Putrajaya Akan Dibangun Menjadi Bandar Rekreasi Annuar


fazleensafinaLebih banyak peluang perniagaan, penganjuran aktiviti PUTRAJAYA, 29 Rejab 1442H, Sabtu – Putrajaya akan dibangunkan menjadi Bandar Rekreasi bertaraf antarabangsa, selain dikenali sebagai pusat pentadbiran negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan akan berbincang dengan pihak swasta dan Perbadanan Putrajaya (PPj), untuk memajukan pembangunan Putrajaya untuk 25 tahun akan datang, supaya lebih banyak peluang perniagaan diwujudkan, penganjuran aktiviti serta membuka peluang kepada peniaga dan komuniti setempat, menjana pendapatan.
“Saya telah meminta PPj bukan sahaja melakukan penambahbaikan kepada tarikan pelancongan yang sedia ada, tetapi juga untuk memikirkan tarikan lain serta produk pelancongan yang baharu dan inovatif, agar dapat menarik ramai pengunjung ke Putrajaya,” katanya kepada media selepas program tinjauan mesra ke Anjung Floria, di sini hari ini.
Beliau berkata, Anjung Floria di Presint 4 yang dahulunya merupakan tapak bagi penganjuran Festival Bunga dan Taman Antarabangsa (FLORIA) Diraja Putrajaya, akan dihidupkan sebagai pusat setempat aktiviti rekreasi yang dikenali Pit-Stop@Anjung Floria, yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lengkap dan teratur.
“Ia termasuk tapak ekspo, tapak jualan, nurseri pokok, kampung beca, sewaan basikal, kayak, kawalan jauh (RC), ‘cruise’, bot dan pantai berpasir, di samping kemudahan rehat dan rawat seperti kafe. Usaha ini dapat menyokong ke arah pemantapan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan, serta Bandar Rekreasi,” katanya.
Beliau berkata, tapak ini strategik dari segi kedudukannya yang berhubungan dengan sisiran Tasik Putrajaya, laluan sikal bandar, laluan sikal dan pejalan kaki sisiran tasik, serta laluan ‘cruise’ yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai tempat persinggahan kepada pengunjung, yang menjalankan aktiviti riadah di sekitar Putrajaya.
Katanya, lebih menarik, kawasan ini berlatarbelakangkan panorama tasik Putrajaya dan beberapa binaan ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Saujana.
Annuar berkata, ciri Putrajaya adalah unik kerana ia amat aktif pada hari bekerja dan menjadi sunyi apabila waktu petang, oleh demikian peluang ekonomi perlu diwujudkan dengan memperbanyakan aktiviti, supaya lebih ramai pengunjung menginap semalam dua atau lebih lama di Putrajaya, yang secara tidak langsung akan menggalakkan perbelanjaan dan ini dapat membuka peluang kepada komuniti setempat menjana pendapatan.
Selain itu, beliau berkata, Putrajaya masih tidak ramai penduduk yang kini kurang 100,000 dan pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai orang tinggal di sini, yang sepatutnya antara 200,000 hingga 300,000 penduduk.
“Industri pelancongan ini memerlukan perancangan namun aspek kawalan perlu ada kerana kita tidak mahu konsep Putrajaya terjejas, dan menjadi sibuk seperti bandar-bandar lain. Matlamat kita adalah Putrajaya tidak boleh hanya sebagai pusat pentadbiran, tetapi mesti menjadi satu bandar yang mampan pada masa yang sama ada gaya hidup tersendiri,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan kedutaan negara-negara lain juga boleh dilaksanakan dengan membawa binaan replika ataupun taman-taman mini.
Dalam majlis itu, Annuar juga menanam pokok kayu raja sempena Kempen Menanam Satu Juta Pokok di Wilayah Persekutuan bagi peringkat Putrajaya, yang merupakan salah satu program Cakna Kehijauan di bawah inisiatif Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin, yang juga selaras dengan Program Penghijauan Malaysia.
Lebih 100,000 pokok akan ditanam di Putrajaya bagi menjayakan kempen tersebut, dan selain pokok kayu raja iaitu pokok ikonik Putrajaya dengan jambak bunga kuning berjuntaian, turut ditanam adalah jenis pokok hutan seperti merbau, merawan, pulai dan meranti, serta jenis pokok berbunga seperti semarak api dan tekoma.
Setakat ini, Putrajaya yang dibangunkan berkonsepkan Bandar Dalam Taman mempunyai lebih 700,000 tanaman pokok pelbagai jenis dan spesies, yang juga menjadi tarikan pelancongan. -Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/putrajaya-akan-dibangun-menjadi-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Rekreasi Bandar Seri Coalfields

Taman Rekreasi Bandar Seri Coalfields

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 759 hits
Lokasi Taman Rekreasi Bandar Seri Coalfields Alamat Bandar Seri Coalfields Persiaran Serai Wangi 2 48020 Sungai Buloh Selangor Masa Lawatan Tidak diketahui Tarikh Lawatan 11 Mac 2021 Taman Rekreasi Bandar Seri Coalfields menjadi lokasi tera...
Kedai Baiki Basikal Di Bandar Baru Salak Tinggi

Kedai Baiki Basikal Di Bandar Baru Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 446 hits
Tayar Basikal Gilank MeletupMaka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda ronda di sekitar taman perumahan kami Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kur...
Rjukan Bandar Yang Ditenggelami Bayang Selama 6 Bulan Setiap Tahun

Rjukan Bandar Yang Ditenggelami Bayang Selama 6 Bulan Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 473 hits
Bandar yang diselubungi kegelapan selama berbulan bulan hampir kedengaran seperti sebuah filem seram Tetapi tidak bagi Rjukan sebuah bandar di Norway yang diselubungi kegelapan selama 6 bulan berturut turut setiap tahun Sumber WikiPedia Ini...
Mitalk Dilancarkan Semula Menjadi Aplikasi Seakan Clubhouse Di China

Mitalk Dilancarkan Semula Menjadi Aplikasi Seakan Clubhouse Di China

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 177 hits
Aplikasi MiTalk telah dihentikan perkhidmatannya di China pada 19 Februari lalu kerana kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan aplikasi pemesejan yang lain Tetapi minggu ini MiTalk telah dilancarkan semula dengan ciri yang amat mi...
Kereta Ini Cuba Menjadi Yang Pertama Mencecah Kelajuan 1000 Batu Sejam

Kereta Ini Cuba Menjadi Yang Pertama Mencecah Kelajuan 1000 Batu Sejam

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 218 hits
Sejak dari awal penciptaannya sudah ada golongan yang ingin mencipta kereta yang paling panta di dunia Pemegang rekod pertama kereta terpantas dunia dipegang oleh Jeantaud Duc pada tahun 1898 dengan kelajuan 63 15 km j Rekod kenderaan darat...
Bonding Time At Taman Rekreasi Air Seremban

Bonding Time At Taman Rekreasi Air Seremban

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum dan halluu Lamanya tak update blog Semua faham kan dengan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 lepas tu jenis bersyarat sambung pemulihan mengundur kepada bersyarat semula Seluruh Negeri Sembilan dah PKPP tapi Segho...
Cabaran Aktiviti Rekreasi Via Ferata Di Gua Kota Gelanggi Jerantut Pada 25 Mac Ini

Cabaran Aktiviti Rekreasi Via Ferata Di Gua Kota Gelanggi Jerantut Pada 25 Mac Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 354 hits
VIA Ferata adalah satu istilah asing bagi penulis apabila wakil penganjur Recreation Outdoor Hikers Kapten Ahmad Azuan Osman memaklumkan aktiviti rekreasi itu dilakukan di Gua Kota Gelanggi Jerantut Pahang pada 25 Mac nanti Kata Ahmad Azuan...
Siapa Yang Berunding Dengan Anwar Tanya Annuar

Siapa Yang Berunding Dengan Anwar Tanya Annuar

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 202 hits
PIHAK mana dalam UMNO yang telah melakukan rundingan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Anwar Ibarhim untuk mengadakan kerajasama Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa selepas Ketua Pembang...
Unwise For Zahid To Announce Action Against Umno Sc Members Says Annuar

Unwise For Zahid To Announce Action Against Umno Sc Members Says Annuar

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 271 hits
Former Umno and BN secretary general Annuar Musa has taken a swipe at his president Ahmad Zahid Hamidi s warning of stern action against at least two supreme council party members who allegedly leaked internal discussions Describing the mov...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi