru Paling Banyak

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 364 hits
Kabar menggembirakan bagi tenaga honorer Pemerintah umumkan peluang besar khususnya guru honorer diangkat jadi PNS tahun 2021 mendatang Pengabdian para tenaga honorer bertahun tahun nampaknya akan berbuah manis di tahun 2021 mendatang Khusu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally