Bonding Time At Taman Rekreasi Air Seremban
Assalamualaikum dan halluu....
Lamanya tak update blog. Semua faham kan dengan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020... lepas tu jenis bersyarat sambung pemulihan, mengundur kepada bersyarat semula ... Seluruh Negeri Sembilan dah PKPP tapi Seghomban sambung PKPB hingga 31 Mac 2021 😒
Yang bagusnya PKPB agak longgar peraturannya. Boleh naik kereta berkapasiti penuh, boleh makan di restoran (tapi kau jangan sesuka hati buka pelitup muka, ada yang menunggu nak saman RM10 ribu!), boleh ke situ ke sinunnnn... Ok lah kan, dah lama sangat lemau duduk rumah.
Menteri Besar Merasmikan Taman Rekreasi Air
Bandar Seremban tak besar mana jadi bila orang cakap Taman Tasik Seremban terus semua faham lokasinya bersebelahan restoran A&W tempat student bercinta, depan masjid negeri, sebelah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tempat kahwinkan orang, dekat bangunan MAINS, Galeri Tuanku Jaafar dan juga Hotel Royale Chulan. Semua setempat di sini termasuk trek joging. Nak ke stesen KTM pun boleh jalan kaki jer.
Majlis perasmian Taman Rekreasi Air yang meriah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB DATO' SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN pada Sabtu 13 Mac lalu. MB kami ni bagus takdo cakap menjelo jelo. Beliau pesan jagalah kemudahan yang disediakan bebaik, jangan buang sampah merata. Negeri kito cara kito
Tok Min sedang potong reben merasmikan pembukaan Taman Rekreasi Air.
Nasib baik Tok Min nampak den lambai, tak payah den jorit dari tobing ni 😁😁
Alangkan kampung lagi dikenang inikan pula tempat dating (A&W nun di belakang)
Petting zoo pun ada.
Selepas melawat gerai jualan Menteri Besar dan rombongannya menaiki basikal pula mengelilingi tasik menuju ke Laman Basikal. Eh dah cantik dah Laman Basikal tu.
Produk pelancongan yang dibuka sejak Oktober 2020 telah mendapat peruntukan sebanyak RM340,000 daripada kerajaan Negeri Sembilan untuk kerja menaik taraf dan pembelian peralatan, dengan diselia sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Seremban. Berserilah sikit taman yang dah berusia 100 tahun ni.Dengan adanya Taman Rekreasi Air ini dapatlah kami bawa anak-anak bersantai pepetang dan hujung minggu. Kita yang dewasa ni pun lemau lama tak melihat dunia inikan pula kanak-kanak. Dahlah dalam kelas pun tak boleh menempel di meja kawan.
Lagipun adalah alasan pelancongan menginap lebih lama di Seremban. Ia boleh jadi tempat berehat dan bertenang pengiring yang menunggu pesakit di hospital, keluarga yang melawat anak di universiti atau sesiapa sahaja yang ke sini untuk membuat food trail makanan enak Negeri Sembilan.
Pembangunan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan mengambil serius di dalam Pembangunan Pelancongan di negeri ini dan sekali gus memberi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada.
Berapa harga tiket paddle boat, water bike dan kayak?
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
2.00 - 7.00 petang
Sabtu, Ahad dan cuti umum
9 pagi - 7 petang
“Pesona Seremban : Tak Disangka Semua Ae Ado”
ehhhh...
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2021/03/bonding-time-at-taman-rekreasi-air.html