13 Menu Ala Carte Japanese Delights Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Makanan Jepun memang ramai orang suka termasuk Maha juga salah seorang pecinta makanan dari negara matahari terbit ini. Selalu kalau makanan Jepun kita mesti akan teringat akan Sushi sahaja kan. Tapi sebenarnya macam-macam sampai ada juga yang salad dan juga burger. Kalau korang tak percaya mai Maha perkenalkan juadah ala-carte Japanese Delight

The Deli adalah salah satu restoran yang terletak di dalam MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Kalau korang melalui Jalan Tun Razak ia terletak di belakang MAPS Parking System bila masuk simpang tu akan nampak signboard hotel ni. Ia dikelilingi dengan bangunan kedutaan sebab itu ia adalah hotel yang menawarkan penginapan mewah dan selesa. Maha pertama kali masuk hotel ni walaupun tak bermalam kat sini tapi teruja juga


Kat restoran The Deli yang terletak di aras bawah hotel ini korang boleh nikmati semua hidangan Jepun yang unik dan menarik. Sebab semua hidangan ini disediakan oleh seorang Executive Chef yang berpengalaman berpuluh tahun dalam masakan Jepun. Beliau adalah Chef Takashi Kimura memang orang Jepun tapi boleh faham Bahasa Melayu ok
Chef Takashi Kimura
Kali ini mereka memperkenal menu ala-carte yang sesuai untuk makan tengahari, petang mahupun makan malam. Sebab ia dihidangakan seawal pukul 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad tutup. Kawasan restoran yang tidak begitu besar tapi masih selesa untuk menikmati hidangan bertaraf 5 bintang. Japanese Salad (RM16.00)
Ada 13 menu baru yang dimulakan dengan pembuka selera iaitu Japanese Salad. Dalam salah tu ada Baby Cos Lettuce, Kyuri, Daikon, Tuna Chunks, Nori, Wakame, Sesame Seed dan juga Japanese Dressing. Cukup sesuai untuk yang vegetarian dan juga mengamalkan diet hehehe. Selain itu juga kalau nak makan yang tak berat tapi masih boleh kenyang korang boleh cuba mereka punya Tamago Sandwich atau juga 8 Types Vegetables Sandwich. Walaupun makanan sihat tapi kuantiti boleh tahan besar dan juga kenyang lah makan dihidang bersama fries goreng
Tamago Sandwich (RM16.00)
8 Types Vegetables Sandwich (RM20.00)
Bagi yang suka makan burger kat sini ada satu menu burger special kerana ia adalah Wagyu Burger. Mana nak dapat burger dari daging wagyu yang dihasilkan sendiri pattynya serta juga burger bun. Burger ni saiz sangat besar dan kenyang kalau makan untuk seorang sangat sesuai. Ini Maha paling rekemen pada korang memang puas hati kalau cuba. Ia juga dihidangkan dengan kentang goreng
Wagyu Burger (RM30.00)
Itu baru sikit ada lagi yang suka makan nasi Jepun kat sini juga ada beberapa pilihan yang sesuai untuk korang. Maha dah cuba tak semua tapi sebahagian sahaja yang sedap antaranya Chicken Curry Don dan juga Wagyu Stroganoff. Dua hidangan ini menggunakan Japanese rice dengan Japanese kari yang lain daripada kari di Malaysia. Tidak menggunakan santan tapi pekat dan enak makan bersama nasi juga daging atau ayam tu. Ayam digoreng garing dan juga daging wagyu tu pula sangat lembut hancur dimulut bila dikunyah
Chicken Curry Don (RM18.00)
 Wagyu Stroganoff (RM30.00)
Ada lagi yang dihidangkan bersama Japanese rice iaitu Chicken Katsu Don, Oyakodon dan Kakaige Don. Sebab apa namanya semua ada Don dibelakangnya kerana ia adalah hidangan masakan Jepun yang dihidangkan dalam mangkuk. Ada yang letak ayam goreng, pastu ada yang isi ayam dan juga yang letak makanan laut dalam nya seperti udang harimau dan juga sotong. Mangkuk ni pun tak besar sangat ia sesuai untuk satu orang makan dan boleh kenyang punya. Bagi menu nasi akan dihidangkan bersama dengan Miso Soup
Chicken Katsu Don (RM18.00)
Oyakodon (RM18.00)
 Kakaige Don (RM21.00)
Juga makan Jepun terkenal dengan mee Udon mereka. Dalam menu baru ini ada juga mee ini iaitu Nabeyaki Udon dan juga Curry Udon. Kalau yang Nebeyaki ini ada telur separuh masak dalam mangkuk tu dan juga disediakan sedikit sambal untuk menambah kepedasan. Manakala yang curry tu telur separuh masak disediakan berasingan kalau nak masukkan boleh atau makan berasingan. Nabeyaki Udon (RM26.00)
 Curry Udon (RM26.00)
Yakisoba (RM23.00)
Satu lagi menu berasaskan mee adalah Yakisoba. Lebih kurang macam mee goreng tapi menggunakan mee Yakisoba lebih halus, pastu ada sotong, daging ayam, sayuran seperti kobis, lobak merah, mayonnaise, aonoriko bersama atasnya dihiaskan dengan Bonito Flakes atau helaian isi ikan yang lebut sahaja. Kena makan masa masih panas-panas baru sedap kerana dapat rasa Bonito tu
Salmon and Avocado Roll (RM22.00)

Last sekali ada juga Salmon and Avocado Roll. Ala macam sushi lah yang disalut dengan rupai laut. Ia adalah hidangan Jepun yang kreatif menggunakan bahan yang segar dan dihasilkan sendiri oleh chef mereka. Jadi kalau sekali sekala nak nikmati hidangan Jepun ni boleh datang ke The Deli @ MiCasa All Suite Hotel ni. Harga bagi Maha pun sangat berpatutan dengan kedudukan dan juga keselesaan yang terdapat di situ. Nanti kalau korang datang cuba boleh komen kat Maha macam mana ok. Selamat menjamu selera semua

Info lanjut tentang promo dan juga nak buat tempahan boleh layari :Instagram : https://www.instagram.com/TheDeliMicasaFacebook : https://www.facebook.com/TheDeliMicasaTel : 03 2179 8082







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/01/13-menu-ala-carte-japanese-delights-di-micasa-all-suite-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 462 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang Auspicious Chinese New Year Reunion yang juga merupakan Chef Ho Boon s Signature Dishes yang boleh dida...
View Swimming Pool Hotel Tamu Suites Kuala Lumpur

View Swimming Pool Hotel Tamu Suites Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 502 hits
View Swimming Pool Hotel Tamu Suites Kuala Lumpur Assalamualaikum moh kita sambung story short vacation nieyl bersama family di Kuala Lumpur Lepas dah check in tu masing masing tukar pakaian untuk rendam diri dalam pool hotel kecuali nieyl ...
Trip Kuala Lumpur 2019 Pusat Sains Negara

Trip Kuala Lumpur 2019 Pusat Sains Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 379 hits
Meneruskan kembara kali ni kami ke Pusat Sains Negara Tempat ni memang sesuailah kan dengan kanak kanak Sebelum ke sini rancangan asal nak ke Planetarium Negara dan Petrosains KLCC tapi kedua duanya tutup pula pada hari Isnin Nasib baik sam...
Festive Feast Christmast New Year Eve 2019 In Royale Chulan Kuala Lumpur

Festive Feast Christmast New Year Eve 2019 In Royale Chulan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 271 hits
FESTIVE FEAST IN ROYALE CHULAN KUALA LUMPUREnjoy the sparkle of a festive season with Royale Chulan Kuala Lumpur a curated selection of feasts prepared by our delicate chefs here at our hotel Royale Chulan Kuala Lumpur invites all guests to...
Wow Kuala Lumpur Pijak Dataran Merdeka Pasti Kami Datang Lagi

Wow Kuala Lumpur Pijak Dataran Merdeka Pasti Kami Datang Lagi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 362 hits
Wow Kuala Lumpur Pijak Dataran MerdekaAsalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua Wow Kuala Lumpur sesak dengan bangunan tinggi tinggi mencakar langit Cari parking kereta sangatlah susah apabila sekitar jam 11 00 pagi menjelang memang semua pa...
Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 639 hits
Hari ketiga meneruskan lawatan sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur Tapi sayang pagi ni hujan Menurut staf di kaunter kalau hari hujan burung2 tak aktif Jadi nak tengok apa Hehe Ramai juga pengunjung yang kecewa Maka kami pun beredar dar...
Nama Nama Jalan Di Kuala Lumpur Sebelum Merdeka

Nama Nama Jalan Di Kuala Lumpur Sebelum Merdeka

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1265 hits
FLASHBACK OLD NAMES OF KUALA LUMPUR ROADS1 Jalan Raja Laut Broadrick Road 2 Jalan Cheng Lock Foch Avenue 3 Jalan Dang Wangi Campbell Road 4 Jalan Dewan Bahasa Old Airport Road 5 Jalan Esfahan Straits Road 6 Jalan Hang Jebat Davidson Road 7 ...
Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 446 hits
Sejak dari bulan November 2019 sudah ramai yang tidak sabar untuk menunggu musim sejuk khususnya pelancong dari Malaysia yang sukakan percutian Winter Untuk mereka yang mencari dan bertanya kat mana nak beli baju sejuk yang bagus ini satu p...
Ini Dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Ini Dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 917 hits
Selepas ditutup kepada orang awam selama beberapa bulan akhirnya Taman tasik Terbesar di Kuala Lumpur dibuka kembali secara rasmi pada 15 Disember 2019 Ini dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur yang telah menjadi viral sejak be...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik