Hotel Ixora Prai Hotel Cantik Selesa Dan Strategik


Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik | Tahun lepas bulan Disember, Fadzi dan keluarga pergi ke Pulau Pinang. Ada kenduri saudara kahwin. Tapi bukan dekat pulau pun. Belah Seberang Perai je.
Masa nak pergi ke sana, gigihlah google mana hotel dekat Seberang Perai ni. Banyak rupanya pilihan. Tapi ikutkan cantik, selesa dan harga pun okay, kitaorang pilih Hotel Ixora yang terletak di area Seberang Jaya.

Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan StrategikHotel Ixora ni berdekatan dengan UiTM Pulau Pinang dan Politeknik Pulau Pinang. So mana tau korang ada event dekat situ, boleh duduk dekat Hotel Ixora.
Selain itu, Hotel Ixora ini jugak bersebelahan dengan MegaMall Penang. Zul dulu study dekat UiTM Pulau Pinang. Tu kira tempat diaorang shopping dan melepak makan lah waktu study dulu. 
Masa nak check in ke Hotel Ixora, Zul je yang masuk. Fadzi dengan budak-budak tunggu dalam kereta, park tepi jalan. Sebab tak tau parking diaorang macam mana. Sekejap je check in nya. Dah setel semua Zul datang balik bawak kad.

Lepas tu, Zul terus drive masuk ke parking basement. Parking dah kira masuk sekali dalam bayaran bilik hotel tu. Asalkan kalau korang nak keluar, korang kena validate dekat kaunter reception dekat lobi dulu.

Lobi dia not bad cantik. Luas. Putih bersih. Kaunter registration dia panjang. Adalah dalam 2 3 orang staff yang jaga. Lobi dia betul-betul sebelah dengan The Straights Cafe. 
Zul book Superior Room. Dalam bilik tu ada satu katil saiz king. Memang sedap lah bergolek ke kiri dan kanan, tak jatuh jatuh hahaha. Bebudak lagi lah seronok. Aneeq terus conquer katil tu.

Dekat sebelah katil tu pulak ada macam day bed. Muat lah kalau sorang nak tidur sana. Mula-mula Aneeq kata dia nak tidur dekat day bed tu. Tapi tengok tengok malam tu mencari mak dia. 


Dalam bilik tu diaorang ada sediakan TV dengan channel Astro, USB port untuk charge any devices dan juga Handy Smartphone. Handy Smartphone ni korang boleh guna kalau nak telefon sesiapa di luar negara atau untuk order makanan ke bilik guna apps yang disediakan. 





Dalam bilik tu dah siap sekali dengan tea and coffea making facilities, ada 2 botol air minuman, safe box, peti ais kecil, iron, ironing board, penimbang berat badan, selipar dan plastik laundry. 

Toiletries pun ada. Sabun, shampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, sabun buku dan shower cap. Towel pun diaorang ada bagi sekali tapi ada sehelai je. Fadzi pun malas nak complain sebab memang kitaorang ada bawak satu tuala sebagai back up.

Toilet bilik ni besar gila. Sebesar bilik tidur Aneeq dekat rumah. Huhuhu. Shower dia dalam bilik kaca. Tapi ada masalah sikit pasal shower tu. Dia jenis yang shower ada dua kepala. Satu belah atas satu yang boleh pegang dan cabut cabut tu.
Masalahnya tak boleh tutup salah satu air yang keluar. Jadi bila mandi, dua dua kepala shower tu keluar air. Puas cari punat mana nak pulas, nak tekan tapi tak boleh juga. Tapi we survived je mandi macam tu pun.

Toilet bowl diaorang ada bidet yang keluar dari dalam toilet bowl tu. Aneeq pun susah nak basuh. Jadi tiap kali dia nak pergi toilet, memang salah seorang daripada kitaorang kena masuk sekali nak bukak kan bidet tu.

Cermin toilet dia besar. Sinki pun ada dua. Ada air panas dan air sejuk lagi. Ada pula lagi kemudahan pengering rambut. Huih, penting sangat untuk Fadzi pengering rambut tu. 
Mula-mula masuk bilik, kiteorang terus tukar baju dan pampers Anas. Terbocor sikit. Lepas setel Anas dan bagi budak-budak ni lepas atas katil tengok TV, Fadzi snap snap gambar bilik sikit. Memang plan nak story dalam blog pun. Jarang-jarang nak keluar duduk hotel ni tau.
Petang tu, kitaorang dah start get ready, mandikan budak-budak, mandi, solat. Pastu baru nak google tempat makan yang sedap dekat Permatang Pauh. Last minit betul kan. Hahaha.
Google punya Google, finally decide nak makan dekat De Pauh Garden. Fadzi ada story jugak pasal De Pauh Garden ni dekat entry yang ini (klik sini). Korang boleh lah baca kot kot mencari tempat makan dekat Seberang Perai ni kan.
Balik daripada makan malam tu, saja lah Fadzi nak jalan-jalan sekitar hotel. Masa masuk bilik petang tadi tu, Fadzi ada nampak library. Konon nak tengok lah masuk ke dalam library tu. Sekali library dah tutup.


Jadi kitaorang pergi tengok area pool. Pool ada dua jenis. Satu untuk budak-budak. Ada slide sekali. Satu lagi untuk orang dewasa. Dalam lah sikit. Tapi tak berapa besar sangat lah. 
Waktu tu entah apa lah Aneeq dia kata nak balik. Takut kot gelap dekat luar tu. Waktu dah dalam nak dekat pukul 9 malam. Pool tu memang tutup waktu malam.



Kitaorang pun masuk, tengok area gym pulak. Besar jugak gym dia. Facilities pun okay lah. Aneeq nampak ball tetibe okay pulak dari tantrum huhu.
Bilik yang kitaorang duduk hari tu ada sekali dengan breakfast untuk dua orang. Budak-budak free saja. Tapi gambar masa breakfast dekat The Straights Cafe diaorang tak sempat nak ambil sebab bateri dah habis.
Menu untuk breakfast banyak jugak. Ada cereal, toast, mee, nasi, bubur kosong, muffin, cupcake, buah-buahan. Eh banyak lagi lah tapi dah lupa sebab tak ambil gambar kan.
Breakfast diaorang dari pukul 7 pagi sampai 10 pagi. Kitaorang hari tu turun dalam pukul 8 pagi kot. Lepak lah makan dekat situ sampai nak dekat pukul 10 pagi jugak. Sambil makan sambil Aneeq tengok TV.
Bila dah habis makan, kitaorang naik balik bilik dan rest. Lepas Subuh lagi kitaorang dah siap-siap kemas barang, nak make sure tak kelam kabut. 

Overall, Fadzi suka dengan Ixora Hotel ni. Lepas tu semua perabot dan facilities dia masih cantik. Cuma adalah beberapa benda yang diaorang miss terutamanya pasal towel dan shower tu. 
Kalau korang mencari hotel dekat UiTM Pulau Pinang, Politeknik Pulau Pinang atau airport, Hotel Ixora mungkin antara pilihan terbaik untuk korang. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/01/hotel-ixora-prai-hotel-cantik-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 361 hits
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang Dah bertahun tak menginap di Ipoh selepas menghadiri majlis perkahwina...
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 588 hits
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa Kuantan lagi Bulan Disember yang lepas memang agak kerap kami ke Kuantan dan rasanya termasuk ni dah dua kali dengan tempat penginapan yang berlainan dengan niat untuk mencuba hotel mana lebih berba...
Senarai Pantai Cantik Di Kelantan

Senarai Pantai Cantik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 1044 hits
Assalamualaikum Kalau sebelum ni Cik Nor ada kongsikan untuk korang kunjungi kalau datang ke Kelantan Hari ini Cik Nor kongsikan dengan korang antara pantai cantik yang harus korang kunjungi kalau datang ke Kelantan 1 Pantai Melawi Bachok2 ...
Intip 10 Bangunan Megah Dengan Arsitektur Cantik Di Pyongyang Ternyata Korea Utara Seindah Ini

Intip 10 Bangunan Megah Dengan Arsitektur Cantik Di Pyongyang Ternyata Korea Utara Seindah Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 319 hits
Mulai dari hotel ryugyong yang desainnya megah hingga bangunan instagramable yang kece abis Pyongyang ternyata cakep juga kotanya
Berwajah Cantik Ini Ketagih Makan Tisu

Berwajah Cantik Ini Ketagih Makan Tisu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 285 hits
Wanita cantik ini boleh dikatakan punya hobi pelik yang masuk dalam kategori ekstrem Bagaimana tidaknya dari banyak makanan lazat yang ada di dunia tisu tandas jadi makanan kegemaran Jade Sylvester Jade membuat gempar selepas mengakui bahaw...
Menurut Kajian Wanita Akan Kelihatan Paling Cantik Pada Usia 30 An

Menurut Kajian Wanita Akan Kelihatan Paling Cantik Pada Usia 30 An

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 364 hits
Satu kajian yang disiarkan dalam British Telegraph menyatakan bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun Bila pandang muka Fazura Sariyanti Lisa Surihani Wawa Zainal rasanya maca...
Usia Sudah 49 Tahun Nasha Aziz Dipuji Maintain Cantik Dan Muda

Usia Sudah 49 Tahun Nasha Aziz Dipuji Maintain Cantik Dan Muda

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1303 hits
Beberapa hari lalu sebuah telefilem berjudul Mak Nak Peluk Boleh lakonan aktres popular Nasha Aziz dan Rita Rudaini ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 Tidak dinafikan drama arahan Rashid Sibir itu mempunyai jalan cerita yang mantap da...
5 Alasan Kenapa Harus Pilih Lip Tint Untuk Bibir Bisa Bikin Penampilanmu Jadi Cantik Natural Loh

5 Alasan Kenapa Harus Pilih Lip Tint Untuk Bibir Bisa Bikin Penampilanmu Jadi Cantik Natural Loh

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 210 hits
Ada banyak alasan lho kenapa kamu harus pakai pewarna bibir yang teksturnya cukup cair transparan dan menghasilkan warna bibir alami dan soft ini
7 Destinasi Wisata Cantik Di Natuna Kawasan Yang Diklaim Sepihak Oleh China Jangan Sampai Lepas

7 Destinasi Wisata Cantik Di Natuna Kawasan Yang Diklaim Sepihak Oleh China Jangan Sampai Lepas

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 336 hits
Pulau seindah ini adalah milik bangsa Indonesia tidak boleh asal diklaim China Jauh banget juga lho dari China bisa bisanya diklaim
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik