Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh | Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang! Dah bertahun tak menginap di Ipoh selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kakak yang sulung. Ipoh memang tetap di hati dan kenangan singgah di Ipoh sewaktu zaman kanak-kanak terimbau bila Abah akan berhenti di stesen keretapi Ipoh untuk kamu berehat dan makan tengahhari sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Kurau. Indah! dan kali ini memang kami ambil peluang untuk menghayati kehidupan di Ipoh yang cukup menenangkan.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohTenang! sewaktu kereta kami membelok ke kiri memasuki perkarangan Putrade Allsuites RPGC waktu dah menunjukkan ni jam 12.30 tengahhari.  Memang patut la terasa kelaparan melanda kami anak beranak dan memandangkan daftar masuk jam 3 petang, kami melangkah ke Restoran Fairway yang terletak di Aras 1, di bangunan utama Kelab Golf Diraja Perak (RPGC) untuk mengisi perut.  Hasrat untuk makan bufet tidak kesampaian sebab penuh dengan pengunjung yang datang untuk seminar dan semestinya tumpuan para pemain golf.  Untuk ke sini korang boleh jalan kaki dalam 3 minit atau tunggu saja buggy yang sedia membawa terus ke bangunan utama tu.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Nantikan blog psoting kedua, makanan sedap di Restoran Fairway ok

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club ini merupakan service apartment yang menyediakan 36 unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup sofistikated untuk keselesaan para penginap dan yang pasti setiap suite kita boleh mendapat jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, mesin kopi Gusto, mini bar, penghawa dingin, kipas, televisyen satelit, perkhidmatan makan di dalam suite dan banyak lagi.  Putrade Allsuites RPGC ni bukan saja menjadi pilihan pelancong dalam negeri Perak malahan dari luar Perak terutama mereka yang mengemari sukan golf tempatan malahan hanya 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Rasa teruja nak tunjuk suite 2-bilik yang menjadi penginapan kami selama satu malam ni. Dari lobi tak sampai 5 minit kami memasuki lif untuk ke bilik.  Ruangan lobi yang menempatkan sofa untuk pengunjung cukup selesa dan ruangan yang terbuka ni buat hati bertambah lapang. Kalau ke sini dengan membawa warga emas atau yang berkerusi roda tu memang korang tak akan menghadapi kesukaran malah laluan yang luas cukup selesa

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Memandangkan kami berlima, jadi bilik yang diberikan mestilah Suite 2-bilik yang cukup selesa dengan keluasan 906.55kps dengan dua bilik air.  Masuk ke bilik ni pun dah cukup wow dengan kelengkapan seperti TV LED 43 di ruang terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, bar basah dengan microwave, peti sejuk dan sempat la saya ngopi dengan menggunakan mesin kopi Dolce Gusto sesambil duduk menonton di sofa yang cukup selesa.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohDi bilik utama dilengkapi dengan katil bersaiz king bersambung dengan bilik air,  peti keselamatan, TV LED 32 inci, meja solek dan seterika. Cukup selesa dengan ruangan bilik yang cukup luas dan dilengkapi dengan almari dan meja alat solek untuk berdandan

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohDi bilik kedua, terdapat 2 unit katil berkembar bersaiz super single dengan sebuah laci di tengah-tengah dilengkapi dengan sebuah almari, meja solek dan cermin untuk berhias. Ruangan bilik yang cukup selesa untuk anak-anak malah bilik air pun setentang dengan bilik ini

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohMemang puashati dengan susun atur suite ni dengan warna yang cukup menenangkan dan terasa nyaman sekali tambahan pula cahaya yang memasuki setiap ruangan tu memang cukup buat saya sekeluarga rasa selesa sampai rasa tak nak keluar

Di kedua-dua bilik dan ruangan terbuka dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas dan satu bilik air terletak di bahagian ruangan terbuka menuju ke bilik tidur. Suite 2-bilik kami ini berharga RM490 semalam termasuk dengan sarapan pagi.

Selain suite 2-bilik, Putrade Allsuites RPGC turut menyediakan suite 1-bilik dan suite 3-bilik yang cukup selesa yang boleh memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan bilangan ahli yang akan menginap bersama.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bilik dan kadar harga serta untuk buat tempahan, boleh terus ke website Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Suite 1-Bilik Suite 1-bilik dengan keluasan 604.44 kps ni dengan pilihan katil saiz Queen atau katil berkembar ini cukup selesa bagi mereka yang menginap bagi tujuan peniagaan mahupun bagi pemain golf.  Bilik yang dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan capaian internet berkelajuan tinggi, bar basah dilengkapi microwave, mesin kopi Dolce Gusto, peti sejuk, penghawa dingin, kipas dan peti keselamatan.  Harga RM390 semalam termasuk sarapan pagi


Suite 3- BilikDengan keluasan kira-kira 1,200 kaki persegi Suite 3-Bilik ni memang cukup selesa dan mewah dengan pemandangan Royal Perak Golf Course yang sejuk mata memandang. Bilik utama dilengkapkan dengan katil bersaiz king dan katil berkembar di dua bilik tetamu dengan dua bilik air.  Suite yang terletak di tingkat tiga ini cukup ekslusif dan privasi.  Ruangan makan yang cukup luas dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi, peti sejuk, mesin kopi Dolce Gusto, peti keselamatan, penghawa dingin dan kipas.  Harga semalam dari RM590 termasuk sarapan pagi
Tak perlu risau kerana ruangan meletak kenderaan mencukupi bagi yang memandu ke sini namun pihak hotel juga menyediakan pengangkutan mengambil dan menghantar tetamu ke Lapangan Terbang Ipoh sekiranya diperlukan. Kalau hendak ke lokasi pelancongan seperti Gunung Lang, Memoryland atau Lost World of Tambun atau makan di sekitar bandar Ipoh korang boleh je tempah pengangkutan dengan pihak hotel

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohSaya cukup suka duduk santai di bahagian lobby yang luas dan terbuka ni yang buat cukup tenang dengan dekorasi yang cukup ringkas tapi menarik malah cukup luas sekiranya datang bersama keluarga, mereka dapat duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu giliran untuk daftar masuk atau menanti kenderaan untuk ke lokasi menarik di sekitar Ipoh.
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Kemudahan Fasiliti Buat TetamuMenariknya bagi mereka yang menginap di Putrade Allsuites RPGC ni mereka boleh menggunakan segala fasiliti disini antaranya kolam renang yang standard serta kolam renang untuk kanak-kanak serta jacuzzi

Kemudahan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya malah dewan ini sering menjadi pilihan untuk resepsi perkahwinan sewaktu kami disini

Kemudahan gymnasium, gelangang tenis, gelangang squash, kolam renang dan jakuzi serta pemainan indoor seperti snooker boleh digunakan oleh para tetamu yang menginap disini


Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Pakej SeminarPutrade Allsuites RPGC ni juga menawarkan pakej seminar yang cukup menarik dan berpatutan malahan kerapkali bilik seminar dipenuhi dengan bengkel, kursus serta latihan diadakan oleh syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan disini
Pakej seminar satu hari penuh dengan harga RM85/orang termasuk dua coffee break, 1 kali makan tengahhari secara bufet atau set dan 8 jam kegunaan bilik mesyuarat.Pakej seminar setengah hari berharga RM70 dengan 1 kali coffee break, 1 kali makan tengahhari (bufet atau set) serta pengunaan bilik mesyuarat selama 4 jam.Pakej-pakej ini juga termasuk keperluan seperti backdrop, signage, whiteboard, flipchart, PA System dengan rostrum, microphone dengan skrin putih termasuk keperluan menulis, air mineral dan mints

Nota : harga adalah bagi minima 10 orang dan tertakluk kepada perubahan
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Alamat
Putrade Allsuites at RPGC
c/p Royal Perak Golf Club Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Laman web : www.putradeallsuites.com

Email : [email protected]

Tel : +605 238 0022

Fax : +605 238 0021



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2019/11/putrade-allsuites-royal-perak-golf-club.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Ixora Prai Hotel Cantik Selesa Dan Strategik

Hotel Ixora Prai Hotel Cantik Selesa Dan Strategik

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 741 hits
Hotel Ixora Prai Hotel Cantik Selesa Dan Strategik Tahun lepas bulan Disember Fadzi dan keluarga pergi ke Pulau Pinang Ada kenduri saudara kahwin Tapi bukan dekat pulau pun Belah Seberang Perai je Masa nak pergi ke sana gigihlah google mana...
Seronok Jalan Jalan Di Maps Ipoh Perak

Seronok Jalan Jalan Di Maps Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 478 hits
Assalamualaikum Bulan Disember tahun 2019 memang rezeki kami untuk kami sekeluarga berjalan sakan Alhamdulillah rezeki anak anak Peluang cuti yang ada kami manfaat sepenuhnya untuk anak anak dan jalan jalan kami hanya bertumpu di dalam Nege...
13 Menu Ala Carte Japanese Delights Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

13 Menu Ala Carte Japanese Delights Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 416 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Makanan Jepun memang ramai orang suka termasuk Maha juga salah seorang pecinta makanan dari negara matahari terbit ini Selalu kalau makanan Jepun k...
5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah Rm200 Semalam Yang Cantik Selesa

5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah Rm200 Semalam Yang Cantik Selesa

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 945 hits
5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam Yang Cantik Selesa Jika anda ingin membawa keluarga bercuti ke Pulau Langkawi berikut kami kongsikan antara lima hotel murah di Langkawi yang harganya bawah RM200 semalam 5 Hotel Murah Di Langka...
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 455 hits
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites RPGC Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap ehh haha Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel...
Hitting The Road On A Guided Hotel Run

Hitting The Road On A Guided Hotel Run

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 244 hits
By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https ift tt 2SxnQ95
Jom Jenjalan Hotel Impiana Senai

Jom Jenjalan Hotel Impiana Senai

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 573 hits
Jom Jenjalan Hotel Impiana Senai Recommended Memang terbaeekkk hotel bertaraf 4 bintang ni Duduk di sini dua malam Harga pun OK Layan pool bersama kebudaks Hari pertama aku join Hari kedua dah mula sengal Lepak tepi aje Layanan best Kedai m...
Rekomendasi Hotel Yang Dekat Dengan Stasiun Cirebon

Rekomendasi Hotel Yang Dekat Dengan Stasiun Cirebon

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 305 hits
Hotel merupakan salah satu pilihan utama bagi wisatawan yang ingin bermalam di Cirebon Yah meskipun di sini juga banyak terdapat penginapan namun keberadaan hotel yang dekat dengan stasiun tetap menjadi incaran para wisatawan Selain lebih m...
Dua Lelaki Serang Pekerja Hotel Tanpa Sebab Di Kawasan Bukit Bintang

Dua Lelaki Serang Pekerja Hotel Tanpa Sebab Di Kawasan Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 515 hits
Aduh buat hal lah diorang orang ni Diorang tak sedar ke ada CCTV dalam hotel tu Haa eloklah muka diorang dah tular di media sosial Nak sangat popular kan Nasib baik ada bukti kalau diorang menafikan pukul pekerja hotel Cuba korang tengok vi...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut