Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc


Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites @ RPGC | Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap..ehh haha.  Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel yang serba memuaskan hati tapi makanan tu kat situ tak sedap memang akan mengundang rasa tak puas hati kan. 
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCRestoran Fairway terletak di Tingkat Satu, Bangunan Utama Royal Perak Golf Club ni pasti buat pengunjung terpesona dengan pemandangan padang golf yang menghijau.  Ruang makan yang cukup luas dan selesa yang boleh menempatkan pengunjung samada di ruangan yang berhawa sejuk atau pun di ruangan terbuka dengan pandangan padang golf yang terbentang cantik

Di hari kami tiba tu, perut masing-masing dah berkeroncong mana taknya dah lebih jam 12.30 tengahhari kan, jadi sebelum daftar masuk kami melangkah ke sini memandangkan bilik belum habis dikemaskan. Kalau nak ke sini, boleh saja naik buggy yang disediakan atau jalan je kaki dalam kurang 3 minit

Memandangkan sewaktu kami sampai tu pengunjung memang ramai menjamu selera kerana The Fairway Restaurant ni dibuka bukan untuk tetamu yang menginap atau pemain golf tapi dibuka untuk orang luar (public).   Waktu operasi untuk ala carte ni bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dan jam 6 petang hingga 10 malam, jadi menu ala carte menjadi pilihan.  
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCABC Special ni adalah satu kemestian dicuba kalau kat sini.  Memang puashati dan tak lokek dan pastinya peminat ais kacang akan setuju dengan saya tapi korang jangan tamak tau sebab ais kacang ni kena kongsi berempat tapi kot korang super hebat boleh habiskan sendirian memang tepuk tangan sendiri la ya

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCNasi goreng kampung buat en suami sebab dia memang orang kampung..hahaa. Bukan sebab tu sebenarnya tapi sebab perut orang lelaki perlu makan sesuatu yang mengenyangkan setelah lelah memandu dari Penang.  Memang besaq portion dia ni kesedapan memang menepati selera en suami dan kami pun tumpang menjamah..tak baik kalau tak habis kan

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCBila tengok menu memang terliur nak makan Hokkien mee  dan bila sampai jer hidangan ni...mak aihhh punya la besaq plate dia tu. Dek sebab dah lama tak makan habis la jugak dengan yang lelain turut berkongsi. Rasanya memang menepati selera sambil makan boleh krup krap dengan cili api kicap.  Pedas? ais kacang kan ada..hahaa

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCni seorang lagi perut nasi..hehe cikapplepie pulak pilih nasi dengan crispy lemon chicken ni.  Lagi sekali kami terkejut sebab portion crispy lemon chicken ni memang boleh dimakan 3-4 orang tu.  Memang sedap dan sangat recommended


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCCabonara fettucini pilihan KC Iman dengan portion yang sangat besar ni boleh makan untuk 3 orang tapi kalau yang jenis big eater ni memang boleh la habis.  Not too creamy tapi sedap banget


Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites @ RPGCRib Eye Steak pilihan Cik Meya ni memang sedap dan lembut giler.  Memang terasa nak masuk ke dapur tanya apa resepi kesedapan Rib Eye ni..hahaha
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Sarapan 
Hari kedua kami yang jenis early bird ni sempat bersarapan di The Fairway Restaurant  memandangkan kami akan sangat aktif berjalan terutama dekat Loken dan Gunung Lang. Aktiviti yang kena banyak berjalan ni jadi perut harus diisi supaya ada tenanga..tak gitu

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCNampak simple tapi korang kena rasa sebab nasi lemak kat sini sebab sambal tumis tu memang terbaik, nasi lemak dia tu wangi dan tidak terlalu lemak (acah takut gemuk hehe). Memang sedap sambal tu tapi kata budak pelayan tu...ada yang lagi sedap tapi tukang masak sambal tu bercuti...ahhh memang nak kena repeat lagi la nii. Lenkali nak bawa bekas tapau...hahaa

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGCMee mamak menjadi pilihan hati saya ni memang sedap cuma lupa nak minta limau kalau tak memang bertambah makan

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
The Fairway Restaurant ni dah lama beroperasi dan kalau dulu orang dok tertanya kalau orang luar dibenarkan masuk untuk makan disini..memang boleh okay! Tapi harga tu berlainan la dari ahli yang mana para ahli akan mendapat potongan 15% dan kalau nak makan kat sini bagitau jer kat pak guard kat luar tu yang korang nak ke restoran sini


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC 
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

The Fairway by Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club | 1 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia | Tel : +605-542 6218 | Waktu operasi : 0700 pagi hingga 10.00 malam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2019/11/makan-sedap-di-fairway-restaurant-by.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
De Pauh Garden Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

De Pauh Garden Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 1635 hits
De Pauh Garden Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai Hari tu Fadzi ada pergi ke Pulau Pinang belah Seberang Perai Ada kenduri kahwin saudara sebelah Zul Kitaorang datang sehari sebelum majlis jadi duduk lah dekat Hotel Ixora Kalau dah datang...
Makan Satay Sedap Di Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri

Makan Satay Sedap Di Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 1308 hits
Sejak balik study week dua minggu lepas lagi Adik Ika duk bagitau dia teringin nak makan satay Ayahnya kata tunggu lah ayah masuk gaji kita pii makan satay Satay sekarang pun paling murah pun 80 sen secucuk kan Itu harga satay di sebelah ke...
Tempat Makan Tengahari Sedap Berlauk Ikan Cencaru Sumbat Ikan Jaket Pj Di Petaling Jaya

Tempat Makan Tengahari Sedap Berlauk Ikan Cencaru Sumbat Ikan Jaket Pj Di Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1673 hits
Ikan Cencaru Sumbat Ikan Jaket PJ Selera mama ni macam macam sekejap teringin makan itu sekejap teringin makan ini Orang kat kuat nafsu gitu oppsss tapi hanya nafsu makan ya hehehe Kali ini mama teringin nak makan ikan cencaru sumbat goreng...
Tempat Makan Paling Sedap Di Penang

Tempat Makan Paling Sedap Di Penang

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 856 hits
AssalamualaikumBismillahSempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana mana tak Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir ...
Hari 1 Makan Malam Dengan Pulut Mangga Paling Sedap

Hari 1 Makan Malam Dengan Pulut Mangga Paling Sedap

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 319 hits
Sekarang kita akan sambung catatan perjalanan Bangkok di Selepas check ini di bilik 1812 kami bersiap siap untuk keluar makan malam Makan malam kami di Zayn Hotel Bangkok yang merupakan restoran halal yang terkenal dengan keenakan pulut man...
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 361 hits
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang Dah bertahun tak menginap di Ipoh selepas menghadiri majlis perkahwina...
Peletakan Jawatan Dr Maszlee Hanya The Tip Of The Iceberg

Peletakan Jawatan Dr Maszlee Hanya The Tip Of The Iceberg

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 316 hits
Ir Muhammad Lukman Al Hakim PH BN bukan lawan undi tapi kekalkan survival kaum minoritiIA adalah fenomena sampingan yang menggambarkan lima isu besar sebenar yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair 1 Parti Rasis cauvinis DAP Domi...
The Edge Enggan Minta Maaf Selepas Menfitnah Ustaz Hasrizal

The Edge Enggan Minta Maaf Selepas Menfitnah Ustaz Hasrizal

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 547 hits
SEMASA Wartawan portal The Edge enggan melayani tuntutan maaf dari Ustaz Hasrizal selepas portal itu terkantoi menyebarkan gambar Ustaz Hasrizal yang dibayangkan sebagai Ahmad Saiful Islam Mohammad dalam laporannya semalam Ahmad Saiful Isla...
16 Charming Rustic Nursery Designs For The Littlest Ones

16 Charming Rustic Nursery Designs For The Littlest Ones

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 206 hits
The nursery is an interesting type of room as it is dedicated to the newborn but it is designed for the people that are taking care of the baby Of course it has a childish The post appeared first on
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik