Kedai Baiki Basikal Di Bandar Baru Salak Tinggi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tayar Basikal Gilank MeletupMaka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar basikal Gilank yang baru dibeli di kedai superviral tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda-ronda di sekitar taman perumahan kami. Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kurang 19 hari. Mungkin Master dan Aina berat sangat.
Pada hari Sabtu, Master membawa basikal itu kembali ke kedai superviral manalah tahu pemborong dan penjual basikal itu ada sediakan perkhidmatan membaiki basikal, ternyata tekaan Master sebelum itu tepat, kedai tu hanya tahu jual basikal dan alat ganti basikal sahaja, mereka tidak sediakan perkhidmatan membaiki basikal.
Maksudnya kedai superviral itu bukanlah kedai basikal sejati yang cintanya kepada basikal.
Maka bermulalah episod kami mencari kedai repair basikal di sekitar BBST ni. Jika dicari menggunakan enjin carian Google maka katanya kedai baiki basikal terdekat adalah di Pekan Salak. Master macam tak berapa rajin nak ke sana. Takkan tiada kedai baiki basikal di Bandar Baru Salak Tinggi ni?
Syarikat Hup Lee Motor boleh baiki basikalNasib baiklah penjaga kedai basikal superviral tu kongsikan maklumat tentang sebuah bengkel bernama Syarikat Hup Lee Motor yang sediakan khidmat baiki basikal. Bengkel motosikal ini terletak di Medan 23 Bandar Baru Salak Tinggi. Peta ada di bawah gambar.
Gambar basikal Gilank yang baru dibeli terpaksa diganti tiub dan tayar basikal kerana meletup. Mekanik tu kata memang tayar asal yang didatangkan dengan basikal tu tak tahan lama. Harga tiub basikal ialah MYR 18 (lapan belas Ringgit Malaysia), dan harga tayar basikal ialah MYR 25 (dua puluh lima Ringgit Malaysia). # Saturday, 27 February 2021, 17:18 # 20210227 # IMG_20210227_171837.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Syarikat Hup Lee Motor # https://goo.gl/maps/5khnRaV4YvaEL7wY6 #Tedi perhatikan mungkin sudah rezeki kedai bengkel motosikal ini kerana berduyun-duyun orang hantar basikal dengan masalah tayar. Tidak pula sepanjang Tedi berada di sana nampak ada orang hantar motosikal untuk dibaiki. Terdapat juga basikal untuk dijual di kedai ini. Basikal besar dalam RM 700 dah boleh dapat.
Master juga meminta mekanik mengetatkan handle basikal tersebut yang longgar. Dia ketatkan tanpa banyak soal dan percuma pula tu. Tak faham betul kenapa kedai superviral tu tak ketatkan betul-betul handle tu sebelum dijual kepada pelanggan mereka. Nak kutuk malas. Tak kutuk sakit hati. Sesiapa nak beli basikal di sana mungkin boleh periksa betul-betul jangan menerima nasib seperti kami.
Bukan benda besar pun sebab boleh ketatkan sendiri jika ada playar, tapi pernah ke beli kereta, stereng longgar nak tercabut, kita kena ketatkan sendiri? Macam tu lah lebih kurang perbandingannya.
Jual tu biar pelanggan boleh terus tunggang basikal tu dengan senang hati. Hati senang maka senanglah nak puji.
~20210228~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/03/kedai-baiki-basikal-di-bandar-baru.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29